Permohonan Kemasukan Prasekolah 2022

Permohonan kemasukan Prasekolah 2022 boleh mula dibuat pada 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 secara online dan 1 Mac 2021 sehingga 31 Mei 2021 secara manual. Permohonan kemasukan ini hanya boleh dipohon oleh ibu/bapa atau penjaga murid sahaja. Untuk makluman ibu/bapa atau penjaga (pemohon), permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM boleh dilakukan secara atas talian/online melalui E-Prasekolah atau secara manual melalui sekolah yang dimohon. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM.

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 2022

Pemohon perlu membuat semakan syarat kelayakan dengan teliti sebelum mendaftar permohonan. Berikut adalah syarat kelayak permohonan kemasukan ke Prasekolah ambilan 2022.

  1. Kanak-Kanak Warganegara Malaysia
  2. Kanak-Kanak lahir pada 2 Januari 2016 – 15 Januari 2018

Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.  Tambahan lagi, pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasi Pemilihan Murid Prasekolah.

Panduan Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 2022

a. Secara Atas Talian/Online

Pemohon boleh mengemukakan permohononan kemasukan Prasekolah KPM 2022 secara atas talian / online dengan cara berikut:

  1. Layari E-Prasekolah.
  2.  Daftar akaun pengguna terlebih dahulu pada pautan Daftar Pengguna sekiranya pemohon adalah pengguna baharu.
  3. Log masuk akaun pengguna dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan sekiranya pemohon adalah pengguna sedia ada.
  4. Klik pada Borang Permohonan Prasekolah.
  5. Isi Borang Permohonan Prasekolah online yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  6. Buat pemilihan sekolah mengikut keutamaan pemohon.
  7. Tandakan pada ruang Pengesahan (pengesahan perlu dibuat oleh ibu/bapa atau penjaga murid) dan hantar permohonan dalam talian
    selewat-lewatnya 30 April 2021 .
  8. Cetak slip permohonan bagi tujuan rujukan pemohon.
  9. Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021.
  10. Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus Menunggu Pengesahan (tindakan pengesahan belum dibuat oleh pihak sekolah).

b. Secara Manual

Bagi permohonan secara manual, langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu mengambil Borang Permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
  2. Isi Borang Permohonan Prasekolah yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021.

Untuk makluman pemohon, keputusan permohonan kemasukan Prasekolah 2022 boleh mula disemak mulai 5 Ogos 2021 tertakluk kepada pindaan dengan melayari E-Prasekolah atau melalui sekolah yang dimohon. Permohonan yang tidak berjaya boleh membuat permohonan rayuan penempatan semula. Panduan permohonan rayuan boleh dirujuk di halaman Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah 2021.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau merujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah) atau ke Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah).

Semakan Permohonan Tahun 1 2022/2023

Semakan permohonan Tahun 1 2022/2023 boleh mula disemak pada 1 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021. Ibubapa atau penjaga (pemohon) boleh melakukan semakan dengan cara atas talian/online melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM). Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting semakan permohonan Tahun 1 untuk rujukan ibubapa dan penjaga.

Semakan Permohonan Kemasukan Tahun 1 2022/2023

Pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan Tahun 1 2022/2023 pada 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 boleh menyemak keputusan permohonan mengikut panduan yang disediakan seperti berikut.

  1. Layari Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM).
  2. Daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Daftar Masuk.
  3. Klik pada Tahun 1 (Pendaftaran / Penyemakan Permohonan).
  4. Cetak Surat Permohonan Sekolah dan Persetujuan Kesihatan bagi tujuan rujukan pemohon.

Bagi permohonan yang berjaya, pemohon perlu mencetak Surat Permohonan Sekolah dan Persetujuan Kesihatan untuk dihantar ke sekolah serta perlu membawa dokumen berkaitan tertakluk kepada sekolah yang dipohon. Permohonan yang tidak berjaya pula boleh membuat permohonan rayuan penempatan semula. Berikut adalah senarai dokumen asas yang perlu dilampirkan:

