Semakan Semula Keputusan SPM 2019

Permohonan semakan semula keputusan SPM 2019 boleh mula dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan rasmi peperiksaan diumumkan. Permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan tidak akan diproses. Untuk makluman calon, tarikh keputusan semakan semula SPM 2019 ini adalah 2 bulan selepas tarikh tutup permohonan. Halaman ini menyediakan panduan bagi calon untuk menyemak semula keputusan SPM 2019.

Panduan Permohonan Penyemakan Semula Keputusan SPM 2019

Calon yang ingin menyemak semula keputusan SPM mereka perlu memahami dan mengikuti panduan permohonan seperti dinyatakan di bawah:

  1. Calon perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan. Borang permohonan boleh didapati melalui:-
    a. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan
    b. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
    c. Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan, Putrajaya
    d. Laman web Lembaga Peperiksaan

  2. Calon juga perlu menyertakan :-
    a. Satu (1) salinan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan.
    b. Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
    c. Dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 setiap satu sampul
  3. Hantar borang permohonan semakan semula keputusan yang lengkap diisi berserta semua item pada langkah kedua panduan dalam sampul surat. Kemudian, tulis perkataan “SEMAK SEMULA SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan hantar kepada Pengarah Peperiksaan yang beralamat:

          Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 7, Blok E11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya (u.p: Unit SPM)

Bayaran Permohonan Semak Semula

  1. Kadar bayaran semakan semula keputusan peperiksaan SPM 2019 adalah RM100.00 bagi satu mata pelajaran.
  2. Kaedah bayaran boleh dibuat dengan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA jika menggunakan khidmat kiriman pos dan kaedah bayaran secara wang tunai juga diterima bagi permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan. Cek persendirian tidak diterima dalam proses pembayaran ini.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan semakan semula keputusan SPM 2019 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan, di Bahagian Unit SPM melalui talian 03-8884 3332 atau di Bahagian Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui email : [email protected].