Permohonan Direct Debit PTPTN

Permohonan direct debit PTPTN boleh dibuat secara atas talian/online melalui anjung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Untuk makluman pemohon, direct debit PTPTN adalah salah satu kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN di mana peminjam memberi kebenaran kepada pihak PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/Akaun Semasa peminjam. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan untuk rujukan pemohon.

Syarat- Syarat Permohonan

Permohonan dan setiap proses transaksi direct debit yang berjaya adalah percuma. RM1.00 akan dikenakan pada awal permohonan dan akan dipulangkan ke akaun pinjaman PTPTN dalam tempoh satu hari bekerja. Untuk membuat permohonan, pemohon perlu memastikan mereka mematuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  1. Permohonan ini adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang.
  2. Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama/melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan.
  3. Akaun bank yang digunakan untuk perlaksanaan direct debit mestilah berstatus aktif.

Panduan Permohonan Direct Debit PTPTN

Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu memastikan bank yang akan digunakan adalah tersenarai dalam menyediakan kemudahan direct debit PTPTN. Senarai bank yang menyediakan kemudahan ini boleh dirujuk di halaman ini. Seterusnya dikongsikan panduan permohonan untuk rujukan pemohon.

  1. Layari anjung PTPTN www.ptptn.gov.my dan pilih ikon Mohon Direct Debit.
  2. Pilih menu Mohon Direct Debit Pinjaman.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan peminjam untuk membuat carian dan tekan butang Semak untuk memulakan proses semakan.
  4. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan bersama kata laluan pada pautan Permohonan Pinjaman/Semakan Penyata.
  5. Pilih menu Penyata Baki.
  6. Klik pada ikon Pendaftaran untuk Direct Debit.
  7. Klik pada butang Permohonan Baru > Mohon
  8. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan seperti:
    i) No Telefon Bimbit
    ii) E-mel peribadi
    iii) Amaun Bulanan
  9. Tandakan pada kotak pengesahan maklumat dan terma & syarat permohonan dan klik simpan.
  10. Semak maklumat yang ada di paparan dan klik pada butang Pengesahan Maklumat Akaun Bank.
  11. Klik pada Pilihan Senarai Bank untuk tujuan pembayaran dan isikan maklumat e-mel peribadi.
  12. Klik pada kotak Pengesahan dan klik pada Bayar dengan FPX.
  13. Resit pembayaran akan dipaparkan setelah pembayaran FPX berjaya dilakukan.
  14. Cetak slip permohonan yang telah berjaya untuk rujukan peminjam.

Tempoh proses permohonan akan mengambil masa 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap.

Transaksi Direct Debit PTPTN

Transaksi potongan bayaran balik pinjaman akan dilakukan pada 01hb/10hb/27hb pada setiap bulan. Tarikh transaksi ini adalah tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran direct debit oleh pihak bank pemohon. Sekiranya transaksi tidak berjaya dilakukan pada salah satu tarikh tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik bagi bulan tersebut. Peminjam perlu membuat bayaran balik melalui saluran lain bagi mengelakkan pinjaman menjadi tertunggak.

Sebarang maklumat penting tentang permohonan direct debit PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.

Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online

Semakan penyata pinjaman PTPTN secara atas talian/online boleh dibuat dengan melayari portal rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Melalui portal tersebut peminjam boleh membuat berbagai semakan seperti baki pinjaman terkini, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik peminjam. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting semakan penyata pinjaman PTPTN secara online untuk rujukan peminjam.

Panduan Semakan Penyata Pinjaman PTPTN

Berikut adalah panduan penyemakan penyata pinjaman PTPTN secara atas talian/online.

  1. Layari portal rasmi PTPTN dan pilih ikon Semakan Penyata Pinjaman.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 1
  2. Masukkan nombor kad pengenalan peminjam untuk membuat carian. Untuk pengguna kali pertama, peminjam perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 2
  3. Tekan butang Semak untuk memulakan proses semakan.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 3
  4. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan bersama kata laluan pada pautan Permohonan Pinjaman/Semakan Penyata.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 4
  5. Pilih menu Penyata Baki/Penyata Baki Terperinci mengikut keutamaan peminjam.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 5
  6. Cetak penyata baki untuk rujukan peminjam.

