Semakan Semula Keputusan UPSR 2020

Permohonan semakan semula keputusan UPSR 2020 boleh dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan. Berikut dikongsikan panduan untuk menyemak semula keputusan UPSR 2019. Permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh keputusan keluar tidak akan diproses. Keputusan semakan semula akan dimaklumkan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup permohonan.

Panduan Permohonan Penyemakan Semula Keputusan UPSR 2020

Panduan permohonan adalah seperti di bawah:

  1. Para calon dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan pada borang permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan. Borang permohonan boleh didapati menerusi:-
    a. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan
    b. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
    c. Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Putrajaya
    d. Laman web Lembaga Peperiksaan

  2. Calon juga hendaklah menyediakan bahan seperti:-
    a. Satu (1) salinan keputusan peperiksaan UPSR yang telah disahkan oleh Guru Besar atau  Pegawai Kerajaan Kumpulan A
    b. Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama                                                   AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM.
    c. Dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm, beralamat sendiri dan                                      bersetem RM1.00 setiap satu sampul
  3. Calon dikehendaki memasukkan borang permohonan semakan semula keputusan UPSR 2019 yang lengkap diisi bersama semua bahan yang telah disediakan pada langkah kedua panduan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN UPSR 2019” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan hantar kepada Pengarah Peperiksaan yang beralamat berikut:

          Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 7, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya (u.p: Unit UPSR)

Bayaran Permohonan Semak Semula

  1. Kadar bayaran :-
    Kadar bayaran semakan semula keputusan peperiksaan UPSR 2020 adalah RM50.00 bagi satu mata pelajaran.
  2. Kaedah bayaran :-
    a. Permohonan Melalui Pos
      i. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis         ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Kokotkan Wang Pos/Kiriman         Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Semak Semula
       ii. Cek persendirian tidak diterima
    b. Permohonan Melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
       i. Pembayaran boleh menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis ditulis        atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM. Pembayaran menggunakan wang            tunai juga diterima
       ii. Cek persendirian tidak diterima

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan semakan semula keputusan UPSR 2020 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan.