Semakan Keputusan STPM 2020

Semakan keputusan STPM 2020 semester 1 boleh mula dibuat pada 3 Mac 2020. Calon STPM boleh mendapatkan keputusan keseluruhan peperiksaan mereka di sekolah calon menduduki peperiksaan. Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan dengan menggunakan cara atas talian / online atau khidmat sistem pesanan ringkas. Panduan untuk menyemak keputusan STPM 2020 adalah seperti di bawah.

Semakan Keputusan STPM 2020

i. Melalui Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan (Keputusan Keseluruhan STPM)

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan keseluruhan STPM 2020 di sekolah di mana calon menduduki STPM pada jam 12.00 tengahari. Calon perlu diingatkan supaya membawa MyKad masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian penyerahan keputusan berjalan dengan lancar.

ii. Semak Secara Atas Talian / Online

Cara-cara menyemak keputusan secara atas talian / online adalah seperti berikut :

  1. Pelajar perlu melayari laman Semakan Keputusan Peperiksaan STPM
  2. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan dan tekan butang hantar
  3. Cetak keputusan STPM untuk rujukan pelajar

Melalui portal ini, calon juga boleh menyemak keputusan setiap semester serta keputusan ulangan setiap semester.

iii. Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Calon juga boleh mengunakan khidmat sistem pesanan ringkas untuk menyemak keputusan mereka. Panduan menyemak adalah seperti ini :

  1. Taip STPM RESULTP1 <no kad pengenalan> 
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: STPM RESULTP1 920000045555 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan STPM

Permohonan rayuan menyemak semula boleh dibuat dalam masa yang ditetapkan oleh MPM. Calon hanya dibenarkan membuat satu permohonan semak semula bagi setiap penggal peperiksaan. Panduan permohonan rayuan semakan semula adalah seperti berikut:

  1. Calon perlu membeli no pin MEC di Bank Simpanan Nasional (BSN). Pastikan calon telah mengenalpasti bilangan subjek yang hendak di semak semula sebelum membuat pembelian.
  2. Calon perlu melayari ke laman Semak Semula Keputusan STPM 
  3. Masukkan no kad pengenalan bersaman angka giliran dan tekan butang hantar
  4. Calon perlu memilih subjek yang hendak disemak semula
  5. Masukkan no pin MEC pada ruang yang disediakan dan tekan butang simpan
  6. Cetak permohonan rayuan semakan semula keputusan STPM untuk rujukan calon

Menerusi portal ini juga, calon boleh membuat kemaskini dan boleh menyemak keputusan semak semula. Keputusan semak semula ini boleh disemak selepas 14 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan.

Sebarang maklumat penting tentang keputusan STPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).