Semakan Permohonan Matrikulasi 2020/2021

Semakan permohonan matrikulasi 2020/2021 boleh dibuat mulai jam 12.00 tengahari, pada 13 Mei 2020. Pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan matrikulasi sesi 2020/2021 boleh menyemak keputusan tawaran secara atas talian/online, menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui panggilan telefon. Berikut dikongsikan panduan untuk pelajar menyemak keputusan tawaran.

Semakan Permohonan Matrikulasi 2020/2021

a. Semak Secara Atas Talian/Online

Untuk makluman calon, semakan permohonan matrikulasi sesi 2020/2021 boleh dibuat secara atas talian/online menerusi portal UPUonline. Langkah semakan adalah sama seperti di paduan semakan permohonan UPU melalui halaman Semakan Permohonan UPU 2020/2021-SPM/Setaraf.  Panduan menyemak adalah seperti berikut:

  1. Pelajar perlu melayari salah satu laman dibawah:-
    a. http://jpt.ums.edu.my/ 
    b. https://jpt.unimas.my/
    c. http://jpt.uum.edu.my/
    d. http://jpt.umt.edu.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar di ruang yang disediakan dan tekan butang semak/masuk/ok/
  3. Cetak keputusan permohonan UPU untuk rujukan pelajar

b. Semak Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Keputusan tawaran juga boleh disemak melalui khidmat sistem pesanan ringkas dengan menghantar maklumat seperti dibawah:

  1. Taip MOE MAT <no kad pengenalan>
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: MOE MAT 920000045555 dan hantar ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

c. Semak Melalui Panggilan Telefon

Pelajar juga boleh menyemak keputusan melalui panggilan telefon ke Sektok Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian:- 03-8884 4083 dan 03-8884 4108

Semakan Permohonan Matrikulasi 2020/2021 yang Berjaya

Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi sesi 2020/2021 perlu menyediakan beberapa dokumen seperti di bawah untuk dibawa pada hari pendaftaran. Dokumen tersebut adalah:

  1. Surat Tawaran
  2. Panduan Pendaftaran Pelajar
  3. Maklumat Peribadi Pelajar
  4. Akuan Persetujuan Ibubapa/penjaga dan kesihatan pelajar
  5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  6. Borang Perjanjian Pelajar (2 Salinan)

Semakan Permohonan Matrikulasi 2020/2021 yang Tidak Berjaya

Pelajar yang tidak berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi sesi 2020/2021 masih berpeluang meneruskan pembelajaran mereka ke matrikulasi melalui permohonan rayuan matrikulasi secara atas talian/online yang bermula dari tarikh 13 Mei 2020 sehingga 19 Mei 2020. Permohonan rayuan matrikulasi secara atas talian/online boleh dilakukan menggunakan laman yang sama iaitu semakan tawaran di portal UPUonline. Keputusan rayuan ini boleh disemak pada tarikh yang akan dimaklumakan kelak dengan menggunakan kaedah semakan tawaran biasa.

Semakan Permohonan Matrikulasi 2020/2021

Sebarang maklumat penting tentang keputusan tawaran adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disarankan mendapatkan maklumat di Bahagian Kemasukan Matrikulasi KPM di talian:- 03-8884 4083/4040/4036 (Waktu Pejabat)

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi

Keputusan Peperiksaan Matrikulasi 2019/2020 akan diumumkan pada satu tarikh rasmi yang akan diumumkan kelak. Oleh yang demikian, para pelajar matrikulasi boleh memuat turun keputusan masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Pelajar yang terlibat adalah calon-calon Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester II dan Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester IV Sesi 2019/2020. Menerusi pengumuman KPM, keputusan peperiksaan boleh disemak melalui beberapa kaedah seperti berikut:

Kaedah Menyemak Keputusan Peperiksaan Matrikulasi:

