Semakan Keputusan MUET 2020

Semakan keputusan MUET 2020 sesi 1 boleh disemak mulai jam 10.00 pagi pada 15 Mei 2020 iaitu hari Rabu. Para calon boleh menyemak keputusan MUET mereka secara atas talian/online atau melalui khidmat sistem pesanan ringkas. Panduan untuk menyemak keputusan MUET sesi 1 2020 adalah seperti berikut.

Semakan Keputusan MUET 2020

i. Semak Secara Atas Talian / Online

Untuk menyemak keputusan MUET adalah seperti berikut:

  1. Pelajar perlu melayari laman Semakan Keputusan Peperiksaan MUET 2020
  2. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan dan tekan butang hantar
  3. Cetak keputusan MUET untuk rujukan pelajar

MUET 2019

ii. Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Calon juga boleh menyemak melalui khidmat sistem pesanan ringkas seperti panduan yang disediakan di bawah.

  1. Taip MUET RESULT <no kad pengenalan> 
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: MUET RESULT 920000045555 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

Permohonan Semakan Semula MUET 2020

Permohonan semak semula MUET boleh dibuat dalam tempoh 1 minggu dari tarikh rasmi keputusan MUET diumum. Calon hanya dibenarkan membuat satu permohonan semak semula bagi setiap sesi peperiksaan. Panduan permohonan semakan semula adalah seperti berikut:

  1. Calon boleh membeli no pin MEC, Semak Semula Keputusan MUET di Bank Simpanan Nasional (BSN) atau bayar secara online melalui laman Permohonan Semak Semula MUET. Kadar bayaran semak semula adalah RM70 + RM1.06 (caj perkhidmatan & GST) di BSN atau RM70 + RM2.00 (caj perkhidmatan & GST) melalui FPX atau Visa secara online. Pastikan calon menerima notis berjaya dari transaksi online bank anda, emel pengesahan dari MPM dan sms pedaftaran semak semula MUET sekiranya calon membayar secara online.
  2. Daftar permohonan secara online melalui laman Permohonan Semak Semula MUET atau menerusi aplikasi MUETbyMPM yang boleh dimuat turun menerusi mobile melalui App Store atau Google Play.

Keputusan semak semula ini boleh disemak melalui laman Semak Keputusan Permohonan Rayuan Semak Semula MUET selepas 18 hari (waktu bekerja) permohonan lengkap diterima oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). MPM akan mengeluarkan sijil baru kepada  calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Sebarang maklumat penting tentang semakan keputuan MUET adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di MPM melalui talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665 atau melalui email : [email protected].