Semakan Keputusan MUET 2021

Semakan keputusan MUET 2021 sesi 1 boleh disemak mulai jam 10.00 pagi pada 15 Mei 2021 iaitu hari Rabu. Para calon boleh menyemak keputusan MUET mereka secara atas talian/online atau melalui khidmat sistem pesanan ringkas. Panduan untuk menyemak keputusan MUET sesi 1 2021 adalah seperti berikut.

Semakan Keputusan MUET 2021

i. Semak Secara Atas Talian / Online

Untuk menyemak keputusan MUET adalah seperti berikut:

  1. Pelajar perlu melayari laman Semakan Keputusan Peperiksaan MUET 2020
  2. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan dan tekan butang hantar
  3. Cetak keputusan MUET untuk rujukan pelajar

MUET 2019

ii. Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Calon juga boleh menyemak melalui khidmat sistem pesanan ringkas seperti panduan yang disediakan di bawah.

  1. Taip MUET RESULT <no kad pengenalan> 
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: MUET RESULT 920000045555 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

Permohonan Semakan Semula MUET 2021

Permohonan semak semula MUET boleh dibuat dalam tempoh 1 minggu dari tarikh rasmi keputusan MUET diumum. Calon hanya dibenarkan membuat satu permohonan semak semula bagi setiap sesi peperiksaan. Panduan permohonan semakan semula adalah seperti berikut:

  1. Calon boleh membeli no pin MEC, Semak Semula Keputusan MUET di Bank Simpanan Nasional (BSN) atau bayar secara online melalui laman Permohonan Semak Semula MUET. Kadar bayaran semak semula adalah RM70 + RM1.06 (caj perkhidmatan & GST) di BSN atau RM70 + RM2.00 (caj perkhidmatan & GST) melalui FPX atau Visa secara online. Pastikan calon menerima notis berjaya dari transaksi online bank anda, emel pengesahan dari MPM dan sms pedaftaran semak semula MUET sekiranya calon membayar secara online.
  2. Daftar permohonan secara online melalui laman Permohonan Semak Semula MUET atau menerusi aplikasi MUETbyMPM yang boleh dimuat turun menerusi mobile melalui App Store atau Google Play.

Keputusan semak semula ini boleh disemak melalui laman Semak Keputusan Permohonan Rayuan Semak Semula MUET selepas 18 hari (waktu bekerja) permohonan lengkap diterima oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). MPM akan mengeluarkan sijil baru kepada  calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Sebarang maklumat penting tentang semakan keputuan MUET adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di MPM melalui talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665 atau melalui email : ppa@mpm.edu.my.

Semakan Semula Keputusan STPM 2020

Permohonan semakan semula keputusan STPM 2020 hanya boleh dibuat sebanyak satu kali sahaja pada setiap penggal peperiksaan. Para calon boleh mula membuat permohonan pada tarikh rasmi yang akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang mana boleh diperolehi menerusi sekolah calon menduduki peperiksaan. Kebiasaannya calon boleh memohon dalam tempoh 7 hari bermula dari keputusan STPM semester 1, semester 2, dan semester 3 dimuat naik. Halaman ini menyediakan panduan bagi calon yang ingin memohon penyemakan semula keputusan STPM mereka.

Panduan Permohonan Penyemakan Semula Keputusan STPM 2020

Untuk makluman calon, permohonan semak semula ini memerlukan no pin MEC yang boleh dibeli melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Sebelum membuat pembelian, calon perlu mengenalpasti bilangan subjek yang hendak disemak semula bagi tujuan memudahkan urusan pembelian no pin. Kesilapan membeli no pin MEC baharu yang disebabkan oleh penambahan subjek adalah tidak diterima oleh sistem. Para calon boleh mula membuat permohonan dengan mengikuti panduan yang disediakan di bawah.