  1. Salinan Sijil Lahir Kanak-kanak yang Didaftarkan
  2. Sijil Lahir Asal Kanak-kanak yang Didaftarkan
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa dan Penjaga
  4. Kad Pengenalan Asal Ibubapa dan Penjaga
  5. Salinan Surat Nikah dan Surat Cerai
  6. Surat Nikah dan Surat Cerai Asal
  7. Salinan Bil Elektrik/Air/Cukai Pintu
  8. Laporan Kesihatan Doktor dan Kad OKU (jika berkaitan)

Rayuan Penempatan Semula

Permohonan rayuan penempatan semula Tahun 1 ambilan 2022/2023 boleh mula dibuat pada 1 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Permohonan rayuan penempatan semula kemasukan Tahun 1 hanya boleh dibuat secara atas talian/online sahaja iaitu melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM). Rayuan secara manual tidak akan diterima. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rayuan.

  1. Layari Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM).
  2. Daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Daftar Masuk.
  3. Klik pada Tahun 1 (Pendaftaran / Penyemakan Permohonan).
  4. Klik pada butang Rayuan.
  5. Cetak slip permohonan rayuan bagi tujuan rujukan pemohon.

Keputusan permohonan rayuan penempatan semula Tahun 1 2022/2023 akan diumukan pada tarikh 1 Oktober 2021. Para pemohon diminta mengambil perhatian berkenaan tarikh-tarikh penting tentang permohonan dan keputusan kemasukan Tahun 1.

Semakan Permohonan Tahun 1 2021/2022
Semakan Permohonan Tahun 1 2022/2023

Sebarang maklumat penting tentang keputusan permohonan kemasukan Tahun 1 2022/2023 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disarankan mendapatkan maklumat dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau merujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Selain itu, calon boleh mendapatkan maklumat dan mengajukan persoalan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian melalui email: daftartahun1@moe.gov.my atau email ke admin_spatkpm@moe.gov.my sekiranya terdapat masalah teknikal berkaitan sistem semakan permohonan.

Permohonan Kemasukan Tahun 1 2022/2023

Permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2022/2023 bermula pada 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021. Para ibu/bapa atau penjaga boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM). Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun 1 secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang hendak dimohon. Berikut disediakan panduan pendaftaran permohonan kemasukan Tahun 1 bagi ambilan 2022 dan 2023.

Panduan Permohonan Kemasukan Tahun 1 2022/2023

Para ibu/bapa atau penjaga (pemohon) boleh mengemukakan permohonan kemasukan berdasarkan panduan yang disediakan di bawah.

  1. Layari Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM).
  2. Sekiranya pemohon adalah pengguna baharu, pemohon perlu mendaftar akaun pengguna terlebih dahulu. Calon boleh membuat pendaftaran akaun pengguna pada pautan Pengguna Baru.
  3. Sekiranya pemohon adalah pengguna sedia ada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Daftar Masuk.
  4. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1 (Pendaftaran / Penyemakan Permohonan)
  5. Isi permohonan kemasukan Tahun 1 online yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  6. Klik ‘Hantar’ permohonan dan cetak slip permohonan bagi tujuan rujukan pemohon.

Setelah berjaya membuat permohonan secara atas talian/online, ibu/bapa atau penjaga perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh masa pendaftaran dibuka atas tujuan perakuan permohonan dan penghantaran dokumen. Dokumen – dokumen yang diperlukan adalah:

  • Borang Permohonan Online
  • Sijil Lahir Anak (Asal dan 1 salinan)
  • Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga (Asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu/bapa)
  • Surat Nikah/Surat Cerai (Asal dan 1 salinan)
  • Bukti Alamat Tinggal (Salinan bil air/elektrik/cukai pintu yang sah laku sehingga anak tuan/puan masuk Tahun 1)
  • Sampul Surat dan Stem (Saiz sampul surat dan harga stem adalah bergantung kepada pihak pengurusan sekolah)
  • Laporan Doktor atau Kad OKU (Jika Berkaitan)
  • Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi

Bagi permohonan yang lewat pendaftaran kelahiran dan pendaftaran atas talian/online tidak dapat dilakukan, ibu/bapa atau penjaga perlu mendaftarkan permohonan ke PPD selepas bulan Disember 2021 dengan mengisi borang ASBS. Manakala bagi permohonan tanpa dokumen, ibu/bapa atau penjaga perlu permohonan ke PPD menggunakan borang MWTD selepas bulan Disember 2021.