A. Secara Atas Talian/Online

Dimaklumkan bahawa, keputusan peperiksaan matrikulasi Semester II/IV Sesi 2019/2020 boleh disemak secara atas talian/online apabila sistem aplikasi semakan telah dibuka. Panduan menyemak secara atas talian/online adalah seperti dibawah:

  1. Pelajar perlu melayari portal Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM)
  2. Pilih butang Semakan Peperiksaan di portal tersebut bagi memulakan semakan
  3. Masukkan no. MATRIK + 6 DIGIT terakhir dalam no. kad pengenalan pelajar di ruang yang disediakan dan tekan butang semak
  4. Cetak keputusan peperiksaan matrikulasi untuk rujukan pelajar

Keputusan Peperiksaan Matrikulasi

B. Melalui Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Melalui khidmat sistem pesanan ringkas, pelajar juga boleh menyemak keputusan peperiksaan matrikulasi Semester II/IV Sesi 2019/2020. Berikut adalah panduan menyemak:

  1. Taip MOE MAT <no kad pengenalan> 
  2. Hantar ke 15888

# Contoh: MOE MAT 920000045555 dan hantar ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

C. Menggunakan Panggilan Telefon

Pelajar juga boleh meyemak keputusan melalui panggilan telefon ke:

  1. Talian Kolej Matrikulasi masing-masing. Para pelajar boleh menyemak senarai talian Kolej Matrikulasi disini
  2. Sektok Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian:- 03-8884 4083 dan 03-8884 4108

Permohonan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Matrikulasi

Calon yang ingin menyemak semula keputusan peperiksaan matrikulasi Semester II/IV Sesi 2019/2020 haruslah membaca dan memahami syarat/peraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSM) Kementerian Pendidikan Malaysia. Setelah memahaminya, calon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM boleh didapati melalui beberapa kaedah seperti berikut:

  1. Dapatkan di Kolej Matrikulasi yan berdekatan
  2. Dapatkan di Pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya
  3. Melayari laman web yang beralamat disini

Sebarang maklumat penting tentang panduan menyemak keputusan peperiksaan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disarankan mendapatkan maklumat di Sektok Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian:- 03-8884 4083 dan 03-8884 4108 (Waktu Pejabat)

Permohonan SBP 2021 Secara Online

Permohonan SBP 2021 Secara Online. Permohonan kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh dibuat secara online sepenuhnya melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia dan ianya hanya akan dibuka pada tarikh sekitar bulan Ogos hingga bulan September 2020 yang akan dimaklumkan kelak. Permohonan adalah terbuka kepada murid tahun 6 (2020) yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan pelajar tingkatan 3 (2020) yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.

Syarat Kelayakan Permohonan SBP 2021

Berikut adalah syarat-syarat permohonan SPB Tingkatan 1 ambilan 2021:

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019
  5. Murid aktif dalam kokurikulum

Berikut adalah syarat-syarat permohonan SPB Tingkatan 4 ambilan 2020:

  1. Pelajar mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pelajar Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Pelajar memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 – minimum GRED A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya GRED C bagi mata pelajaran yang lain
  5. Pelajar lulus dalam saringan/temuduga (hanya di KISAS)
  6. Pelajar aktif dalam kokurikulum

Pakej Mata Pelajaran SBP

Maklumat di bawah adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan sekiranya permohonan berjaya:

Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan 1 SBP

Mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4 SBP

Aliran SBP dan Laman Web Sekolah

Senarai aliran SBP bagi Tingkatan 1 dan 4 serta laman web sekolah adalah seperti di bawah:

Aliran SBP Tingkatan 1 Dan Laman Web Sekolah

Aliran SBP Tingkatan 4 Dan Laman Web Sekolah

Panduan Permohonan SBP 2021 Secara Online

Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibubapa/penjaga/guru. Panduan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu melayari portal Permohonan SBP Dalam Talian.
  2. Baca panduan terlebih dahulu sebelum mengisi borang dengan memilih butang PANDUAN PERMOHONAN.
  3. Setelah membaca dan memahaminya, buat permohonan dengan menggunakan borang online di butang PERMOHONAN.
  4. Murid/pelajar dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  5. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelummencetak. Pengemakinian boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan.

