Permohonan Kemasukan Prasekolah 2022

Permohonan kemasukan Prasekolah 2022 boleh mula dibuat pada 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 secara online dan 1 Mac 2021 sehingga 31 Mei 2021 secara manual. Permohonan kemasukan ini hanya boleh dipohon oleh ibu/bapa atau penjaga murid sahaja. Untuk makluman ibu/bapa atau penjaga (pemohon), permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM boleh dilakukan secara atas talian/online melalui E-Prasekolah atau secara manual melalui sekolah yang dimohon. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM.

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 2022

Pemohon perlu membuat semakan syarat kelayakan dengan teliti sebelum mendaftar permohonan. Berikut adalah syarat kelayak permohonan kemasukan ke Prasekolah ambilan 2022.

  1. Kanak-Kanak Warganegara Malaysia
  2. Kanak-Kanak lahir pada 2 Januari 2016 – 15 Januari 2018

Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.  Tambahan lagi, pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasi Pemilihan Murid Prasekolah.

Panduan Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 2022

a. Secara Atas Talian/Online

Pemohon boleh mengemukakan permohononan kemasukan Prasekolah KPM 2022 secara atas talian / online dengan cara berikut:

  1. Layari E-Prasekolah.
  2.  Daftar akaun pengguna terlebih dahulu pada pautan Daftar Pengguna sekiranya pemohon adalah pengguna baharu.
  3. Log masuk akaun pengguna dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan sekiranya pemohon adalah pengguna sedia ada.
  4. Klik pada Borang Permohonan Prasekolah.
  5. Isi Borang Permohonan Prasekolah online yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  6. Buat pemilihan sekolah mengikut keutamaan pemohon.
  7. Tandakan pada ruang Pengesahan (pengesahan perlu dibuat oleh ibu/bapa atau penjaga murid) dan hantar permohonan dalam talian
    selewat-lewatnya 30 April 2021 .
  8. Cetak slip permohonan bagi tujuan rujukan pemohon.
  9. Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021.
  10. Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus Menunggu Pengesahan (tindakan pengesahan belum dibuat oleh pihak sekolah).

b. Secara Manual

Bagi permohonan secara manual, langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu mengambil Borang Permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
  2. Isi Borang Permohonan Prasekolah yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021.

Untuk makluman pemohon, keputusan permohonan kemasukan Prasekolah 2022 boleh mula disemak mulai 5 Ogos 2021 tertakluk kepada pindaan dengan melayari E-Prasekolah atau melalui sekolah yang dimohon. Permohonan yang tidak berjaya boleh membuat permohonan rayuan penempatan semula. Panduan permohonan rayuan boleh dirujuk di halaman Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah 2021.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau merujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah) atau ke Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah).



Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: