Permohonan semakan semula keputusan PT3 2020 boleh mula dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan rasmi PT3 diumumkan. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. Keputusan semakan semula akan dimaklumkan menerusi surat rasmi dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima. Calon boleh mengikuti panduan di halaman ini bagi tujuan menyemak semula keputusan PT3.
Panduan Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 2020
Calon perlu mendapatkan borang permohonan penyemakan semula keputusan PT3 melalui:-
- Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan.
- Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
- Laman web Lembaga Peperiksaan.
- Borang Semak Semula PT3 Online.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar bersama-sama dokumen berikut :
- Satu (1) salinan keputusan peperiksaan PT3 yang telah disahkan oleh Guru Besar / Pengetua / Pegawai Kumpulan A.
- Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
Semua dokumen serta borang permohanan yang lengkap perlu dihantar ke:
- Pengetua sekolah di mana keputusan PT3 dikeluarkan bagi calon sekolah.
- Jabatan Pendidikan Negeri,(JPN), u.p:Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan bagi calon persendirian. JPN mestilah di negeri calon menduduki PT3.
Bayaran Permohonan Semak Semula
- Kadar bayaran semakan semula keputusan peperiksaan PT3 2020 adalah RM50.00 bagi satu mata pelajaran.
- Kaedah bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.
Pengurusan permohonan semak semula keputusan PT3 2020 akan diuruskan oleh pihak sekolah bagi calon sekolah. Manakala calon persendirian, permohonan akan diuruskan oleh JPN.
Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan semakan semula keputusan PT3 2020 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau merujuk ke JPN masing-masing. Selain itu, calon boleh mendapatkan maklumat dan mengajukan persoalam di Lembaga Peperiksaan:
Alamat: Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 7, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
Portal Rasmi: http://lp.moe.gov.my/
No Telefon : 03-80008000
Emel: [email protected]