Semakan Permohonan Tahun 1 2022/2023

Semakan permohonan Tahun 1 2022/2023 boleh mula disemak pada 1 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021. Ibubapa atau penjaga (pemohon) boleh melakukan semakan dengan cara atas talian/online melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM). Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting semakan permohonan Tahun 1 untuk rujukan ibubapa dan penjaga.

Semakan Permohonan Kemasukan Tahun 1 2022/2023

Pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan Tahun 1 2022/2023 pada 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 boleh menyemak keputusan permohonan mengikut panduan yang disediakan seperti berikut.

  1. Layari Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM).
  2. Daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Daftar Masuk.
  3. Klik pada Tahun 1 (Pendaftaran / Penyemakan Permohonan).
  4. Cetak Surat Permohonan Sekolah dan Persetujuan Kesihatan bagi tujuan rujukan pemohon.

Bagi permohonan yang berjaya, pemohon perlu mencetak Surat Permohonan Sekolah dan Persetujuan Kesihatan untuk dihantar ke sekolah serta perlu membawa dokumen berkaitan tertakluk kepada sekolah yang dipohon. Permohonan yang tidak berjaya pula boleh membuat permohonan rayuan penempatan semula. Berikut adalah senarai dokumen asas yang perlu dilampirkan:

  1. Salinan Sijil Lahir Kanak-kanak yang Didaftarkan
  2. Sijil Lahir Asal Kanak-kanak yang Didaftarkan
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa dan Penjaga
  4. Kad Pengenalan Asal Ibubapa dan Penjaga
  5. Salinan Surat Nikah dan Surat Cerai
  6. Surat Nikah dan Surat Cerai Asal
  7. Salinan Bil Elektrik/Air/Cukai Pintu
  8. Laporan Kesihatan Doktor dan Kad OKU (jika berkaitan)

Rayuan Penempatan Semula

Permohonan rayuan penempatan semula Tahun 1 ambilan 2022/2023 boleh mula dibuat pada 1 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Permohonan rayuan penempatan semula kemasukan Tahun 1 hanya boleh dibuat secara atas talian/online sahaja iaitu melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM). Rayuan secara manual tidak akan diterima. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rayuan.

  1. Layari Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM).
  2. Daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Daftar Masuk.
  3. Klik pada Tahun 1 (Pendaftaran / Penyemakan Permohonan).
  4. Klik pada butang Rayuan.
  5. Cetak slip permohonan rayuan bagi tujuan rujukan pemohon.

Keputusan permohonan rayuan penempatan semula Tahun 1 2022/2023 akan diumukan pada tarikh 1 Oktober 2021. Para pemohon diminta mengambil perhatian berkenaan tarikh-tarikh penting tentang permohonan dan keputusan kemasukan Tahun 1.

Semakan Permohonan Tahun 1 2021/2022
Semakan Permohonan Tahun 1 2022/2023

Sebarang maklumat penting tentang keputusan permohonan kemasukan Tahun 1 2022/2023 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disarankan mendapatkan maklumat dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau merujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Selain itu, calon boleh mendapatkan maklumat dan mengajukan persoalan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian melalui email: [email protected] atau email ke [email protected] sekiranya terdapat masalah teknikal berkaitan sistem semakan permohonan.



Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: