Pendaftaran MUET 2020

Pendaftaran MUET 2020. Pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian mereka ke institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama adalah perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET). Untuk makluman pelajar, MUET mempunyai empat kertas untuk diduduki iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing). Kadar bayaran yuran MUET adalah sebanyak RM100.00 pada setiap pendaftaran. Halaman ini menyediakan maklumat penting kepada calon untuk membuat pendaftaran MUET 2020.

Tarikh Penting MUET Tahun 2020

Berikut adalah hebahan tarikh penting peperiksaan MUET Tahun 2020 yang dibuat oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pendaftaran MUET 2020

Panduan Pendaftaran MUET 2020

Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh mendaftar dengan mengikuti panduan yang disediakan di halaman ini.

a. Pembelian Nombor Pin

Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor PIN MEC di kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet dengan melayari https://dapatpay.dapat.com/mpm/ sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

b. Pendaftaran Akaun Pengguna

Sekiranya calon adalah pengguna baharu, calon dikehendaki mendaftar akaun pengguna terlebih dahulu untuk mengakses sistem ini. Calon boleh membuat pendaftaran akaun pengguna pada pautan Daftar Pengguna.

c. Pendaftaran MUET

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar peperiksaan MUET.

  1. Layari laman Login eSubmission MPM online
  2. Klik pada ikon Calon Persendirian pada laman tersebut
  3. Log masuk akaun pengguna pada pautan Log Masuk
  4. Klik pada tab panel ‘Peperiksaan’ dan buat pendaftaran
  5. Klik pada menu Pendaftaran > Pendaftaran Calon Persendirian
  6. Skrin pendaftaran MUET dan STPM akan dipaparkan. Pilih ikon imej ‘Pendaftaran MUET’
  7. Masukkan no pin yang telah dibeli mengikut jenis peperiksaan dan klik butang ‘Teruskan’
  8. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan tekan butang simpan
  9. Cetak slip pendaftaran MUET untuk rujukan calon

Untuk mengetahui cara membuat pendaftaran yang lebih lanjut, calon boleh mendapatkan Manual Pengguna Pendaftaran MUET Calon Persendirian di portal MPM.

Kemaskini Pendaftaran MUET

Calon boleh membuat kemaskini maklumat sedia ada sekiranya ingin membaiki maklumat sebelum ini dengan menekan butang kemaskini.

Panduan Peandaftaran MUET

Sebarang maklumat penting tentang pendaftaran MUET 2020 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di MPM melalui talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665 atau melalui email : [email protected].