  1. Calon perlu melayari ke laman Semak Semula Keputusan STPM.
    Sistem semak semula stpm 1
  2. Masukkan no kad pengenalan ( Contoh 920000045555) bersaman angka giliran (Contoh SQ 1111/0000) dan tekan butang hantar.Sistem semak semula stpm 2
  3. Calon perlu memilih subjek yang hendak disemak semula dan masukkan no pin MEC pada ruang yang disediakan. Tekan butang simpan.Sistem semak semula stpm 3
  4. Permohonan yang berjaya adalah seperti paparan dibawah.
    Sistem semak semula stpm 4

Menerusi portal ini juga, calon boleh membuat kemaskini dan boleh menyemak keputusan semak semula. Panduan kemaskini permohonan adalah seperti berikut.

  1. Tekan butang kemaskini.Sistem semak semula stpm 5
  2. Buat pilihan subjek yang hendak ditukar.Sistem semak semula stpm 6
  3. Tekan butang simpan. Kemaskini yang berjaya adalah seperti paparan dibawah.Sistem semak semula stpm 7

Bayaran Permohonan Semakan Semula

  1. Kadar bayaran semakan semula keputusan peperiksaan STPM 2020 adalah RM50.00 bagi satu mata pelajaran.
  2. Bayaran hanya boleh dibuat semasa peembelian no pin MEC di kaunter BSN.

Keputusan semak semula ini boleh disemak selepas 14 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan semak semula keputusan STPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665 atau melalui email : ppa@mpm.edu.my.

Semakan Semula Keputusan PT3 2020

Permohonan semakan semula keputusan PT3 2020 boleh mula dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan rasmi PT3 diumumkan. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. Keputusan semakan semula akan dimaklumkan menerusi surat rasmi dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima. Calon boleh mengikuti panduan di halaman ini bagi tujuan menyemak semula keputusan PT3.

Panduan Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 2020

Calon perlu mendapatkan borang permohonan penyemakan semula keputusan PT3 melalui:-

  1. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan.
  2. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
  3. Laman web Lembaga Peperiksaan.
  4. Borang Semak Semula PT3 Online.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar bersama-sama dokumen berikut :

  1. Satu (1) salinan keputusan peperiksaan PT3 yang telah disahkan oleh Guru Besar / Pengetua / Pegawai Kumpulan A.
  2. Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.

Semua dokumen serta borang permohanan yang lengkap perlu dihantar ke:

  1. Pengetua sekolah di mana keputusan PT3 dikeluarkan bagi calon sekolah.
  2. Jabatan Pendidikan Negeri,(JPN), u.p:Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan bagi calon persendirian. JPN mestilah di negeri calon menduduki PT3.

Bayaran Permohonan Semak Semula

  1. Kadar bayaran semakan semula keputusan peperiksaan PT3 2020 adalah RM50.00 bagi satu mata pelajaran.
  2. Kaedah bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.

Pengurusan permohonan semak semula keputusan PT3 2020 akan diuruskan oleh pihak sekolah bagi calon sekolah. Manakala calon persendirian, permohonan akan diuruskan oleh JPN.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan semakan semula keputusan PT3 2020 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau merujuk ke JPN masing-masing. Selain itu, calon boleh mendapatkan maklumat dan mengajukan persoalam di Lembaga Peperiksaan:

  Alamat: Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 7, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

Portal Rasmi: http://lp.moe.gov.my/

No Telefon : 03-80008000

Emel: 80008000@1mocc.gov.my

Semakan Keputusan PT3 2020

Semakan keputusan PT3 2020 boleh disemak mulai pada tarikh rasmi yang akan diumumkan kelak oleh pihak sekolah. Untuk makluman calon, tarikh keputusan PT3 adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan sekolah masing-masing. Para calon PT3 hanya boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui sekolah masing-masing bermula jam 8.00 / 9.00 / 10.00 pagi. Oleh kerana tiada pengumuman keputusan PT3 secara berpusat, semakan keputusan dengan menggunakan cara atas talian/online, khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui aplikasi telefon e-Lembaga Peperiksaan tidak disediakan.

