SAPS Ibu Bapa: Panduan Semak Keputusan Peperiksaan Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sistem Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi memudahkan proses pengumpulan, penyimpanan dan analisis maklumat peperiksaan dalam setiap sekolah di seluruh negara. Ibu bapa boleh menggunakan SAPS Ibu Bapa bagi menyemak keputusan peperiksaan anak mereka. Untuk makluman, sistem SAPS tidak merangkumi peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM. Ia juga tidak merangkumi semakan markah kokurikulum pelajar.

Kelebihan SAPS

Sistem SAPS ini memberi banyak faedah kepada ibu bapa dan guru. Antaranya ialah:

  1. Memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak mereka
  2. Prestasi pelajar dapat diikuti tidak mengira kawasan sekolah
  3. Data senang diperolehi kerana guru mata pelajaran akan memasukkan markah ke dalam sistem. Guru kelas tidak perlu meminta markah dari guru mata pelajaran.

SAPS Ibu Bapa

  1. Layari laman web SAPS Ibu Bapa di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/.
  2. Masukkan No Kad Pengenalan pelajar dan tekan “Cari”.
  3. Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk nama negeri dan sekolah.
  4. Tekan “Semak”.
  5. Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM.

Gred Permakahan Peperiksaan Terkini

  1. Sekolah Rendah
    • A : 80 – 100 :  Cemerlang
    • B : 65 – 79 : Baik
    • C : 50 – 64 : Memuaskan
    • D : 40 – 49: Mencapai Tahap Minimum
    • E : 0 – 39 : Belum Mencapai Tahap minimum
    • TH : Tidak Hadir
  2. Menengah Rendah
    • A : 85 – 100 : Cemerlang
    • B : 70 – 84 : Kepujian
    • C : 60 – 69 : Baik
    • D : 50 – 59 : Memuaskan
    • E : 40 – 49 : Mencapai Tahap Minimum
    • F : 0 – 39 : Belum Mencapai Tahap Minimum
    • TH : Tidak Hadir
  3. Menengah Atas
    • A+ : 90 – 100 : Cemerlang Tertinggi
    • A : 80 – 89 : Cemerlang Tinggi
    • A- : 70 79 : Cemerlang
    • B+ : 65 – 69 : Kepujian Tertinggi
    • B : 60 – 64 : Kepujuan Tinggi
    • C+ : 55 – 59 : Kepujian Atas
    • C : 50 – 54 : Kepujian
    • D : 45 – 49 : Lulus Atas
    • E : 40 – 44 : Lulus
    • G : 0 – 39 : Gagal
    • TH : Tidak Hadir

Masalah Ibu Bapa Tidak Boleh Login SAPS Ibu Bapa

Terdapat banyak aduan yang dibuat berkaitan ibu bapa tidak boleh login di SAPS Ibu Bapa. Hal ini mungkin terjadi disebabkan mereka terlupa ID pengguna atau kata laluan. Kesilapan memasukkan kata laluan seperti huruf besar dan kecil menjadi faktor ibu bapa tidak boleh login sistem SAPS.

Cara terpantas untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menghubungi Guru Kelas (GK) pelajar.

Seterusnya jika GK perlulah menyemak No KP dan dokumen sokongan pelajar. Jika disahkan maklumat No KP salah, GK perlu mengemaskini maklumat pelajar di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan hal tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP).

SUP akan mengemaskini No KP pelajar dengan membuat langkah-langkah seperti di bawah

saps ibu bapa

saps ibu bapa

Jika setelah semakan dibuat dan maklumat pengguna disahkan betul, pengguna boleh ibu bapa boleh menghubungi GK atau Guru Matapelajaran (GMP) untuk menukar kata laluan.

GP atau GMP akan mengubah kata laluan pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:

saps ibu bapa

Semoga dengan adanya sistem SAPS ini, dapat memudahkan ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak mereka dan juga dapat mengikuti perkembangan akademik anak mereka.