Semua murid/pelajar yang telah membuat permohonan boleh menyemak tarikh, masa dan pusat UKSBP yang ditetapkan melalui portal Permohonan SBP Dalam Talian pada sekitar bulan Oktober 2020. UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan.

Permohonan SBP 2021 Secara Online
Permohonan SBP 2021 Secara Online

Keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP diumumkan sekitar bulan Disember 2020. Manakala, keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP diumumkan sekitar bulan Januari 2021. Bagi permohonan yang tidak Berjaya, murid/pelajar boleh membuat permohonan rayuan melalui portal Permohonan SBP Dalam Talian. Panduan semakan keputusan dan permohonan rayuan boleh rujuk di halaman Keputusan Permohonan SBP 2021. Sebarang maklumat penting tentang permohanan SBP 2020 secara online adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disarankan melayari portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Daftar SSM Online melalui ezBiz

daftar ssm online

Daftar SSM Online melalui ezBiz. Jika kita amati, perniagaan secara online seperti di Facebook, tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Setiap hari,ada sahaja lebih dari 10 page yang berlainan yang kita lihat di Facebook “wall”, menjual produk atau servis. Tetapi ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang mengenai perlunya mendaftar perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).

Menurut keratan akhbar Utusan Malaysia, Pengusaha perniagaan secara dalam talian (online) wajib mendaftar perniagaan masing-masing dengan SSM bagi mengelak berdepan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Daftar SSM Online melalui ezBiz

Untuk pengetahuan anda, sistem e-Lodgement telah dihentikan penggunaannya. SSM telah memperkenalkan sistem ezBiz untuk tujuan pendaftaran perniagaan secara online bagi jenis perniagaan Milikan Tunggal dan Perkongsian. Langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:

  1. Layari https://ezbiz.ssm.com.my/. Kemudian klik butang “Sign Up”. Pastikan anda menggunakan emel yang sah.
  2. Satu page akan terbuka. Masukkan maklumat anda seperti berikut:
    • No Kad Pengenalan
    • Login ID
    • Kata Laluan
    • Emel
    • Warna Kad Pengenalan
    • Warganegara
    • Jantina
    • Tarikh Lahir
    • Bangsa
    • Alamat Tempat Tinggal
  3. Semak semula maklumat yang anda masukkan. Pastikan ianya diisi dengan betul dan tepat.
  4. Kemudian baca “Terma dan Syarat” dan tekan/tanda “Pengakuan” sebagai tanda anda faham dan klik “Save”.
  5. Selepas itu, anda akan menerima emel notifikasi pendaftaran.
  6. Sediakan salinan Kad Pengenalan dan emel notifikasi yang telah anda terima. Bawa salinan ini ke mana-mana SSM yang terdekat untuk membuat Pengaktifan ID dengan membuat pengesahan cap jari.
  7. Anda akan menerima emel notifikasi pengaktifan akaun ezBiz.

Daftar SSM Di Kaunter

Bagi mereka yang mahu mendaftar perniagaan sendiri, hendaklah mendaftarkan perniagaan mereka tidak lebih dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

  1. Lawati mana-mana kaunter SSM.
  2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A). Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama trend. Sila rujuk Panduan Pendaftaran Perniagaan.
    • Nama Sendiri : Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
    • Nama Tred : Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan(Borang PNA.42). Anda boleh rujuk Panduan Permohonan Nama Perniagaan.
  3. Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada​ Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran Per​​niagaan 1957.
  4. Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

Yuran Pendaftaran Perniagaan

Nama tred – RM60 setahun
Nama sendiri – RM30 setahun
Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ssm-einfo.my/.
Bagi anda yang telah mendaftar perniagaan anda, anda perlu mendaftar dengan KWSP (Majikan) dalam tempoh 7 hari dari hari pertama mengambil perkerja pertamanya.