Panduan Semakan Nombor Pinjaman PTPTN

Peminjam juga boleh menyemak nombor pinjaman PTPTN melalui portal rasmi tersebut. Panduan semakan adalah seperti berikut.

  1. Layari portal rasmi PTPTN dan pilih ikon Semakan Penyata Pinjaman.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 1
  2. Masukkan nombor kad pengenalan peminjam untuk membuat carian. Untuk pengguna kali pertama, peminjam perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 2
  3. Tekan butang Semak untuk memulakan proses semakan.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 3
  4. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan bersama kata laluan pada pautan Permohonan Pinjaman/Semakan Penyata.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 4
  5. Pilih menu Penyata Baki.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 5
  6. Klik Semakan No Pinjaman.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 6
  7. Maklumat nombor pinjaman, peringkat pengajian serta nama program akan dipaparkan.Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 7

Panduan Permohonan Direct Debit Online

Peminjam boleh membuat permohonan direct debit online dengan menekan butang Permohonan Direct Debit Online pada halaman penyata baki. Maklumat senarai potongan direct debit akan dipaparkan bagi permohonan sedia ada. Untuk permohonan baharu, peminjam boleh mengikuti langkah permohonan baharu pada halaman ini.

Semakan Penyata Pinjaman PTPTN Online 8

Sebarang maklumat penting tentang semakan penyata pinjaman PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN

Wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN yang bernilai RM1500.00 telah disedikan oleh pihak PTPTN sebagai persediaan peminjam (pelajar) sebelum mendaftar di Universiti Awam termasuk ke Politeknik. WPP ini hanya akan diberi kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan untuk mendapat WPP PTPTN sahaja. Maklumat dan panduan penting pemberian WPP dibentangkan di halaman ini bagi tujuan rujukan pemohon.

Syarat-Syarat Pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN

Pelajar yang layak mendapat WPP perlu memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Pelajar adalah Warganegara Malaysia.
  2. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).
  3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja.
  4. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.
  5. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP.

Syarat-syarat lain pemberian WPP adalah tertakluk kepada pihak PTPTN bagi tujuan memastikan pelajar adalah layak menerima WPP semasa membuat permohonan pinjaman PTPTN.

Panduan Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN

Permohonan WPP PTPTN adalah dengan menanda Setuju untuk menerima WPP PTPTN semasa membuat permohonan UPU secara online.

Semakan Tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN

Berikut adalah panduan penyemakan tawaran WPP PTPTN secara atas talian/online untuk rujukan pelajar.

  1. Layari laman Semakan Tawaran WPP PTPTN.
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan baru untuk membuat carian.
  3. Cetak surat tawaran WPP PTPTN untuk rujukan pelajar.

Pelajar juga boleh menyemak tawaran WPP melalui khidmat sistem pesanan ringkas. Format semakan adalah seperti di bawah:

  1. Taip PTPTN WPP <no kad pengenalan> 
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: PTPTN WPP 920000045555 dan hantar ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi

Panduan Penerimaan Tawaran WPP PTPTN

Sekiranya pelajar ditawarkan WPP PTPTN, pelajar perlu melakukan perkara – perkara berikut:

  1. Cetak surat tawaran WPP daripada portal rasmi PTPTN.
  2. Proses tunaikan WPP hanya boleh dilakukan oleh pelajar/pemohon sahaja di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
    1. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN
    2. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

Untuk makluman pelajar, tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan. Sekiranya pelajar tidak berhasrat untuk menggunakan WPP, pelajar hanya perlu mengabaikan proses tunaikan WPP tersebut. Pemotongan sebanyak RM500.00 pada setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN

Sebarang maklumat penting tentang WPP PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.

Pembayaran Balik PTPTN

Pembayaran balik PTPTN boleh dibuat selepas 12 bulan tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis bayaran balik daripada PTPTN. Peminjam perlu membayar balik jumlah pinjaman PTPTN bersama kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai setem hasil dan lain-lain bayaran seperti yang telah dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman. Berikut adalah maklumat dan panduan penting bayaran balik untuk rujukan peminjam.

Panduan Pembayaran Balik PTPTN Melalui Kaunter

Peminjam boleh memilih jenis saluran bayaran balik melalui kaunter seperti berikut. Untuk makluman peminjam, bayaran balik yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata bulanan semasa.

