Permohonan Potongan Gaji PTPTN

Permohonan potongan gaji PTPTN boleh dibuat secara atas talian/online atau dengan cara terus ke bahgian PTPTN. Potongan gaji PTPTN adalah salah satu saluran bayaran balik pinjaman PTPTN yang bertujuan untuk memudahkan transaksi bayaran balik pinjaman. Untuk makluman peminjam, mulai bulan September tahun 2015, semua penjawat awam yang meminjam PTPTN adalah diwajibkan membuat bayaran balik pinjaman secara potongan gaji melalui Jabatan Akauntan Negara (JANM) atau majikan. Pemotongan gaji ini hanya akan diuruskan oleh PTPTN dan tidak melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang telah berkuatkuasa pada 1 November 2015. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan potongan gaji PTPTN bagi rujukan peminjam.

Panduan Permohonan Potongan Gaji PTPTN

Potongan gaji adalah berdasarkan Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan. Potongan gaji kurang daripada JBB adalah tidak dibenarkan dan potongan yang melibatkan amaun melebihi JBB perlu dimaklumkan kepada PTPTN. Berikut dikongsikan panduan permohonan potongan gaji PTPTN secara online dan secara terus ke PTPTN.

a. Secara Atas Talian/Online

  1. Layari pautan https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Cari.Permohonan Potongan Gaji PTPTN 1
  3. Klik pada butang Mohon.Permohonan Potongan Gaji PTPTN 2
  4. Pilih nama majikan peminjam dan klik pada butang Seterusnya.Permohonan Potongan Gaji PTPTN 3
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Simpan.Permohonan Potongan Gaji PTPTN 4
  6. Semak maklumat yang ada di paparan. Kemudian tandakan pada kotak pengesahan dan klik butang Hantar.Permohonan Potongan Gaji PTPTN 5
  7. Cetak slip permohonan yang telah berjaya untuk rujukan peminjam.
  8. Kemaskini penyata pinjaman.

b. Secara Terus ke PTPTN

  1. Kemukan Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) yang lengkap kepada pejabat PTPTN yang berhampiran.
  2. Serahkan Borang Kebenaran Potong Gaji Bagi Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN yang lengkap kepada pejabat PTPTN yang berhampiran.
  3. Kemaskini rekod potongan gaji ke dalam sistem dan kemukankan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap akhir bulan (sekiranya ada).
  4. Lakukan potongan gaji dan kemukakan data dan bayaran potongan gaji kepada PTPTN sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya.
  5. Kemaskini penyata pinjaman.

Pemotongan gaji ini adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui saluran lain. Tambahan lagi, jumlah baki pinjaman minimum untuk permohonan potongan gaji adalah RM500.00 dan baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan ini adalah 6 bulan.

Pembatalan Potongan Gaji PTPTN

Pembatalan pemotongan gaji tidak dibenarkan selagi hutang masih berbaki kecuali bagi kes-kes tertentu. Kes-kes berikut adalah seperti:

  1. Peminjam telah membuat penyelesaian penuh pinjaman.
  2. Peminjam disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
  3. PTPTN mendapat makluman daripada peminjam atau majikan mengenai pemberhentian peminjam dalam perkhidmatan atau telah bertukar tempat kerja.

Bagi peminjam yang mempunyai kes-kes tersebut, proses pembatalan boleh dibuat dengan cara melengkapkan Borang Permohonan Pembatalan Potongan Gaji dan mengemukakan kepada PTPTN.

Sebarang maklumat penting tentang potongan gaji PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat dengan menghubungi ditalian Seksyen Potongan Gaji.