Permohonan Rayuan Kemasukan UPU 2020/2021

Permohonan rayuan kemasukan UPU 2020/2021 hanya dibuka kepada pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat di Universiti Awam, Matrikulasi, Politeknik Konvensional / Premier / Konvensional / Metro, Kolej Komuniti dan ILKA. Halaman ini menyediakan panduan bagi pelajar yang ingin membuat permohonan rayuan kemasukan UPU 2020/2021.

Tarikh Penting Permohonan Rayuan Kemasukan UPU 2020/2021

A. Lepasan SPM / Setaraf

  1. Universiti Awam / Politeknik Premier :  5 Mei 2020 sehingga 10 Mei 2020
  2. Politeknik Konvensional /  Metro, Kolej Komuniti dan ILKA : Tarikh permohonan rayuan dibuka adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak institusi tersebut.

Keputusan rayuan kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik Premier boleh disemak pada 26 Jun 2020. Manakala keputusan rayuan kemasukan ke Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti dan ILKA ini akan diumumkan pada tarikh rasmi yang ditetapkan oleh institusi masing-masing.

B. Lepasan STPM / Setaraf

  1. Universiti Awam :  30 Julai 2020 sehingga 8 Ogos 2020

Keputusan rayuan kemasukan ke Universiti Awam terdiri daripada dua fasa. Keputusan rayuan fasa 1 boleh disemak pada 26 Ogos 2020. Manakala keputusan rayuan fasa 2 boleh disemak pada 13 September 2020.

Permohonan Rayuan Kemasukan UPU 2020/2021

A. Universiti Awam / Politeknik Premier

Pelajar lepasan SPM / setaraf dan STPM / setaraf boleh membuat rayuan kemasukan ke Universiti Awam dengan mematuhi panduan seperti berikut:

  1. Layari Sistem Permohonan Rayuan Kemasukan Pelajar
  2. Log masuk ID dengan memasukkan no kad pengenalan bersama kata laluan
  3. Pilih program dalam senarai yang diberikan mengikut kelayakan masing-masing. Untuk makluman, pelajar hanya dibenarkan memilih 2 program sahaja.
  4. Klik butang sah & hantar permohonan
  5. Cetak slip permohonan untuk rujukan pelajar

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disarankan mendapatkan maklumat di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian:- 03-8870 8200 (Waktu Pejabat).

Permohonan Rayuan Kemasukan UPU 2020/2021

B. Politeknik Konvensional /  Metro, Kolej Komuniti dan ILKA

Bagi calon-calon yang ingin mengemukakan rayuan ke Politeknik atau Kolej Komuniti dan ILKA, permohonan boleh dibuat secara online di portal institusi berkenaan atau secara walk-in ke pusat latihan yang berdekatan dan tidak melalui UPU online. Permohonan rayuan ini hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM / setaraf. Berikut dikongsikan laman semakan terus ke portal institusi-institusi tersebut :

  1. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
    Permohonan rayuan ke Politeknik atau Kolej Komuniti bermula pada 6 Mei 2019 jam 7.00 petang. Keputusan rayuan ini akan diumumkan pada setiap hari Khamis selepas jam 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi JPPKK di talian 03-88883837 (waktu pejabat) atau e-mel ke [email protected]
  2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    Permohonan rayuan ke institusi TVET MARA bermula pada 8 Mei 2019 Jam 12.00 tengahari dan berakhir pada 24 Mei 2019. Keputusan rayuan ini akan diumumkan pada 27 Mei 2019. Pelajar boleh menghubungi Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA ditalian +60 3 2613 4258 atau melalui e-mail: [email protected] sekiranya terdapat sebarang permasalahan.
  3. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kementerian Sumber Manusia
    Permohonan rayuan ke ILJTM adalah secara walk-in ke pusat latihan yang berdekatan. Pelajar boleh mendapatkan maklumat penting tentang permohonan di Bahagian Pengurusan Latihan Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia ditalian +60 3 8886 5555 sambungan 5551,5556,2418,6484 atau melalui e-mel: [email protected]

Permohonan Rayuan Kemasukan UPU 2020/2021.1

Sebarang maklumat penting tentang permohonan rayuan kemasukan UPU adalah tertakluk kepada pindaan. Pelajar boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut melalui Bahagian UPU atau menerusi institusi-institusi yang berkenaan yang telah dinyatakan dalam laman ini.