  1. Kaunter PTPTN seluruh Malaysia
    Peminjam boleh membuat bayaran tanpa tunai melalui kad debit atau kad ATM yang mempunyai logo MEPS atau kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja). Pembayaran di kaunter PTPTN seluruh Malaysia akan mengambil masa selama 3 hari bekerja untuk mengemaskini penyata bulanan semasa.
  2. Kaunter Ejen PTPTN
    Kaunter ejen PTPTN adalah seperti di Bank Islam, Bank Rakyat, Pos Malaysia, CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Caj dan tempoh masa kemas kini untuk kauter Bank Islam ialah RM1.00 dan 3 hari bekerja. Manakala untuk Bank Rakyat dan BSN adalah RM0.50 dan 3 hari bekerja. Pos Malaysia dan CIMB mempunyai caj sebanyak RM2.00 dan tempoh kemas kini selama 7 hari dan 3 hari bekerja bagi masing-masing.
  3. Potongan Gaji
    Pembayaran balik secara potongan gaji adalah melalui Jabatan Akauntan Negara (JANM) atau majikan. Untuk mendapatkan makluman lanjut, peminjam boleh ke halaman ini.
  4. Direct Debit
    Direct debit adalah kemudahan potongan secara berkala daripada akaun simpanan peminjam. Maklumat dan panduan penting pembayaran secara direct debit boleh dirujuk di sini.
  5. Kiosk PayQuik
    Peminjam boleh membayar balik pinjaman di mana – mana kaunter Kiosk PayQuik. Senarai kaunter Kiosk PayQuik boleh dirujuk di sini. Panduan pembayaran adalah seperti di Manual Pembayaran. Caj dan tempoh masa kemas kini sekiranya menggunakan medium ini adalah RM1.00 dan 1 hari bekerja.
  6. MOLPay Cash di 7-Eleven
    Peminjam boleh membayar balik pinjaman di kaunter MOLPay Cash di 7-Eleven. Panduan pembayaran boleh dirujuk di sini. Caj dan tempoh masa kemas kini sekiranya menggunakan medium ini adalah RM3.50 dan 7 hari bekerja.
  7. Digi Kiosk
    Kaunter Digi Kiosk adalah salah satu saluran bayaran pinjaman secara tunai. Panduan pembayaran adalah seperti di Manual Pembayaran. Caj dan tempoh masa kemas kini sekiranya menggunakan medium ini adalah RM1.00 dan 3 hari bekerja.
  8. e-pay
    Perkhidmatan e-pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron. Caj dan tempoh masa kemas kini sekiranya menggunakan medium ini adalah RM1.00 dan 1 hari bekerja. Maklumat yang lebih lanjut boleh didapati di sini.

Panduan Pembayaran Balik PTPTN Secara Atas Talian/Online

Peminjam boleh memilih jenis saluran bayaran balik secara online seperti berikut. Untuk makluman peminjam, bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya.

  1. Perbankan Internet
    Bank yang terlibat adalah seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, Public Bank, RHB Bank, Pos Online, Affin Bank, AmBank, Agrobank, CIMB Bank, dan Bank Simpanan Nasional. Maklumat caj dan tempoh kemas kini serta panduan pembayaran boleh didapati di link https://www.ptptn.gov.my/secara-online-side.
  2. JomPAY
    Pembayaran balik secara JomPAY adalah melalui bank tertentu. Senarai 40 bank yang terlibat adalah seperti di Lampiran ini. Panduan pembayaran JomPAY boleh dirujuk di sini. Tiada caj dikenakan dan tempoh masa kemas kini pembayaran adalah selama 3 hari.
  3. myPay PTPTN
    Bayaran balik dengan menggunakan myPay PTPTN boleh dibuat melalui mobile web. Panduan pembayaran boleh dirujuk di sini. Caj menggunakan medium ini adalah sebanyak RM0.50 dan tempoh masa kemas kini pembayaran adalah selama 3 hari.
  4. Portal Rasmi PTPTN
    Senarai bank yang terlibat dalam pembayaran balik di portal rasmi PTPTN adalah Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, Public Bank, RHB Bank, AmBank, Hong Leong Bank, United Overseas Bank (UOB), Bank Muamalat, Affin Bank, Alliance Bank, dan CIMB Bank. Senarai kredit kad yang terlibat pula adalah Visa, MasterCard dan American Express.

