Permohonan UPU 2020/2021 boleh mula dibuat pada tarikh 24 Februari 2020 jam 12.00 tengahari sehingga 31 Mac 2020 bagi lepasan SPM dan sehingga 7 April 2020 bagi lepasan STPM/Setaraf pada jam 11.59 malam. Pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf boleh membuat permohonan menerusi portal rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Halaman ini menyediakan panduan permohonan UPU 2020/2021 yang bertujuan untuk melancarkan proses pendaftaran pelajar.
Panduan Permohonan UPU 2020/2021
Berikut dikongsikan panduan permohononan UPU 2020/2021 secara atas talian / online untuk rujukan pelajar.
- Calon perlu mengenalpasti kategori permohonan (Lepasan SPM atau lepasan STPM / Setaraf)
- Buat pembelian nombor unik ID (RM15.60) dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar permohonan
- Layari portal rasmi UPU di upu.moe.gov.my
- Buat semakan syarat kelayakan AM/KHAS melalui e-panduan upuonline dengan teliti
- Layari Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar dan log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan calon beserta pilihan program pengajian. Daftar akaun sekiranya calon adalah pengguna baharu
- Isi maklumat peribadi, keluarga dan akademik calon. Pastikan calon mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap
- Buat pemilihan sebanyak 12 pilihan program pengajian (Lepasan SPM /STPM/Setaraf) atau 8 pilihan program pengajian (Lepasan Diploma/Setaraf) mengikut keutamaan calon. Calon digalakkan membuat pemilihan program pengajian selepas keputusan peperiksaan dihebahkan
- Muat naik salinan dokumen berkaitan bagi calon lepasan Diploma/Setaraf
- Klik ‘Sah dan Hantar’
- Cetak slip permohonan bagi tujuan rujukan calon
Kategori Permohonan UPU 2020/2021
Berikut adalah dua kategori bagi permohonan UPU.
a. Lepasan SPM
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan SPM adalah seperti berikut:
- Kategori A ialah kategori bagi pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2019.
- Kategori B ialah kategori bagi pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa iaitu SPM tahun 2017 & 2018.
Permohonan kategori ini adalah layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat:
- Asasi di Universiti Awam
- Diploma di Universiti Awam, Politeknik dan ILKA
- Sijil di Kolej Komuniti dan ILKA
- Matrikulasi di Kolej Matrikulasi
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institusi Pendidikan Guru
b. Lepasan STPM / Setaraf
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM tahun semasa adalah seperti berikut:
- Kategori A ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Sastera.
- Kategori S ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Sains.
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa adalah seperti berikut:
- Kategori N ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
- Kategori P ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Kategori U ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
- Kategori L ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Kategori J ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM
Kategori permohonan untuk pemohon Lepasan Diploma/Setaraf adalah seperti berikut:
- Kategori G ialah kategori bagi pemohon yang mengambil Diploma Universiti Awam (UA) atau Diploma Politeknik
- Kategori E ialah kategori bagi pemohon yang mengambil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Diploma Vokasional Malaysia, Diploma IPTS/ Luar Negara atau lain-lain kelayakan
- Kategori F ialah kategori bagi pemohon yang mempunyai kelayakan setaraf sperti A Level, International Baccalaureate Diploma (IBD), Sekolah Sukan (SSBJ/SSTMI/SSMP), STPM (Bukan Tahun Semasa ), Matrikulasi KPM (Bukan Tahun Semasa), STAM (Dua (2) Tahun Sebelum Tahun Semasa ), AUSMAT/ SAM / ADFP atau Foundation IPTS
Kategori permohonan untuk pemohon Lepasan STAM adalah seperti berikut:
- Kategori T ialah kategori bagi pemohonan lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja
Permohonan kategori ini adalah layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.
Nota: Calon dari Matrikulasi dan Asasi perlu melengkap dua fasa permohonan. Di mana, permohonan UPU 2020/2021 Fasa 1 bermula 24 Februari 2020 sehingga 7 April 2020. Manakala, permohonan UPU 2020/2021 Fasa 2 bermula pada 28 Jun 2020 dan berakhir pada 2 Julai 2020.
Syarat Am Kemasukan UPU 2020/2021
A. Syarat Am Kemasukan UPU 2020/2021 Lepasan SPM
Berikut adalah syarat am kemasukan UPU 2020/2021 bagi calon lepasan SPM.
B. Syarat Am Kemasukan UPU 2020/2021 Lepasan STPM/Setaraf
Berikut adalah syarat am kemasukan UPU 2020/2021 bagi calon lepasan STPM/Setaraf.
Untuk makluman pelajar, semakan permohonan UPU 2020/2021-SPM/Setaraf boleh dibuat pada 5 Mei 2020. Manakala semakan permohonan UPU 2020/2021-STPM/Setaraf boleh dibuat pada 30 Julai 2020. Sebarang maklumat penting tentang permohonan UPU 2020/2021 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disarankan mendapatkan maklumat di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian:- 03-8870 8200 (Waktu Pejabat).