Permohonan Kemasukan Tahun 1 2021/2022

Permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2021/2022 bermula pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020. Para ibu/bapa atau penjaga boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM). Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun 1 secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang hendak dimohon. Berikut disediakan panduan pendaftaran permohonan kemasukan Tahun 1 bagi ambilan 2021 dan 2022.

Panduan Permohonan Kemasukan Tahun 1 2021/2022

Para ibu/bapa atau penjaga (pemohon) boleh mengemukakan permohonan kemasukan berdasarkan panduan yang disediakan di bawah.

  1. Layari Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM).
  2. Sekiranya pemohon adalah pengguna baharu, pemohon perlu mendaftar akaun pengguna terlebih dahulu. Calon boleh membuat pendaftaran akaun pengguna pada pautan Pengguna Baru.
  3. Sekiranya pemohon adalah pengguna sedia ada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Daftar Masuk.
  4. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1 (Pendaftaran / Penyemakan Permohonan)
  5. Isi permohonan kemasukan Tahun 1 online yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  6. Klik ‘Hantar’ permohonan dan cetak slip permohonan bagi tujuan rujukan pemohon.

Setelah berjaya membuat permohonan secara atas talian/online, ibu/bapa atau penjaga perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh masa pendaftaran dibuka atas tujuan perakuan permohonan dan penghantaran dokumen. Dokumen – dokumen yang diperlukan adalah:

  • Borang Permohonan Online
  • Sijil Lahir Anak (Asal dan 1 salinan)
  • Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga (Asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu/bapa)
  • Surat Nikah/Surat Cerai (Asal dan 1 salinan)
  • Bukti Alamat Tinggal (Salinan bil air/elektrik/cukai pintu yang sah laku sehingga anak tuan/puan masuk Tahun 1)
  • Sampul Surat dan Stem (Saiz sampul surat dan harga stem adalah bergantung kepada pihak pengurusan sekolah)
  • Laporan Doktor atau Kad OKU (Jika Berkaitan)
  • Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi

Bagi permohonan yang lewat pendaftaran kelahiran dan pendaftaran atas talian/online tidak dapat dilakukan, ibu/bapa atau penjaga perlu mendaftarkan permohonan ke PPD selepas 15 Disember 2020 dengan mengisi borang ASBS. Manakala bagi permohonan tanpa dokumen, ibu/bapa atau penjaga perlu permohonan ke PPD menggunakan borang MWTD selepas tarikh 15 Disember 2020.

Keputusan permohonan kemasukan Tahun 1 2021/2022 boleh mula disemak sekitar awal bulan Ogos 2020 melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM). Permohonan yang tidak berjaya boleh membuat permohonan rayuan penempatan semula. Panduan permohonan rayuan boleh dirujuk di halaman Keputusan Permohonan Kemasukan Tahun 1 2021/2022. Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan kemasukan Tahun 1 2021/2022 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat dengan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan. Maklumat pegawai JPN dan PPD boleh diperolehi pada menu HUBUNGI KAM