Panduan Pembayaran Balik PTPTN Menggunakan Potongan Gaji dan Pengeluaran KWSP

Permohonan menggunakan potongan gaji boleh dilakukan secara online atau secara terus ke PTPTN. Potongan gaji adalah berdasarkan Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan.  Pembatalan pemotongan gaji tidak dibenarkan selagi hutang masih berbaki kecuali bagi kes-kes tertentu. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, peminjam boleh melayari link ini https://www.ptptn.gov.my/potongan-gaji-side.

Panduan Pembayaran Balik PTPTN Menggunakan Pengeluaran KWSP

Peminjam boleh mengeluarkan Akaun II KWSP secara keseluruhan/sebahagian untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Panduan permohonan pembayaran menggunakan KWSP adalah seperti di sini.

Sebarang maklumat penting tentang panduan pembayaran balik PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN

Permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN boleh dibuat secara atas talian/online dengan melayari laman web Sistem Pembiayaan Pendidikan PTPTN. Sebelum membuat pendaftaran permohonan, para pelajar perlu memastikan mereka telah menerima tawaran IPT, mempunyai salah satu nombor akaun SSPN, mempunyai akaun bank mengikut akaun panel bank IPT tertentu dan membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman. Hanya satu permohonan sahaja boleh dilakukan dalam satu masa. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN untuk rujukan pelajar.

Panduan Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN

Pelajar disarankan untuk menyemak syarat permohonan seperti mana yang telah ditetapkan oleh PTPTN sebelum mengemukakan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN. Berikut adalah panduan permohonan pembiayaan untuk rujukan pelajar.

a. Pinjaman PTPTN bagi Kali Pertama

Pendaftaran Menggunakan No Pin BSN

Pelajar boleh menyemak panduan permohonan pinjaman PTPTN bagi kali pertama seperti di bawah.

a1. Pendaftaran Secara Online

  1. Layari https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register.
  2. Lengkapkan maklumat pendaftaran yang diperlukan. Klik dan tekan butang Daftar. Hanya e-mel rasmi pelajar sahaja yang boleh digunakan.
  3. Tekan butang Bayar untuk proses pembayaran. Pelajar perlu memilih salah satu bank perbankan internet dan masukkan alamat e-mel yang sah. Tekan butang Bayar dengan FPX untuk proses seterusnya. Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan.
  4. Pelajar akan dibawa terus ke laman web permohonan online. Lengkapkan permohonan dengan mengisi kesemua maklumat yang diperlukan.

a2. Pendaftaran Menggunakan No Pin BSN

  1. Layari https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register.
  2. Sila klik disini bagi peminjam kali pertama yang mendaftar menggunakan No Pin BSN.
  3. Lengkapkan maklumat pendaftaran yang diperlukan.Tekan butang Daftar. Hanya e-mel rasmi pelajar sahaja yang boleh digunakan.
  4. Pelajar boleh mendaftar permohonan baru selepas berjaya membuat pendaftaran kali pertama.

b. Pinjaman PTPTN bagi Kali Kedua dan Seterusnya

Pelajar boleh menyemak panduan permohonan pinjaman PTPTN bagi kali kedua dan seterusnya seperti di bawah.

b1. Pendaftaran Secara Online

  1. Layari Sistem Pembiayaan Pendidikan PTPTN.
  2. Log masuk ke sistem dengan mengunakan kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik pada menu Daftar Permohonan Baru Online bagi peminjam yang ingin membuat pendaftaran secara online.
  4. Tekan butang Bayar untuk proses pembayaran. Pelajar perlu memilih salah satu bank perbankan internet dan masukkan alamat e-mel yang sah. Tekan butang Bayar dengan FPX untuk proses seterusnya. Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan.
  5. Pelajar boleh mendaftar permohonan baru selepas berjaya membuat pembayaran.

b2. Pendaftaran Menggunakan No Pin BSN

  1. Layari Sistem Pembiayaan Pendidikan PTPTN.
  2. Log masuk ke sistem dengan mengunakan kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik pada menu Daftar Baru (NoPin BSN) bagi peminjam yang membeli No Pin di BSN.
  4. Lengkapkan maklumat Pendaftaran yang diperlukan. Tekan butang Daftar untuk proses seterusnya.
  5. Peminjam boleh mendaftar permohonan baru selepas berjaya membuat pendaftaran.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.