Keputusan permohonan kemasukan Tahun 1 2022/2023 boleh mula disemak sekitar awal bulan Ogos 2021 melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM). Permohonan yang tidak berjaya boleh membuat permohonan rayuan penempatan semula. Panduan permohonan rayuan boleh dirujuk di halaman Keputusan Permohonan Kemasukan Tahun 1 2022/2023. Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan kemasukan Tahun 1 2022/2023 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat dengan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan. Maklumat pegawai JPN dan PPD boleh diperolehi pada menu HUBUNGI KAM

Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2020/2021

Permohonan kemasukan Matrikulasi 2020/2021 telah dibuka pada 24 Februari 2020 jam 12.00 tengahari sehingga 31 Mac 2020 jam 11.59 malam. Pengajian ke matrikulasi merupakan antara salah satu platform bagi pelajar lepasan SPM/Setaraf menuju ke arah pusat pengajian tinggi. Permohonan ini hanya untuk pelajar lepasan SPM 2019 sahaja. Para pelajar boleh membuat permohonan kemasukan secara atas talian/online berdasarkan panduan yang disediakan di bawah.

Panduan Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2020/2021

Untuk makluman calon, kini permohonan kemasukan Matrikulasi boleh dibuat secara atas talian/online menerusi portal UPUonline. Langkah permohonan kemasukan adalah sama seperti di paduan memohon UPU 2020/2021 melalui halaman Permohonan UPU 2020/2021. Keputusan permohonan Matrikulasi 2020/2021 boleh mula disemak sekitar awal bulan Mei 2020 di mana calon boleh menyemak keputusan dengan melayari portal UPUonline, atau menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui panggilan telefon ke Bahagian Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pilihan Jurusan/Aliran Matrikulasi 2020/2021

Terdapat 4 jurusan/aliran yang boleh dipilih oleh calon untuk menyambung pelajaran ke Program Matrikulasi 2020/2021. Jurusan/aliran tersebut adalah sains, kejuteraan, perakaunan dan perakaunan profesional. Calon perlu memastikan jurusan yang dipilih adalah layak dengan mata pelajaran SPM yang telah didaftar.

Pilihan Kolej Matrikulasi 2020/2021

Berikut adalah senarai Kolej Matrikulasi yang boleh dipilih oleh calon mengikut keutamaan mereka. Walaubagaimanapun, tiada jaminan bagi calon untuk mendapat kolej yang dipilih semasa permohonan. Ini adalah kerana penempatan calon adalah berdasarkan kekosongan tempat/logistik.

  1. Kolej Matrikulasi Melaka-KMM
  2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan-KMNS
  3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang-KMPP
  4. Kolej Matrikulasi Perlis-KMP
  5. Kolej Matrikulasi Labuan-KML
  6. Kolej Matrikulasi Johor-KMJ
  7. Kolej Matrikulasi Perak-KMPk
  8. Kolej Matrikulasi Kedah-KMK
  9. Kolej Matrikulasi Pahang-KMPh
  10. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah-KMKK
  11. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang-KMKPh
  12. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor-KMKJ
  13. Kolej Matrikulasi Selangor-KMS
  14. Kolej Matrikulasi Kelantan-KMKt
  15. Kolej Matrikulasi Sarawak-KMSw
  16. Kolej Mara Kuala Nerang-KMKN
  17. Kolej Mara Kulim-KMKm

Sebarang maklumat penting tentang permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2020/2021 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disaran mendapatkan maklumat di Bahagian Kemasukan Matrikulasi KPM di talian:- 03-8884 4083/4040/4036 (Waktu Pejabat).

Permohonan UPU 2020/2021

Permohonan UPU 2020/2021 boleh mula dibuat pada tarikh 24 Februari 2020 jam 12.00 tengahari sehingga 31 Mac 2020 bagi lepasan SPM dan sehingga 7 April 2020 bagi lepasan STPM/Setaraf pada jam 11.59 malam. Pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf boleh membuat permohonan menerusi portal rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Halaman ini menyediakan panduan permohonan UPU 2020/2021 yang bertujuan untuk melancarkan proses pendaftaran pelajar.

Panduan Permohonan UPU 2020/2021

Berikut dikongsikan panduan permohononan UPU 2020/2021 secara atas talian / online untuk rujukan pelajar.

