Semakan Semula Keputusan MUET 2020

Permohonan semakan semula keputusan MUET sesi 1 2020 boleh mula dibuat dalam tempoh seminggu dari tarikh rasmi yang diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu 15 Mei 2020. Para calon hanya boleh membuat permohonan sebanyak satu kali sahaja pada setiap sesi. Calon dinasihati supaya membaca dan memahami panduan permohonan semak semula sebelum membuat perdaftaran bagi mengelakkan berlakunya kesilapan. Berikut adalah panduan permohonan yang disediakan melalui sumber dari MPM.

Panduan Permohonan Semakan Semula Keputusan MUET 2020

Para calon boleh mula membuat permohonan semak semula dengan mengikuti panduan berikut.

  1. Calon perlu membeli no pin MEC atas urusan Semak Semula Keputusan MUET di Bank Simpanan Nasional (BSN) atau membayar secara atas talian / online menerusi laman Permohonan Semak Semula MUET. Calon perlu pastikan mereka mendapat 3 perkara berikut selepas membuat pembayaran secara atas talian / online.
    a. Notis berjaya dari transaksi online bank yang digunakan
    b. Emel pengesahan dari MPM
    c. Sms pedaftaran semak semula MUET berjaya
  2. Calon boleh membuat pendaftaran permohonan secara atas talian / online melalui 2 medium ini:
    a. Laman Permohonan Semak Semula MUET
    b. Aplikasi MUETbyMPM yang boleh dimuat turun menerusi mobile melalui App Store atau Google Play.
  3. Permohonan semak semula MUET yang lengkap akan diuruskan oleh MPM dalam tempoh 18 hari (waktu bekerja) dari tarikh permohonan diterima.
  4. Keputusan semak semula ini boleh disemak melalui laman Semak Keputusan Permohonan Rayuan Semak Semula MUET.

Bayaran Permohonan Semakan Semula

  1. Kadar bayaran semak semula adalah RM70 + RM1.06 (caj perkhidmatan & GST) di BSN atau RM70 + RM2.00 (caj perkhidmatan & GST) secara atas talian / online.
  2. Bayaran hanya boleh dibuat semasa pembelian no pin MEC di kaunter BSN ataupun secara atas talian / online melalui FPX atau Visa.

MPM akan mengeluarkan sijil baru kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan semak semula keputuan MUET adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di MPM melalui talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665 atau melalui email : [email protected].