Semakan Keputusan PT3 2020

i. Calon Sekolah

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh di sekolah di mana calon menduduki PT3 pada waktu yang ditetapkan. Calon dikehendaki membawa MyKad masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian penyerahan keputusan berjalan dengan lancar.

ii. Calon Persendirian

Calon persendirian boleh mendapatkan keputusan PT3 mereka dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat calon membuat pendaftaran PT3 dahulu.

Senarai Pelaporan Tingkatan 3

Berikut adalah senarai pelaporan yang akan diterima oleh calon pada tarikh rasmi keputusan PT3 2019 diumumkan.

  1. Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  2. Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS)
  3. Pelaporan Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PSJSK)
  4. Pelaporan Psikometrik (PPsi)

Permohonan Semakan Semula PT3 2020

Calon yang ingin menyemak semula keputusan PT3 mereka boleh membuat permohonan semakan semula dalam masa 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan. Untuk makluman calon, borang Penyemakan Semula Keputusan PT3 boleh didapati di :

  1. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan
  2. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
  3. Laman web Lembaga Peperiksaan
  4. Borang Semak Semula PT3 Online

Kadar bayaran yang diterima untuk menyemak semula keputusan PT3 ini adalah sebanyak RM50.00 bagi satu matapelajaran. Permohonan bagi calon sekolah akan diuruskan oleh pihak sekolah dan permohonan calon persendirian akan diuruskan oleh pihak JPN. Keputusan semak semula PT3 ini akan dimakluman melalui surat rasmi dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan ditutup.

Semak Semula Keputusan PT3

Sebarang maklumat penting tentang keputusan PT3 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di Bahagian Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian:- +603-8000 8000 (Waktu Pejabat).

Semakan Keputusan STPM 2020

Semakan keputusan STPM 2020 semester 1 boleh mula dibuat pada 3 Mac 2020. Calon STPM boleh mendapatkan keputusan keseluruhan peperiksaan mereka di sekolah calon menduduki peperiksaan. Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan dengan menggunakan cara atas talian / online atau khidmat sistem pesanan ringkas. Panduan untuk menyemak keputusan STPM 2020 adalah seperti di bawah.

Semakan Keputusan STPM 2020

i. Melalui Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan (Keputusan Keseluruhan STPM)

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan keseluruhan STPM 2020 di sekolah di mana calon menduduki STPM pada jam 12.00 tengahari. Calon perlu diingatkan supaya membawa MyKad masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian penyerahan keputusan berjalan dengan lancar.

ii. Semak Secara Atas Talian / Online

Cara-cara menyemak keputusan secara atas talian / online adalah seperti berikut :

  1. Pelajar perlu melayari laman Semakan Keputusan Peperiksaan STPM
  2. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan dan tekan butang hantar
  3. Cetak keputusan STPM untuk rujukan pelajar

Melalui portal ini, calon juga boleh menyemak keputusan setiap semester serta keputusan ulangan setiap semester.

iii. Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Calon juga boleh mengunakan khidmat sistem pesanan ringkas untuk menyemak keputusan mereka. Panduan menyemak adalah seperti ini :

  1. Taip STPM RESULTP1 <no kad pengenalan> 
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: STPM RESULTP1 920000045555 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan STPM

Permohonan rayuan menyemak semula boleh dibuat dalam masa yang ditetapkan oleh MPM. Calon hanya dibenarkan membuat satu permohonan semak semula bagi setiap penggal peperiksaan. Panduan permohonan rayuan semakan semula adalah seperti berikut:

  1. Calon perlu membeli no pin MEC di Bank Simpanan Nasional (BSN). Pastikan calon telah mengenalpasti bilangan subjek yang hendak di semak semula sebelum membuat pembelian.
  2. Calon perlu melayari ke laman Semak Semula Keputusan STPM 
  3. Masukkan no kad pengenalan bersaman angka giliran dan tekan butang hantar
  4. Calon perlu memilih subjek yang hendak disemak semula
  5. Masukkan no pin MEC pada ruang yang disediakan dan tekan butang simpan
  6. Cetak permohonan rayuan semakan semula keputusan STPM untuk rujukan calon

Menerusi portal ini juga, calon boleh membuat kemaskini dan boleh menyemak keputusan semak semula. Keputusan semak semula ini boleh disemak selepas 14 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan.