  1. Calon perlu mengenalpasti kategori permohonan (Lepasan SPM atau lepasan STPM / Setaraf)
  2. Buat pembelian nombor unik ID (RM15.60) dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar permohonan
  3. Layari portal rasmi UPU di upu.moe.gov.my
  4. Buat semakan syarat kelayakan AM/KHAS melalui e-panduan upuonline dengan teliti
  5. Layari Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar dan log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan calon beserta pilihan program pengajian. Daftar akaun sekiranya calon adalah pengguna baharu
  6. Isi maklumat peribadi, keluarga dan akademik calon. Pastikan calon mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  7. Buat pemilihan sebanyak 12 pilihan program pengajian (Lepasan SPM /STPM/Setaraf) atau 8 pilihan program pengajian (Lepasan Diploma/Setaraf) mengikut keutamaan calon. Calon digalakkan membuat pemilihan program pengajian selepas keputusan peperiksaan dihebahkan
  8. Muat naik salinan dokumen berkaitan bagi calon lepasan Diploma/Setaraf
  9. Klik ‘Sah dan Hantar’
  10. Cetak slip permohonan bagi tujuan rujukan calon

Kategori Permohonan UPU 2020/2021

Berikut adalah dua kategori bagi permohonan UPU.

a. Lepasan SPM

Kategori permohonan untuk pemohon lepasan SPM  adalah seperti berikut:

  1. Kategori A ialah kategori bagi pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2019.
  2. Kategori B ialah kategori bagi pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa iaitu SPM tahun 2017 & 2018.

Permohonan kategori ini adalah layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat:

  1. Asasi di Universiti Awam
  2. Diploma di Universiti Awam, Politeknik dan ILKA
  3. Sijil di Kolej Komuniti dan ILKA
  4. Matrikulasi di Kolej Matrikulasi
  5. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institusi Pendidikan Guru

b. Lepasan STPM / Setaraf

Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM tahun semasa adalah seperti berikut:

  1. Kategori A ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Sastera.
  2. Kategori S ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Sains.

Kategori permohonan untuk pemohon lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa adalah seperti berikut:

  1. Kategori N ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
  2. Kategori P ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  3. Kategori U ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  4. Kategori L ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
  5. Kategori K ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  6. Kategori J ialah kategori bagi pemohon yang mengambil aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

Kategori permohonan untuk pemohon Lepasan Diploma/Setaraf adalah seperti berikut:

  1. Kategori G ialah kategori bagi pemohon yang mengambil Diploma Universiti Awam (UA)  atau Diploma Politeknik
  2. Kategori E ialah kategori bagi pemohon yang mengambil Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Diploma Vokasional Malaysia, Diploma IPTS/ Luar Negara  atau lain-lain kelayakan
  3. Kategori F ialah kategori bagi pemohon yang mempunyai kelayakan setaraf sperti A Level, International Baccalaureate Diploma (IBD), Sekolah Sukan (SSBJ/SSTMI/SSMP), STPM (Bukan Tahun Semasa ), Matrikulasi KPM (Bukan Tahun Semasa), STAM (Dua (2) Tahun Sebelum Tahun Semasa ), AUSMAT/ SAM / ADFP atau Foundation IPTS

Kategori permohonan untuk pemohon Lepasan STAM adalah seperti berikut:

  1. Kategori T ialah kategori bagi pemohonan lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja

Permohonan kategori ini adalah layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.

Nota: Calon dari Matrikulasi dan Asasi perlu melengkap dua fasa permohonan. Di mana, permohonan UPU 2020/2021 Fasa 1 bermula 24 Februari 2020 sehingga 7 April 2020. Manakala, permohonan UPU 2020/2021 Fasa 2 bermula pada 28 Jun 2020 dan berakhir pada 2 Julai 2020.

Syarat Am Kemasukan UPU 2020/2021

A. Syarat Am Kemasukan UPU 2020/2021 Lepasan SPM

Berikut adalah syarat am kemasukan UPU 2020/2021 bagi calon lepasan SPM.

B. Syarat Am Kemasukan UPU 2020/2021 Lepasan STPM/Setaraf

Berikut adalah syarat am kemasukan UPU 2020/2021 bagi calon lepasan STPM/Setaraf.

