Semakan Keputusan UPSR 2020

Semakan keputusan UPSR 2020 boleh dibuat pada 21 November 2019 iaitu pada hari khamis ini. Para calon UPSR boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi. Calon juga boleh menyemak menggunakan cara atas talian/online, khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui aplikasi telefon e-Lembaga Peperiksaan. Berikut, dikongsikan panduan untuk pelajar menyemak keputusan UPSR 2020.

Semakan Keputusan UPSR 2020

i. Melalui Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan

Calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan / sekolah swasta perlu hadir ke sekolah pada waktu yang ditetapkan dengan berpakaian sekolah. Calon juga diingatkan supaya membawa MyKad masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian penyerahan keputusan berjalan dengan lancar.

ii. Semak Secara Atas Talian/Online

Panduan menyemak keputusan secara atas talian/online adalah seperti di bawah:

  1. Pelajar perlu melayari portal Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Masukkan nombor kad pengenalan bersama angka giliran pelajar di ruang yang disediakan dan tekan butang Papar Keputusan
  3. Cetak keputusan UPSR dan PASR 2020 untuk rujukan pelajar

Keputusan UPSR 2019

Semakan keputusan menerusi laman web ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

iii. Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Semakan keputusan juga boleh dibuat dengan menggunakan penghantaran mesej mengikut format berikut :

  1. Taip UPSR <no angka giliran> 
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: UPSR MAOO1A061 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

iv. Melalui Aplikasi Telefon e-Lembaga Peperiksaan

Calon UPSR 2020 boleh menyemak keputusan melalui aplikasi ini dimana pelajar yang menggunakan Android boleh memuat turun di Play Store dengan kata carian e-Lembaga Peperiksaan. Manakala pelajar yang menggunakan Apple difahamkan ianya masih belum disediakan.

e-Lembaga Peperiksaan

Permohonan Semakan Semula UPSR 2020

Calon-calon  yang ingin membuat semakan semula boleh membuat permohonan semakan semula keputusan UPSR dalam masa 30 hari selepas keputusan diumumkan. Permohonan semakan semula UPSR 2020 boleh dibuat di sekolah masing-masing atau di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di :

  1. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan
  2. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
  3. Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya
  4. Laman web Lembaga Peperiksaan

Sebarang maklumat penting tentang semakan keputusan UPSR adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di Bahagian Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian:- +603-8000 8000 (Waktu Pejabat).