Senarai Biasiswa Malaysia 2019

Senarai Biasiswa Malaysia 2019 untuk lepasan SPM / STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Setaraf adalah seperti berikut. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan biasiswa Malaysia 2019 untuk rujukan pelajar.

Senarai Biasiswa Malaysia 2019 (Lepasan SPM)

Berikut adalah senarai biasiswa Malaysia bagi Tahun 2019 untuk pelajar lepasan SPM. Pelajar boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang biasiswa yang ingin dipohon melalui links pada senarai biasiswa tersebut.

1. Biasiswa JPA Scholarship 2019 (JKPJ)

2. Biasiswa OCBC Scholarship

3. Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia

4. Biasiswa JPA Scholarship (Program Penajaan Nasional)

5. Biasiswa PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) 2019

6. Biasiswa Yayasan Sime Darby Pre-University Scholarship (China)

7. Biasiswa Khazanah Global Scholarship

8. Biasiswa Yayasan Sime Darby Scholarship (Pre-University)

9. Biasiswa Shell Malaysia 2019

10. Biasiswa Pendidikan The Star 2019

11. Biasiswa UNITEN Bright Scholarship

12. Biasiswa UNITEN MERIT Scholarship

13. Biasiswa Jeffrey Cheah Foundation Scholarship

14. Biasiswa Karangkraf Scholarship

15. Biasiswa UWC Malaysia

16. Biasiswa Monash Equity Scholarship

17. Biasiswa British Council GREAT Scholarships

18. Biasiswa Global Leader Scholarship Programme in Tokyo

19. Biasiswa ISKL IB Diploma Scholarship 2019

20. Biasiswa Yayasan Khazanah Scholarship Programme

Senarai Biasiswa Malaysia 2019 (Lepasan STPM)

Berikut adalah senarai biasiswa Malaysia bagi Tahun 2019 untuk pelajar lepasan STPM. Pelajar boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang biasiswa yang ingin dipohon melalui links pada senarai biasiswa tersebut.

1. Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)

2. Biasiswa OCBC Scholarship

3. Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia

4. Biasiswa Yayasan Sime Darby Undergraduate Scholarship (Indonesia)

5. Biasiswa Khazanah Global Scholarship

6. Biasiswa Khazanah Watan Scholarship Programme

7. Biasiswa Great Eastern Supremacy Scholarship Awards

8. Biasiswa Yayasan Sime Darby Scholarship (Undergraduate)

9. Biasiswa Pendidikan The Star 2019

10. Biasiswa UNITEN Bright Scholarship

11. Biasiswa UNITEN MERIT Scholarship

12. Biasiswa MyBrainSc Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2019

13. Biasiswa Jeffrey Cheah Foundation Scholarship

14. Biasiswa Karangkraf Scholarship

15. Biasiswa Sunway Excellence Scholarship

16. Biasiswa Monash Equity Scholarship

17. Biasiswa British Council GREAT Scholarships

Senarai Biasiswa Malaysia 2019 (Lepasan Ijazah/Diploma)

Berikut adalah senarai biasiswa Malaysia bagi Tahun 2019 untuk pelajar lepasan Ijazah/Diploma. Pelajar boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang biasiswa yang ingin dipohon melalui links pada senarai biasiswa tersebut.

1. Biasiswa JPA Scholarship 2019 (JKPJ)

2. Biasiswa PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) 2019

3. Biasiswa Khazanah-Cambridge Scholarship

4. Biasiswa Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT)

5. Biasiswa Khazanah Global Scholarship

6. Biasiswa Khazanah Watan Scholarship Programme

7. Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

8. Biasiswa Shell Malaysia 2019

9. Biasiswa MyBrainSc Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2019

10. Biasiswa Bank Pembangunan Islam (IDB)

11. Biasiswa Jeffrey Cheah Foundation Scholarship

12. Biasiswa Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship

13. Biasiswa Karangkraf Scholarship

14. Biasiswa Sunway Excellence Scholarship

15. Biasiswa Monash Equity Scholarship

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan biasiswa Malaysia 2019 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat melalui links pada senarai biasiswa di atas.

