Dulu hanya digunakan pelombong emas, kini hampir semua menggunakannya

Pernahkah anda terfikir, pakaian harian atau fesyen terkini yang selalu diguna pakai adalah sebenarnya dicipta untuk mereka yang melakukan kerja kasar. Pasti anda tertanya-tanya apakah ianya. Ia adalah seluar Jeans.

Seluar Jeans pada asalnya digunakan oleh pelombong emas kerana seluar jenis ini amat tahan lasak. Kemudian digunakan oleh para peladang. Dan kini, ramai menggunakan sebagai pakaian harian dan juga fesyen.

Liveabout

Sejarah Penciptaan Seluar Jeans

Pada tahun 1851, Levi Strauss telah datang dari Jerman ke New York untuk bekerja dengan abangnya. Pada tahun 1853, perlombongan emas sangat rancak dijalankan di San Francisco menyebabkan beliau membuat keputusan untuk berpindah ke sana dan membuka perniagaan keluarga. Antara barangan perniagaan yang dijual adalah kain.

Salah satu pelanggan tetap beliau adalah Jacob Davis, pembuat pakaian dari Reno, membeli kain dari Levi untuk perniagaan pembuatan pakaiannya. Jacob banyak membuat dan menjual barang-barang kasar seperti kemah, selimut kuda dan penutup kereta kuda.

Levi Strauss(kiri) dan Jacob Davis(kanan)

Pada suatu hari, seorang pelanggan Jacob menempah sepasang seluar yang tahan lasak dan tidak mudah koyak untuk suaminya. Jacob kemudian menggunakan kepakarannya untuk mereka seluar seperti yang diminta pelanggannya. Di sini di mana seluar “Jeans” tercipta. Beliau menggunakan kain jenis Denim yang dibeli dari Levi dan menggunakan paku sumbat atau “rivet” di tempat mudah koyak; bahagian zip dan poket.

Tempahan ini tidak hanya terhenti setakat itu sahaja. Permintaan seluar Jeans ini semakin tinggi  permintaannya. Disebabkan permintaan seluar Jeans pada masa itu, Jacob Davis dengan pantas membuat keputusan untuk mempatenkan ciptaan ini. Tetapi untuk meneruskan hasrat beliau mempatenkan seluar Jeans, beliau memerlukan rakan kongsi perniagaan. Beliau mengusulkan hasrat beliau ke Levi Strauss dan mahu mereka menjadi rakan perniagaan. Lebih-lebih lagi, kain jenis Denim itu diperolehi dari Levi.

Maka pada 20 Mei 1873, mereka berjaya mempatenkan seluar Jeans daripada U.S. Patent and Trademark Office.

Levi Strauss & Co

Seluar Jeans Sebagai Fesyen

Mens Fashion Magazine

Hari ini, kita boleh melihat pelbagai gaya yang boleh dikenakan dengan memakai seluar Jeans.

Jenama Levi’s menjadi antara jenama pakaian jenis Jeans yang sangat popular. Sebut sahaja jenama Levi’s pasti kita akan terfikir akan seluar Jeans.