Permohonan UPU 2020/2021.2

Untuk makluman pelajar, semakan permohonan UPU 2020/2021-SPM/Setaraf  boleh dibuat pada 5 Mei 2020. Manakala semakan permohonan UPU 2020/2021-STPM/Setaraf boleh dibuat pada 30 Julai 2020. Sebarang maklumat penting tentang permohonan UPU 2020/2021 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disarankan mendapatkan maklumat di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian:- 03-8870 8200 (Waktu Pejabat).

Pendaftaran MUET 2020

Pendaftaran MUET 2020

Pendaftaran MUET 2020. Pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian mereka ke institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama adalah perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET). Untuk makluman pelajar, MUET mempunyai empat kertas untuk diduduki iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing). Kadar bayaran yuran MUET adalah sebanyak RM100.00 pada setiap pendaftaran. Halaman ini menyediakan maklumat penting kepada calon untuk membuat pendaftaran MUET 2020.

Tarikh Penting MUET Tahun 2020

Berikut adalah hebahan tarikh penting peperiksaan MUET Tahun 2020 yang dibuat oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pendaftaran MUET 2020

Panduan Pendaftaran MUET 2020

Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh mendaftar dengan mengikuti panduan yang disediakan di halaman ini.

a. Pembelian Nombor Pin

Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor PIN MEC di kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet dengan melayari https://dapatpay.dapat.com/mpm/ sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

b. Pendaftaran Akaun Pengguna

Sekiranya calon adalah pengguna baharu, calon dikehendaki mendaftar akaun pengguna terlebih dahulu untuk mengakses sistem ini. Calon boleh membuat pendaftaran akaun pengguna pada pautan Daftar Pengguna.

c. Pendaftaran MUET

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar peperiksaan MUET.

  1. Layari laman Login eSubmission MPM online
  2. Klik pada ikon Calon Persendirian pada laman tersebut
  3. Log masuk akaun pengguna pada pautan Log Masuk
  4. Klik pada tab panel ‘Peperiksaan’ dan buat pendaftaran
  5. Klik pada menu Pendaftaran > Pendaftaran Calon Persendirian
  6. Skrin pendaftaran MUET dan STPM akan dipaparkan. Pilih ikon imej ‘Pendaftaran MUET’
  7. Masukkan no pin yang telah dibeli mengikut jenis peperiksaan dan klik butang ‘Teruskan’
  8. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan tekan butang simpan
  9. Cetak slip pendaftaran MUET untuk rujukan calon

Untuk mengetahui cara membuat pendaftaran yang lebih lanjut, calon boleh mendapatkan Manual Pengguna Pendaftaran MUET Calon Persendirian di portal MPM.

Kemaskini Pendaftaran MUET

Calon boleh membuat kemaskini maklumat sedia ada sekiranya ingin membaiki maklumat sebelum ini dengan menekan butang kemaskini.

Panduan Peandaftaran MUET

Sebarang maklumat penting tentang pendaftaran MUET 2020 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di MPM melalui talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665 atau melalui email : ppa@mpm.edu.my.

Permohonan Sijil Matrikulasi KPM

Bekas pelajar lulusan Program Matrikulasi – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mendapatkan Sijil mereka dengan mengemukakan permohonan seperti panduan di bawah. Permohonan Sijil ini akan dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi. Berikut adalah panduan permohonan.

Panduan Permohonan Sijil Matrikulasi KPM

A. Permohonan Baharu

Untuk permohonan baharu, pelajar perlu menyediakan

  1. Borang permohonan (BMKPM/UDM-05).
  2. Salinan kad pengenalan pelajar yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
  3. Surat rasmi permohonan sijil matrikulasi (BMKPM/UDM-06) yang mengandungi maklumat seperti Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Matrik Pelajar, Sesi Pengajian, Kolej Pengajian, Jurusan serta Alamat surat-menyurat.