 

Permohonan Sijil STPM

Permohonan sijil STPM boleh dibuat sekiranya calon tidak menuntut sijil STPM mereka dalam tempoh 12 bulan dari sekolah masing-masing untuk calon sekolah dan dari Jabatan Pelajaran Negeri bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu. Permohonan sijil STPM selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan sijil STPM untuk rujukan calon.

Panduan Permohonan Sijil STPM

A. Permohonan Baharu

Pelajar perlu menyediakan dokumen – dokumen berikut semasa mengemukakan permohonan sijil STPM.

  1. Borang Tuntutan Sijil STPM yang lengkap diisi.
  2. Wang tunai berjumlah RM50.00 bagi sijil STPM tahun 2013 dan ke atas atau RM 20.00 bagi sijil STPM tahun 1982 sehingga 2012 (jika datang sendiri ke MPM) atau kiriman wang / wang pos / draf bank bernilai seperti dinyatakan atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) jika memohon melalui pos.
  3. Satu salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada).
  4. Satu salinan kad pengenalan calon yang telah disahkan.
  5. Satu salinan kad pengenalan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke MPM.
  6. Permohonan melalui pos perlu menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 38cm x 26cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20 untuk hantaran pos secara berdaftar.

B. Permohonan Hilang / Rosak

Bagi permohonan sijil yang disebabkan hilang atau rosak, pelajar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan atau salinan sijil.

i. Penyata Keputusan

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan penyata keputusan peperiksaan STPM.

  1. Borang Permohonan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM yang lengkap diisi.
  2. Wang tunai berjumlah RM20.00(permohonan kali pertama)/RM30.00(permohonan kali kedua)/RM50.00(permohonan kali ketiga) jika datang sendiri ke MPM atau kiriman wang / wang pos / draf bank bernilai seperti dinyatakan atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) jika memohon melalui pos.
  3. Satu salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada).
  4. Satu salinan kad pengenalan calon yang telah disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A.
  5. Satu salinan kad pengenalan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke MPM.
  6. Permohonan melalui pos perlu menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 23cm x 32.5cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20 untuk hantaran pos secara berdaftar.

ii. Salinan Sijil

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan salinan sijil STPM.

  1. Borang Permohonan Salinan Sijil STPM yang lengkap diisi.
  2. Wang tunai berjumlah RM50.00 jika datang sendiri ke MPM atau kiriman wang / wang pos / draf bank bernilai RM50.00 diatas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) jika memohon melalui pos.
  3. Satu salinan sijil STPM (jika ada).
  4. Satu salinan kad pengenalan calon yang telah disahkan.
  5. Satu salinan kad pengenalan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke MPM.
  6. Permohonan melalui pos perlu menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 32.4cm x 23cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20 untuk hantaran pos secara berdaftar.

Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi MPM di pautan Sumber > STPM Terminal > Sijil STPM. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan melalui pos ke alamat yang dinyatakan dibawah atau secara walk-in ke kaunter Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan

SIJIL STPM 1

Permohonan Transkrip STPM

Calon yang ingin membuat permohonan transkrip STPM dalam versi bahasa Inggeris perlu mengemukakan dokumen berikut.

  1. Borang Permohonan Transkrip Sijil Peperiksaan STPM yang lengkap diisi.
  2. Wang pos/Kiriman wang/Draf bank bernilai RM50.00 diatas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
  3. Satu salinan slip keputusan peperiksaan STPM atau salinan sijil STPM.

Transkrip STPM calon akan dihantar terus oleh MPM ke universiti berkenaan tanpa melalui calon. Walau bagaimanapun, salinan surat penghantaran transkrip ke universiti terlibat akan dihantar kepada calon.

SIJIL STPM 2

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan sijil STPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665 atau melalui email : ppa@mpm.edu.my.