Sebarang maklumat penting tentang keputusan STPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Semakan Semula Keputusan SPM 2019

Permohonan semakan semula keputusan SPM 2019 boleh mula dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan rasmi peperiksaan diumumkan. Permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan tidak akan diproses. Untuk makluman calon, tarikh keputusan semakan semula SPM 2019 ini adalah 2 bulan selepas tarikh tutup permohonan. Halaman ini menyediakan panduan bagi calon untuk menyemak semula keputusan SPM 2019.

Panduan Permohonan Penyemakan Semula Keputusan SPM 2019

Calon yang ingin menyemak semula keputusan SPM mereka perlu memahami dan mengikuti panduan permohonan seperti dinyatakan di bawah:

  1. Calon perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan. Borang permohonan boleh didapati melalui:-
    a. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan
    b. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
    c. Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Putrajaya
    d. Laman web Lembaga Peperiksaan

  2. Calon juga perlu menyertakan :-
    a. Satu (1) salinan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan.
    b. Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
    c. Dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 setiap satu sampul
  3. Hantar borang permohonan semakan semula keputusan yang lengkap diisi berserta semua item pada langkah kedua panduan dalam sampul surat. Kemudian, tulis perkataan “SEMAK SEMULA SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan hantar kepada Pengarah Peperiksaan yang beralamat:

          Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 7, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya (u.p: Unit SPM)

Bayaran Permohonan Semak Semula

  1. Kadar bayaran semakan semula keputusan peperiksaan SPM 2019 adalah RM100.00 bagi satu mata pelajaran.
  2. Kaedah bayaran boleh dibuat dengan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA jika menggunakan khidmat kiriman pos dan kaedah bayaran secara wang tunai juga diterima bagi permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan. Cek persendirian tidak diterima dalam proses pembayaran ini.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan semakan semula keputusan SPM 2019 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan, di Bahagian Unit SPM melalui talian 03-8884 3332 atau di Bahagian Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui email : lp.spm@moe.gov.my.

Semakan Keputusan SPM 2020

Semakan keputusan SPM 2020 boleh dibuat mulai 10 Jun 2021 iaitu pada hari khamis. Para calon SPM boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi. Selain daripada itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka dengan menggunakan cara atas talian/online, khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui aplikasi telefon e-Lembaga Peperiksaan. Halaman ini menyediakan panduan untuk calon menyemak keputusan SPM 2020.

Semakan Keputusan SPM 2020

i. Melalui Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh di sekolah dimana calon menduduki SPM pada waktu yang ditetapkan. Calon dikehendaki membawa MyKad masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian penyerahan keputusan berjalan dengan lancar.

ii. Semak Secara Atas Talian/Online

Calon boleh menyemak keputusan secara atas talian/online mengikut panduan di bawah :

  1. Pelajar perlu melayari Sistem Aplikasi SSPT
  2. Masukkan nombor kad pengenalan bersama angka giliran pelajar di ruang yang disediakan dan tekan butang Papar Keputusan
  3. Cetak keputusan SPM 2020 untuk rujukan pelajar

Semakan Keputusan SPM

Semakan keputusan menerusi laman web ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

iii. Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Jika calon ingin menyemak keputusan dengan menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas, calon boleh membuat penghantaran mesej seperti berikut :

  1. Taip SPM <jarak> NO KAD PENGENALAN <jarak> ANGKA GILIRAN
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: SPM 920000045555 WY189A123 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

iv. Melalui Aplikasi Telefon e-Lembaga Peperiksaan

Calon SPM 2020 juga boleh menyemak keputusan melalui aplikasi ini dimana pelajar yang menggunakan Android boleh memuat turun di Play Store dengan kata carian e-Lembaga Peperiksaan. Manakala pelajar yang menggunakan Apple difahamkan ianya masih belum disediakan.

e-Lembaga Peperiksaan

Permohonan Semakan Semula SPM 2020

Calon yang ingin menyemak semula keputusan SPM mereka boleh membuat permohonan semakan semula dalam masa 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan. Untuk makluman calon, borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di :

  1. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan
  2. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
  3. Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya
  4. Laman web Lembaga Peperiksaan

Keputusan semak semula SPM 2020 ini boleh disemak selepas dua bulan dari tarikh permohonan ditutup. Sebarang maklumat penting tentang semakan keputusan SPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di Bahagian Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian:- +603-8000 8000 (Waktu Pejabat).