B. Permohonan Hilang / Rosak

Bagi permohonan sijil yang disebabkan hilang atau rosak, pelajar perlu menyediakan

  1. Bayaran dalam bentuk Wang Pos /  Bank Draf dengan kadar bayaran sebanyak RM50.00 diatas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayaran dalam bentuk tunai atau cek peribadi tidak akan diterima. Sila ambil maklum tempoh sah laku Wang Pos / Bank Draf sebelum mengemukakan permohonan.
  2. Borang permohonan (BMKPM/UDM-05).
  3. Salinan kad pengenalan pelajar yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
  4. Surat rasmi permohonan sijil matrikulasi (BMKPM/UDM-06) yang mengandungi maklumat seperti Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Matrik Pelajar, Sesi Pengajian, Kolej Pengajian, Jurusan serta Alamat surat-menyurat.

Borang permohonan sijil matrikulasi KPM (BMKPM/UDM-05) boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi KPM di laman muat turun borang bahagian matrikulasi atau menerusi link https://www.moe.gov.my/index.php/muat-turun/borang/matrikulasi/133-borang-permohonan-sijil-matrikulasi-kpm/file. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen yang diperlukan menerusi e-mel ke sijil.matrikulasi@moe.gov.my atau melalui pos ke alamat:

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 6&7, BLOK E15
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Setiap permohonan akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari pekerja dari tarikh penerimaan lengkap permohonan. Setiap permohonan Sijil Matrikulasi KPM hendaklah dipohon terlebih dahulu dan permohonan secara walk-in yang memerlukan pada hari yang sama tidak akan dilayan sama sekali.

Penyerahan Sijil Matrikulasi KPM

Penyerahan sijil boleh dilakukan melalui dua cara iaitu:

A. Walk-in ke Bahagian Matrikulasi

Pemohon atau Wakil (dilantik secara bertulis melalui surat pelantikan wakil, BMKPM/UDM-07) perlu membawa dokumen pengenalan diri bersama untuk rujukan pegawai Bahagian Matrikulasi yang bertugas. Borang akuan penerimaan sijil (BMKPM/UDM-08) akan dikeluarkan oleh pegawai bertugas dan perlu disahkan oleh pemohon / wakil pemohon semasa mengambil dokumen. Pemohon boleh menghubungi pihak bertugas terlebih dahulu untuk mendapatkan status permohonan sijil sebelum mengambil sijil.

B. Pos Laju

Pemohon perlu menyediakan POSLAJU PraBayar Sampul L (Sampul Oren – Di antara Semenanjung ATAU Sampul Biru – Diantara Semenanjung ke Sarawak/Sabah) yang beralamat sendiri (diisi dengan lengkap dan jelas) bersama nama pemohon dan maklumat untuk dihubungi pada ruangan penerima. Nombor rujukan POSLAJU PraBayar Sampul L perlu dinyatakan dalam borang permohonan dan sampul tersebut perlu dihantar sekali bersama dengan borang permohonan serta dokumen yang dinyatakan seperti di atas.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan sijil matrikulasi KPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Bahagian Matrikulasi melalui talian 03 8884 4083 atau melalui email : sijil.matrikulasi@moe.gov.my.

Semakan Permohonan UPU 2020/2021-STPM/Setaraf

Semakan Permohonan UPU 2020/2021-STPM/Setaraf boleh disemak mulai 30 Julai 2020. Pelajar yang telah membuat permohonan UPU boleh menyemak keputusan tawaran dengan cara atas talian/online, menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui aplikasi UPUPOCKET 2.0. Untuk makluman pelajar, semakan panggilan temuduga (Bukan Pendidikan) & Ujian MEdsi bemula sekitar bulan Mei 2020. Manakala semakan temuduga (Pendidikan) adalah pada minggu kedua bulan Jun 2020. Halaman ini disediakan untuk membantu membantu pelajar dalam menyemak keputusan permohonan UPU 2020/2021.

Semakan Permohonan UPU 2020/2021-STPM/Setaraf

a. Semak Secara Atas Talian/Online

  1. Untuk menyemak keputusan, pelajar perlu melayari mana-mana laman dibawah:-
    a. http://jpt.ums.edu.my/ 
    b. https://jpt.unimas.my/
    c. http://jpt.uum.edu.my/
    d. http://jpt.umt.edu.my/
  2. Isi nombor kad pengenalan dan tekan butang semak/masuk/ok
  3. Cetak keputusan tawaran untuk rujukan pelajar

b. Semak Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Semakan menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas boleh digunakan dengan cara menghantar sms mengikut format dibawah.

