Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2020/2021

Permohonan kemasukan Matrikulasi 2020/2021 telah dibuka pada 24 Februari 2020 jam 12.00 tengahari sehingga 31 Mac 2020 jam 11.59 malam. Pengajian ke matrikulasi merupakan antara salah satu platform bagi pelajar lepasan SPM/Setaraf menuju ke arah pusat pengajian tinggi. Permohonan ini hanya untuk pelajar lepasan SPM 2019 sahaja. Para pelajar boleh membuat permohonan kemasukan secara atas talian/online berdasarkan panduan yang disediakan di bawah.

Panduan Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2020/2021

Untuk makluman calon, kini permohonan kemasukan Matrikulasi boleh dibuat secara atas talian/online menerusi portal UPUonline. Langkah permohonan kemasukan adalah sama seperti di paduan memohon UPU 2020/2021 melalui halaman Permohonan UPU 2020/2021. Keputusan permohonan Matrikulasi 2020/2021 boleh mula disemak sekitar awal bulan Mei 2020 di mana calon boleh menyemak keputusan dengan melayari portal UPUonline, atau menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui panggilan telefon ke Bahagian Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pilihan Jurusan/Aliran Matrikulasi 2020/2021

Terdapat 4 jurusan/aliran yang boleh dipilih oleh calon untuk menyambung pelajaran ke Program Matrikulasi 2020/2021. Jurusan/aliran tersebut adalah sains, kejuteraan, perakaunan dan perakaunan profesional. Calon perlu memastikan jurusan yang dipilih adalah layak dengan mata pelajaran SPM yang telah didaftar.

Pilihan Kolej Matrikulasi 2020/2021

Berikut adalah senarai Kolej Matrikulasi yang boleh dipilih oleh calon mengikut keutamaan mereka. Walaubagaimanapun, tiada jaminan bagi calon untuk mendapat kolej yang dipilih semasa permohonan. Ini adalah kerana penempatan calon adalah berdasarkan kekosongan tempat/logistik.

  1. Kolej Matrikulasi Melaka-KMM
  2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan-KMNS
  3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang-KMPP
  4. Kolej Matrikulasi Perlis-KMP
  5. Kolej Matrikulasi Labuan-KML
  6. Kolej Matrikulasi Johor-KMJ
  7. Kolej Matrikulasi Perak-KMPk
  8. Kolej Matrikulasi Kedah-KMK
  9. Kolej Matrikulasi Pahang-KMPh
  10. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah-KMKK
  11. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang-KMKPh
  12. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor-KMKJ
  13. Kolej Matrikulasi Selangor-KMS
  14. Kolej Matrikulasi Kelantan-KMKt
  15. Kolej Matrikulasi Sarawak-KMSw
  16. Kolej Mara Kuala Nerang-KMKN
  17. Kolej Mara Kulim-KMKm

Sebarang maklumat penting tentang permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2020/2021 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disaran mendapatkan maklumat di Bahagian Kemasukan Matrikulasi KPM di talian:- 03-8884 4083/4040/4036 (Waktu Pejabat).