Semakan Keputusan SPM 2020

Semakan keputusan SPM 2020 boleh dibuat mulai 10 Jun 2021 iaitu pada hari khamis. Para calon SPM boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi. Selain daripada itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka dengan menggunakan cara atas talian/online, khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui aplikasi telefon e-Lembaga Peperiksaan. Halaman ini menyediakan panduan untuk calon menyemak keputusan SPM 2020.

Semakan Keputusan SPM 2020

i. Melalui Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh di sekolah dimana calon menduduki SPM pada waktu yang ditetapkan. Calon dikehendaki membawa MyKad masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian penyerahan keputusan berjalan dengan lancar.

ii. Semak Secara Atas Talian/Online

Calon boleh menyemak keputusan secara atas talian/online mengikut panduan di bawah :

  1. Pelajar perlu melayari Sistem Aplikasi SSPT
  2. Masukkan nombor kad pengenalan bersama angka giliran pelajar di ruang yang disediakan dan tekan butang Papar Keputusan
  3. Cetak keputusan SPM 2020 untuk rujukan pelajar

Semakan Keputusan SPM

Semakan keputusan menerusi laman web ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

iii. Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Jika calon ingin menyemak keputusan dengan menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas, calon boleh membuat penghantaran mesej seperti berikut :

  1. Taip SPM <jarak> NO KAD PENGENALAN <jarak> ANGKA GILIRAN
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: SPM 920000045555 WY189A123 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

iv. Melalui Aplikasi Telefon e-Lembaga Peperiksaan

Calon SPM 2020 juga boleh menyemak keputusan melalui aplikasi ini dimana pelajar yang menggunakan Android boleh memuat turun di Play Store dengan kata carian e-Lembaga Peperiksaan. Manakala pelajar yang menggunakan Apple difahamkan ianya masih belum disediakan.

e-Lembaga Peperiksaan

Permohonan Semakan Semula SPM 2020

Calon yang ingin menyemak semula keputusan SPM mereka boleh membuat permohonan semakan semula dalam masa 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan. Untuk makluman calon, borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di :

  1. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan
  2. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
  3. Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya
  4. Laman web Lembaga Peperiksaan

Keputusan semak semula SPM 2020 ini boleh disemak selepas dua bulan dari tarikh permohonan ditutup. Sebarang maklumat penting tentang semakan keputusan SPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di Bahagian Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian:- +603-8000 8000 (Waktu Pejabat).