Semakan Permohonan UPU 2020/2021-SPM/Setaraf

Semakan permohonan UPU 2020/2021-SPM/Setaraf bermula pada jam 12.00 tengahari, pada sekitar bulan Mei 2020. Pelajar lepas SPM dan setaraf yang telah membuat permohonan UPU sesi 2020/2021 boleh menyemak keputusan tawaran secara atas talian/online, menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui aplikasi UPUPOCKET 2.0. Halaman ini akan memberikan panduan kepada pelajar untuk menyemak keputusan permohonan mereka.

Semakan Permohonan UPU 2020/2021-SPM/Setaraf

a. Semak Secara Atas Talian/Online

Untuk makluman pelajar, panduan menyemak tawaran secara atas talian/online adalah seperti berikut:

  1. Pelajar perlu melayari salah satu laman dibawah:-
    a. http://jpt.ums.edu.my/ 
    b. https://jpt.unimas.my/
    c. http://jpt.uum.edu.my/
    d. http://jpt.umt.edu.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar di ruang yang disediakan dan tekan butang semak/masuk/ok/
  3. Cetak keputusan permohonan UPU untuk rujukan pelajar

b. Semak Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Keputusan tawaran UPU juga boleh disemak melalui khidmat sistem pesanan ringkas dengan  menghantar maklumat seperti dibawah:

  1. Taip UPU RESULT <no kad pengenalan> 
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: UPU RESULT 920000045555 dan hantar ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi

Semakan Permohonan UPU 2020/2021-SPM/Setaraf

c. Semak Melalui Aplikasi UPUPOCKET 2.0

Pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui aplikasi ini dimana pelajar yang menggunakan Android boleh memuat turun di Play Store manakala pelajar yang menggunakan Apple, boleh memuat turun di App Store dengan kata carian UPUPOCKET 2.0.

Semakan Permohonan UPU 2020/2021-SPM/Setaraf.2

Keputusan Tawaran UPU Yang Tidak Berjaya

Pelajar yang tidak berjaya mendapat tawaran ke UPU sesi 2020/2021 masih berpeluang meneruskan pembelajaran mereka dengan membuat permohonan rayuan UPU secara atas talian/online yang bermula dari tarikh sekitar bulan Mei 2020. Untuk makluman pelajar, Permohonan Rayuan Kemasukan Pelajar ke UPU hanya dibuka kepada pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat di Universiti Awam, Matrikulasi atau Politeknik Premier sahaja. Permohonan rayuan UPU boleh dilakukan secara atas talian / online menggunakan laman di portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU). Rayuan ke Politeknik Konvensional /  Metro, Kolej Komuniti dan ILKA adalah terus ke Agensi Pendidikan yang dipohon. Keputusan rayuan kemasukan UPU ini boleh disemak pada 26 Jun 2020.

Sebarang maklumat penting tentang keputusan tawaran adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disarankan mendapatkan maklumat di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian:- 03-8870 8200 (Waktu Pejabat).

Semakan Semula Keputusan UPSR 2020

Permohonan semakan semula keputusan UPSR 2020 boleh dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan. Berikut dikongsikan panduan untuk menyemak semula keputusan UPSR 2019. Permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh keputusan keluar tidak akan diproses. Keputusan semakan semula akan dimaklumkan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup permohonan.