  1. Taip UPU RESULT <no kad pengenalan> 
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: UPU RESULT 920000045555 dan hantar ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi

c. Semak Melalui Aplikasi UPUPOCKET 2.0

Pelajar boleh menggunakan UPUPOCKET 2.0 untuk menyemak keputusan tawaran UPU mereka yang mana boleh didapati di Android (Google Play) dan Apple (AppStore) dan boleh dimuat turun melalui https://upu.mohe.gov.my.

Semakan Permohonan UPU 2020/2021-STPM/Setaraf

Keputusan Tawaran UPU Yang Tidak Berjaya

Pelajar lepasan STPM / Setaraf yang tidak berjaya mendapat tawaran ke UPU sesi 2020/2021 boleh membuat permohonan rayuan UPU secara atas talian/online yang bermula dari 30 Julai 2020 sehingga 8 Ogos 2020. Untuk makluman pelajar, permohonan rayuan kemasukan pelajar ke UPU hanya dibuka kepada pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat di Universiti Awam atau program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Permohonan rayuan UPU boleh dilakukan secara atas talian / online menggunakan laman di portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU). Keputusan rayuan kemasukan UPU ini boleh disemak pada 26 Ogos 2020 bagi rayuan fasa pertama dan 13 September 2020 bagi rayuan fasa kedua.

Sebarang maklumat penting tentang keputusan tawaran adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disarankan mendapatkan maklumat di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian:- 03-8870 8200 (Waktu Pejabat).

Permohonan Rayuan Kemasukan UPU 2020/2021

Permohonan rayuan kemasukan UPU 2020/2021 hanya dibuka kepada pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat di Universiti Awam, Matrikulasi, Politeknik Konvensional / Premier / Konvensional / Metro, Kolej Komuniti dan ILKA. Halaman ini menyediakan panduan bagi pelajar yang ingin membuat permohonan rayuan kemasukan UPU 2020/2021.

Tarikh Penting Permohonan Rayuan Kemasukan UPU 2020/2021

A. Lepasan SPM / Setaraf

  1. Universiti Awam / Politeknik Premier :  5 Mei 2020 sehingga 10 Mei 2020
  2. Politeknik Konvensional /  Metro, Kolej Komuniti dan ILKA : Tarikh permohonan rayuan dibuka adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak institusi tersebut.

Keputusan rayuan kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik Premier boleh disemak pada 26 Jun 2020. Manakala keputusan rayuan kemasukan ke Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti dan ILKA ini akan diumumkan pada tarikh rasmi yang ditetapkan oleh institusi masing-masing.

B. Lepasan STPM / Setaraf

  1. Universiti Awam :  30 Julai 2020 sehingga 8 Ogos 2020

Keputusan rayuan kemasukan ke Universiti Awam terdiri daripada dua fasa. Keputusan rayuan fasa 1 boleh disemak pada 26 Ogos 2020. Manakala keputusan rayuan fasa 2 boleh disemak pada 13 September 2020.

Permohonan Rayuan Kemasukan UPU 2020/2021

A. Universiti Awam / Politeknik Premier

Pelajar lepasan SPM / setaraf dan STPM / setaraf boleh membuat rayuan kemasukan ke Universiti Awam dengan mematuhi panduan seperti berikut:

  1. Layari Sistem Permohonan Rayuan Kemasukan Pelajar
  2. Log masuk ID dengan memasukkan no kad pengenalan bersama kata laluan
  3. Pilih program dalam senarai yang diberikan mengikut kelayakan masing-masing. Untuk makluman, pelajar hanya dibenarkan memilih 2 program sahaja.
  4. Klik butang sah & hantar permohonan
  5. Cetak slip permohonan untuk rujukan pelajar

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disarankan mendapatkan maklumat di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian:- 03-8870 8200 (Waktu Pejabat).

