Semakan Semula Keputusan STPM 2020

Permohonan semakan semula keputusan STPM 2020 hanya boleh dibuat sebanyak satu kali sahaja pada setiap penggal peperiksaan. Para calon boleh mula membuat permohonan pada tarikh rasmi yang akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang mana boleh diperolehi menerusi sekolah calon menduduki peperiksaan. Kebiasaannya calon boleh memohon dalam tempoh 7 hari bermula dari keputusan STPM semester 1, semester 2, dan semester 3 dimuat naik. Halaman ini menyediakan panduan bagi calon yang ingin memohon penyemakan semula keputusan STPM mereka.

Panduan Permohonan Penyemakan Semula Keputusan STPM 2020

Untuk makluman calon, permohonan semak semula ini memerlukan no pin MEC yang boleh dibeli melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Sebelum membuat pembelian, calon perlu mengenalpasti bilangan subjek yang hendak disemak semula bagi tujuan memudahkan urusan pembelian no pin. Kesilapan membeli no pin MEC baharu yang disebabkan oleh penambahan subjek adalah tidak diterima oleh sistem. Para calon boleh mula membuat permohonan dengan mengikuti panduan yang disediakan di bawah.

  1. Calon perlu melayari ke laman Semak Semula Keputusan STPM.
    Sistem semak semula stpm 1
  2. Masukkan no kad pengenalan ( Contoh 920000045555) bersaman angka giliran (Contoh SQ 1111/0000) dan tekan butang hantar.Sistem semak semula stpm 2
  3. Calon perlu memilih subjek yang hendak disemak semula dan masukkan no pin MEC pada ruang yang disediakan. Tekan butang simpan.Sistem semak semula stpm 3
  4. Permohonan yang berjaya adalah seperti paparan dibawah.
    Sistem semak semula stpm 4

Menerusi portal ini juga, calon boleh membuat kemaskini dan boleh menyemak keputusan semak semula. Panduan kemaskini permohonan adalah seperti berikut.

  1. Tekan butang kemaskini.Sistem semak semula stpm 5
  2. Buat pilihan subjek yang hendak ditukar.Sistem semak semula stpm 6
  3. Tekan butang simpan. Kemaskini yang berjaya adalah seperti paparan dibawah.Sistem semak semula stpm 7

Bayaran Permohonan Semakan Semula

  1. Kadar bayaran semakan semula keputusan peperiksaan STPM 2020 adalah RM50.00 bagi satu mata pelajaran.
  2. Bayaran hanya boleh dibuat semasa peembelian no pin MEC di kaunter BSN.

Keputusan semak semula ini boleh disemak selepas 14 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan semak semula keputusan STPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665 atau melalui email : [email protected].