Panduan Permohonan Penyemakan Semula Keputusan UPSR 2020

Panduan permohonan adalah seperti di bawah:

  1. Para calon dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan pada borang permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan. Borang permohonan boleh didapati menerusi:-
    a. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan
    b. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
    c. Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Putrajaya
    d. Laman web Lembaga Peperiksaan

  2. Calon juga hendaklah menyediakan bahan seperti:-
    a. Satu (1) salinan keputusan peperiksaan UPSR yang telah disahkan oleh Guru Besar atau  Pegawai Kerajaan Kumpulan A
    b. Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama                                                   AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM.
    c. Dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm, beralamat sendiri dan                                      bersetem RM1.00 setiap satu sampul
  3. Calon dikehendaki memasukkan borang permohonan semakan semula keputusan UPSR 2019 yang lengkap diisi bersama semua bahan yang telah disediakan pada langkah kedua panduan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR 2019” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan hantar kepada Pengarah Peperiksaan yang beralamat berikut:

          Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 7, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya (u.p: Unit UPSR)

Bayaran Permohonan Semak Semula

  1. Kadar bayaran :-
    Kadar bayaran semakan semula keputusan peperiksaan UPSR 2020 adalah RM50.00 bagi satu mata pelajaran.
  2. Kaedah bayaran :-
    a. Permohonan Melalui Pos
      i. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis         ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Kokotkan Wang Pos/Kiriman         Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Semak Semula
       ii. Cek persendirian tidak diterima
    b. Permohonan Melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
       i. Pembayaran boleh menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis ditulis        atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Pembayaran menggunakan wang            tunai juga diterima
       ii. Cek persendirian tidak diterima

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan semakan semula keputusan UPSR 2020 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan.

Semakan Keputusan UPSR 2020

Semakan keputusan UPSR 2020 boleh dibuat pada 21 November 2019 iaitu pada hari khamis ini. Para calon UPSR boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi. Calon juga boleh menyemak menggunakan cara atas talian/online, khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui aplikasi telefon e-Lembaga Peperiksaan. Berikut, dikongsikan panduan untuk pelajar menyemak keputusan UPSR 2020.

Semakan Keputusan UPSR 2020

i. Melalui Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan

Calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan / sekolah swasta perlu hadir ke sekolah pada waktu yang ditetapkan dengan berpakaian sekolah. Calon juga diingatkan supaya membawa MyKad masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian penyerahan keputusan berjalan dengan lancar.

ii. Semak Secara Atas Talian/Online

Panduan menyemak keputusan secara atas talian/online adalah seperti di bawah:

  1. Pelajar perlu melayari portal Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Masukkan nombor kad pengenalan bersama angka giliran pelajar di ruang yang disediakan dan tekan butang Papar Keputusan
  3. Cetak keputusan UPSR dan PASR 2020 untuk rujukan pelajar

Keputusan UPSR 2019

Semakan keputusan menerusi laman web ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

iii. Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Semakan keputusan juga boleh dibuat dengan menggunakan penghantaran mesej mengikut format berikut :

  1. Taip UPSR <no angka giliran> 
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: UPSR MAOO1A061 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

iv. Melalui Aplikasi Telefon e-Lembaga Peperiksaan

Calon UPSR 2020 boleh menyemak keputusan melalui aplikasi ini dimana pelajar yang menggunakan Android boleh memuat turun di Play Store dengan kata carian e-Lembaga Peperiksaan. Manakala pelajar yang menggunakan Apple difahamkan ianya masih belum disediakan.

e-Lembaga Peperiksaan

Permohonan Semakan Semula UPSR 2020

Calon-calon  yang ingin membuat semakan semula boleh membuat permohonan semakan semula keputusan UPSR dalam masa 30 hari selepas keputusan diumumkan. Permohonan semakan semula UPSR 2020 boleh dibuat di sekolah masing-masing atau di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di :

  1. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan
  2. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
  3. Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya
  4. Laman web Lembaga Peperiksaan

Sebarang maklumat penting tentang semakan keputusan UPSR adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di Bahagian Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian:- +603-8000 8000 (Waktu Pejabat).