Semakan Permohonan Prasekolah 2023

Semakan permohonan Prasekolah 2022 boleh disemak mulai pada tarikh 5 Ogos 2021. Ibubapa atau penjaga boleh membuat semakan keputusan dengan cara atas talian/online melalui E-Prasekolah atau secara manual melalui sekolah yang dimohon. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting semakan permohonan kemasukan prasekolah 2022 untuk rujukan ibubapa dan penjaga.

Semakan Permohonan Prasekolah 2022

Bagi ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan kemasukan Prasekolah 2022, keputusan permohonan boleh disemak dengan cara berikut.

a. Semakan Secara Atas Talian

Panduan semakan secara atas talian adalah seperti berikut:

  1. Layari E-Prasekolah.
  2. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Long Masuk.
  3. Klik pada butang Semakan > Semakan Permohonan.
  4. Cetak keputusan permohonan bagi tujuan rujukan ibubapa, penjaga dan pihak sekolah.

b. Semakan Melalui Sekolah

Ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan melalui pengisian borang permohonan di sekolah yang dimohon, boleh mendapatkan keputusan permohonan secara walk-in ke sekolah tersebut mulai dari tarikh semakan keputusan permohonan online dibuka.

Rayuan Permohonan Kemasukan Prasekolah 2022

Rayuan permohonan kemasukan ke prasekolah Tahun 2022 boleh mula dibuat pada 5 Ogos 2021 sehingga 20 Ogos 2021. Rayuan permohonan ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu secara atas talian/online atau secara manual. Rayuan permohonan secara atas talian/online hanya dibuka untuk ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan kemasukan prasekolah sebelum ini secara atas talian/ online. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan rayuan online.

  1. Layari E-Prasekolah.
  2. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Long Masuk.
  3. Klik pada butang Semakan > Rayuan Permohonan.
  4. Cetak slip rayuan permohonan bagi tujuan rujukan ibubapa atau penjaga.

Bagi ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan secara manual, rayuan permohonan boleh dibuat di sekolah yang dipohon atau di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau  di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW. Keputusan rayuan permohonan ini akan diumukan bermula pada 10 September 2021. Cara menyemak keputusan rayuan adalah sama seperti semakan keputusan permohonan sebelum ini.

Semakan Permohonan Prasekolah 2021
Semakan Permohonan Prasekolah 2022

Sebarang maklumat penting tentang semakan permohonan Prasekolah 2022 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disarankan mendapatkan maklumat dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau merujuk ke PPD/PPW atau ke JPN.

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2022

Permohonan kemasukan Prasekolah 2022 boleh mula dibuat pada 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 secara online dan 1 Mac 2021 sehingga 31 Mei 2021 secara manual. Permohonan kemasukan ini hanya boleh dipohon oleh ibu/bapa atau penjaga murid sahaja. Untuk makluman ibu/bapa atau penjaga (pemohon), permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM boleh dilakukan secara atas talian/online melalui E-Prasekolah atau secara manual melalui sekolah yang dimohon. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM.

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 2022

Pemohon perlu membuat semakan syarat kelayakan dengan teliti sebelum mendaftar permohonan. Berikut adalah syarat kelayak permohonan kemasukan ke Prasekolah ambilan 2022.

  1. Kanak-Kanak Warganegara Malaysia
  2. Kanak-Kanak lahir pada 2 Januari 2016 – 15 Januari 2018

Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.  Tambahan lagi, pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasi Pemilihan Murid Prasekolah.

Panduan Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 2022

a. Secara Atas Talian/Online

Pemohon boleh mengemukakan permohononan kemasukan Prasekolah KPM 2022 secara atas talian / online dengan cara berikut:

  1. Layari E-Prasekolah.
  2.  Daftar akaun pengguna terlebih dahulu pada pautan Daftar Pengguna sekiranya pemohon adalah pengguna baharu.
  3. Log masuk akaun pengguna dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan sekiranya pemohon adalah pengguna sedia ada.
  4. Klik pada Borang Permohonan Prasekolah.
  5. Isi Borang Permohonan Prasekolah online yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  6. Buat pemilihan sekolah mengikut keutamaan pemohon.
  7. Tandakan pada ruang Pengesahan (pengesahan perlu dibuat oleh ibu/bapa atau penjaga murid) dan hantar permohonan dalam talian
    selewat-lewatnya 30 April 2021 .
  8. Cetak slip permohonan bagi tujuan rujukan pemohon.
  9. Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021.
  10. Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus Menunggu Pengesahan (tindakan pengesahan belum dibuat oleh pihak sekolah).

b. Secara Manual

Bagi permohonan secara manual, langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu mengambil Borang Permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
  2. Isi Borang Permohonan Prasekolah yang mengandungi maklumat diri dan keluarga murid. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang beserta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021.

