Permohonan Sijil STPM

Permohonan sijil STPM boleh dibuat sekiranya calon tidak menuntut sijil STPM mereka dalam tempoh 12 bulan dari sekolah masing-masing untuk calon sekolah dan dari Jabatan Pelajaran Negeri bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu. Permohonan sijil STPM selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan sijil STPM untuk rujukan calon.

Panduan Permohonan Sijil STPM

A. Permohonan Baharu

Pelajar perlu menyediakan dokumen – dokumen berikut semasa mengemukakan permohonan sijil STPM.

  1. Borang Tuntutan Sijil STPM yang lengkap diisi.
  2. Wang tunai berjumlah RM50.00 bagi sijil STPM tahun 2013 dan ke atas atau RM 20.00 bagi sijil STPM tahun 1982 sehingga 2012 (jika datang sendiri ke MPM) atau kiriman wang / wang pos / draf bank bernilai seperti dinyatakan atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) jika memohon melalui pos.
  3. Satu salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada).
  4. Satu salinan kad pengenalan calon yang telah disahkan.
  5. Satu salinan kad pengenalan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke MPM.
  6. Permohonan melalui pos perlu menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 38cm x 26cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20 untuk hantaran pos secara berdaftar.

B. Permohonan Hilang / Rosak

Bagi permohonan sijil yang disebabkan hilang atau rosak, pelajar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan atau salinan sijil.

i. Penyata Keputusan

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan penyata keputusan peperiksaan STPM.

  1. Borang Permohonan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM yang lengkap diisi.
  2. Wang tunai berjumlah RM20.00(permohonan kali pertama)/RM30.00(permohonan kali kedua)/RM50.00(permohonan kali ketiga) jika datang sendiri ke MPM atau kiriman wang / wang pos / draf bank bernilai seperti dinyatakan atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) jika memohon melalui pos.
  3. Satu salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada).
  4. Satu salinan kad pengenalan calon yang telah disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A.
  5. Satu salinan kad pengenalan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke MPM.
  6. Permohonan melalui pos perlu menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 23cm x 32.5cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20 untuk hantaran pos secara berdaftar.

ii. Salinan Sijil

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan salinan sijil STPM.

  1. Borang Permohonan Salinan Sijil STPM yang lengkap diisi.
  2. Wang tunai berjumlah RM50.00 jika datang sendiri ke MPM atau kiriman wang / wang pos / draf bank bernilai RM50.00 diatas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) jika memohon melalui pos.
  3. Satu salinan sijil STPM (jika ada).
  4. Satu salinan kad pengenalan calon yang telah disahkan.
  5. Satu salinan kad pengenalan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke MPM.
  6. Permohonan melalui pos perlu menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 32.4cm x 23cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20 untuk hantaran pos secara berdaftar.

Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi MPM di pautan Sumber > STPM Terminal > Sijil STPM. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan melalui pos ke alamat yang dinyatakan dibawah atau secara walk-in ke kaunter Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan

SIJIL STPM 1

Permohonan Transkrip STPM

Calon yang ingin membuat permohonan transkrip STPM dalam versi bahasa Inggeris perlu mengemukakan dokumen berikut.

  1. Borang Permohonan Transkrip Sijil Peperiksaan STPM yang lengkap diisi.
  2. Wang pos/Kiriman wang/Draf bank bernilai RM50.00 diatas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
  3. Satu salinan slip keputusan peperiksaan STPM atau salinan sijil STPM.

Transkrip STPM calon akan dihantar terus oleh MPM ke universiti berkenaan tanpa melalui calon. Walau bagaimanapun, salinan surat penghantaran transkrip ke universiti terlibat akan dihantar kepada calon.

SIJIL STPM 2

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan sijil STPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665 atau melalui email : [email protected].