Permohonan Rayuan Kemasukan UPU 2020/2021

B. Politeknik Konvensional /  Metro, Kolej Komuniti dan ILKA

Bagi calon-calon yang ingin mengemukakan rayuan ke Politeknik atau Kolej Komuniti dan ILKA, permohonan boleh dibuat secara online di portal institusi berkenaan atau secara walk-in ke pusat latihan yang berdekatan dan tidak melalui UPU online. Permohonan rayuan ini hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM / setaraf. Berikut dikongsikan laman semakan terus ke portal institusi-institusi tersebut :

  1. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
    Permohonan rayuan ke Politeknik atau Kolej Komuniti bermula pada 6 Mei 2019 jam 7.00 petang. Keputusan rayuan ini akan diumumkan pada setiap hari Khamis selepas jam 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi JPPKK di talian 03-88883837 (waktu pejabat) atau e-mel ke jppkk.ambilan.moe@1govuc.gov.my.
  2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    Permohonan rayuan ke institusi TVET MARA bermula pada 8 Mei 2019 Jam 12.00 tengahari dan berakhir pada 24 Mei 2019. Keputusan rayuan ini akan diumumkan pada 27 Mei 2019. Pelajar boleh menghubungi Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA ditalian +60 3 2613 4258 atau melalui e-mail: info@tvetmara.edu.my sekiranya terdapat sebarang permasalahan.
  3. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kementerian Sumber Manusia
    Permohonan rayuan ke ILJTM adalah secara walk-in ke pusat latihan yang berdekatan. Pelajar boleh mendapatkan maklumat penting tentang permohonan di Bahagian Pengurusan Latihan Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia ditalian +60 3 8886 5555 sambungan 5551,5556,2418,6484 atau melalui e-mel: jtm@mohr.gov.my.

Permohonan Rayuan Kemasukan UPU 2020/2021.1

Sebarang maklumat penting tentang permohonan rayuan kemasukan UPU adalah tertakluk kepada pindaan. Pelajar boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut melalui Bahagian UPU atau menerusi institusi-institusi yang berkenaan yang telah dinyatakan dalam laman ini.

Semakan Semula Keputusan MUET 2020

Permohonan semakan semula keputusan MUET sesi 1 2020 boleh mula dibuat dalam tempoh seminggu dari tarikh rasmi yang diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu 15 Mei 2020. Para calon hanya boleh membuat permohonan sebanyak satu kali sahaja pada setiap sesi. Calon dinasihati supaya membaca dan memahami panduan permohonan semak semula sebelum membuat perdaftaran bagi mengelakkan berlakunya kesilapan. Berikut adalah panduan permohonan yang disediakan melalui sumber dari MPM.

Panduan Permohonan Semakan Semula Keputusan MUET 2020

Para calon boleh mula membuat permohonan semak semula dengan mengikuti panduan berikut.

  1. Calon perlu membeli no pin MEC atas urusan Semak Semula Keputusan MUET di Bank Simpanan Nasional (BSN) atau membayar secara atas talian / online menerusi laman Permohonan Semak Semula MUET. Calon perlu pastikan mereka mendapat 3 perkara berikut selepas membuat pembayaran secara atas talian / online.
    a. Notis berjaya dari transaksi online bank yang digunakan
    b. Emel pengesahan dari MPM
    c. Sms pedaftaran semak semula MUET berjaya
  2. Calon boleh membuat pendaftaran permohonan secara atas talian / online melalui 2 medium ini:
    a. Laman Permohonan Semak Semula MUET
    b. Aplikasi MUETbyMPM yang boleh dimuat turun menerusi mobile melalui App Store atau Google Play.
  3. Permohonan semak semula MUET yang lengkap akan diuruskan oleh MPM dalam tempoh 18 hari (waktu bekerja) dari tarikh permohonan diterima.
  4. Keputusan semak semula ini boleh disemak melalui laman Semak Keputusan Permohonan Rayuan Semak Semula MUET.

Bayaran Permohonan Semakan Semula

  1. Kadar bayaran semak semula adalah RM70 + RM1.06 (caj perkhidmatan & GST) di BSN atau RM70 + RM2.00 (caj perkhidmatan & GST) secara atas talian / online.
  2. Bayaran hanya boleh dibuat semasa pembelian no pin MEC di kaunter BSN ataupun secara atas talian / online melalui FPX atau Visa.

MPM akan mengeluarkan sijil baru kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan semak semula keputuan MUET adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di MPM melalui talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665 atau melalui email : ppa@mpm.edu.my.