Untuk makluman pemohon, keputusan permohonan kemasukan Prasekolah 2022 boleh mula disemak mulai 5 Ogos 2021 tertakluk kepada pindaan dengan melayari E-Prasekolah atau melalui sekolah yang dimohon. Permohonan yang tidak berjaya boleh membuat permohonan rayuan penempatan semula. Panduan permohonan rayuan boleh dirujuk di halaman Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah 2021.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau merujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah) atau ke Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah).

Semakan Permohonan Tahun 1 2022/2023

Semakan permohonan Tahun 1 2022/2023 boleh mula disemak pada 1 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021. Ibubapa atau penjaga (pemohon) boleh melakukan semakan dengan cara atas talian/online melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM). Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting semakan permohonan Tahun 1 untuk rujukan ibubapa dan penjaga.

Semakan Permohonan Kemasukan Tahun 1 2022/2023

Pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan Tahun 1 2022/2023 pada 1 Mac 2021 sehingga 30 April 2021 boleh menyemak keputusan permohonan mengikut panduan yang disediakan seperti berikut.

  1. Layari Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM).
  2. Daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Daftar Masuk.
  3. Klik pada Tahun 1 (Pendaftaran / Penyemakan Permohonan).
  4. Cetak Surat Permohonan Sekolah dan Persetujuan Kesihatan bagi tujuan rujukan pemohon.

Bagi permohonan yang berjaya, pemohon perlu mencetak Surat Permohonan Sekolah dan Persetujuan Kesihatan untuk dihantar ke sekolah serta perlu membawa dokumen berkaitan tertakluk kepada sekolah yang dipohon. Permohonan yang tidak berjaya pula boleh membuat permohonan rayuan penempatan semula. Berikut adalah senarai dokumen asas yang perlu dilampirkan:

  1. Salinan Sijil Lahir Kanak-kanak yang Didaftarkan
  2. Sijil Lahir Asal Kanak-kanak yang Didaftarkan
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa dan Penjaga
  4. Kad Pengenalan Asal Ibubapa dan Penjaga
  5. Salinan Surat Nikah dan Surat Cerai
  6. Surat Nikah dan Surat Cerai Asal
  7. Salinan Bil Elektrik/Air/Cukai Pintu
  8. Laporan Kesihatan Doktor dan Kad OKU (jika berkaitan)

Rayuan Penempatan Semula

Permohonan rayuan penempatan semula Tahun 1 ambilan 2022/2023 boleh mula dibuat pada 1 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Permohonan rayuan penempatan semula kemasukan Tahun 1 hanya boleh dibuat secara atas talian/online sahaja iaitu melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM). Rayuan secara manual tidak akan diterima. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan rayuan.

  1. Layari Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM (SPATKPM).
  2. Daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pada pautan Daftar Masuk.
  3. Klik pada Tahun 1 (Pendaftaran / Penyemakan Permohonan).
  4. Klik pada butang Rayuan.
  5. Cetak slip permohonan rayuan bagi tujuan rujukan pemohon.

Keputusan permohonan rayuan penempatan semula Tahun 1 2022/2023 akan diumukan pada tarikh 1 Oktober 2021. Para pemohon diminta mengambil perhatian berkenaan tarikh-tarikh penting tentang permohonan dan keputusan kemasukan Tahun 1.

Semakan Permohonan Tahun 1 2021/2022
Semakan Permohonan Tahun 1 2022/2023

Sebarang maklumat penting tentang keputusan permohonan kemasukan Tahun 1 2022/2023 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disarankan mendapatkan maklumat dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau merujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Selain itu, calon boleh mendapatkan maklumat dan mengajukan persoalan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian melalui email: daftartahun1@moe.gov.my atau email ke admin_spatkpm@moe.gov.my sekiranya terdapat masalah teknikal berkaitan sistem semakan permohonan.