Pembayaran Balik PTPTN

Pembayaran balik PTPTN boleh dibuat selepas 12 bulan tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis bayaran balik daripada PTPTN. Peminjam perlu membayar balik jumlah pinjaman PTPTN bersama kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai setem hasil dan lain-lain bayaran seperti yang telah dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman. Berikut adalah maklumat dan panduan penting bayaran balik untuk rujukan peminjam.

Panduan Pembayaran Balik PTPTN Melalui Kaunter

Peminjam boleh memilih jenis saluran bayaran balik melalui kaunter seperti berikut. Untuk makluman peminjam, bayaran balik yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata bulanan semasa.

  1. Kaunter PTPTN seluruh Malaysia
    Peminjam boleh membuat bayaran tanpa tunai melalui kad debit atau kad ATM yang mempunyai logo MEPS atau kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja). Pembayaran di kaunter PTPTN seluruh Malaysia akan mengambil masa selama 3 hari bekerja untuk mengemaskini penyata bulanan semasa.
  2. Kaunter Ejen PTPTN
    Kaunter ejen PTPTN adalah seperti di Bank Islam, Bank Rakyat, Pos Malaysia, CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Caj dan tempoh masa kemas kini untuk kauter Bank Islam ialah RM1.00 dan 3 hari bekerja. Manakala untuk Bank Rakyat dan BSN adalah RM0.50 dan 3 hari bekerja. Pos Malaysia dan CIMB mempunyai caj sebanyak RM2.00 dan tempoh kemas kini selama 7 hari dan 3 hari bekerja bagi masing-masing.
  3. Potongan Gaji
    Pembayaran balik secara potongan gaji adalah melalui Jabatan Akauntan Negara (JANM) atau majikan. Untuk mendapatkan makluman lanjut, peminjam boleh ke halaman ini.
  4. Direct Debit
    Direct debit adalah kemudahan potongan secara berkala daripada akaun simpanan peminjam. Maklumat dan panduan penting pembayaran secara direct debit boleh dirujuk di sini.
  5. Kiosk PayQuik
    Peminjam boleh membayar balik pinjaman di mana – mana kaunter Kiosk PayQuik. Senarai kaunter Kiosk PayQuik boleh dirujuk di sini. Panduan pembayaran adalah seperti di Manual Pembayaran. Caj dan tempoh masa kemas kini sekiranya menggunakan medium ini adalah RM1.00 dan 1 hari bekerja.
  6. MOLPay Cash di 7-Eleven
    Peminjam boleh membayar balik pinjaman di kaunter MOLPay Cash di 7-Eleven. Panduan pembayaran boleh dirujuk di sini. Caj dan tempoh masa kemas kini sekiranya menggunakan medium ini adalah RM3.50 dan 7 hari bekerja.
  7. Digi Kiosk
    Kaunter Digi Kiosk adalah salah satu saluran bayaran pinjaman secara tunai. Panduan pembayaran adalah seperti di Manual Pembayaran. Caj dan tempoh masa kemas kini sekiranya menggunakan medium ini adalah RM1.00 dan 3 hari bekerja.
  8. e-pay
    Perkhidmatan e-pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron. Caj dan tempoh masa kemas kini sekiranya menggunakan medium ini adalah RM1.00 dan 1 hari bekerja. Maklumat yang lebih lanjut boleh didapati di sini.

Panduan Pembayaran Balik PTPTN Secara Atas Talian/Online

Peminjam boleh memilih jenis saluran bayaran balik secara online seperti berikut. Untuk makluman peminjam, bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya.

  1. Perbankan Internet
    Bank yang terlibat adalah seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, Public Bank, RHB Bank, Pos Online, Affin Bank, AmBank, Agrobank, CIMB Bank, dan Bank Simpanan Nasional. Maklumat caj dan tempoh kemas kini serta panduan pembayaran boleh didapati di link https://www.ptptn.gov.my/secara-online-side.
  2. JomPAY
    Pembayaran balik secara JomPAY adalah melalui bank tertentu. Senarai 40 bank yang terlibat adalah seperti di Lampiran ini. Panduan pembayaran JomPAY boleh dirujuk di sini. Tiada caj dikenakan dan tempoh masa kemas kini pembayaran adalah selama 3 hari.
  3. myPay PTPTN
    Bayaran balik dengan menggunakan myPay PTPTN boleh dibuat melalui mobile web. Panduan pembayaran boleh dirujuk di sini. Caj menggunakan medium ini adalah sebanyak RM0.50 dan tempoh masa kemas kini pembayaran adalah selama 3 hari.
  4. Portal Rasmi PTPTN
    Senarai bank yang terlibat dalam pembayaran balik di portal rasmi PTPTN adalah Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, Public Bank, RHB Bank, AmBank, Hong Leong Bank, United Overseas Bank (UOB), Bank Muamalat, Affin Bank, Alliance Bank, dan CIMB Bank. Senarai kredit kad yang terlibat pula adalah Visa, MasterCard dan American Express.

Panduan Pembayaran Balik PTPTN Menggunakan Potongan Gaji dan Pengeluaran KWSP

Permohonan menggunakan potongan gaji boleh dilakukan secara online atau secara terus ke PTPTN. Potongan gaji adalah berdasarkan Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan.  Pembatalan pemotongan gaji tidak dibenarkan selagi hutang masih berbaki kecuali bagi kes-kes tertentu. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, peminjam boleh melayari link ini https://www.ptptn.gov.my/potongan-gaji-side.

Panduan Pembayaran Balik PTPTN Menggunakan Pengeluaran KWSP

Peminjam boleh mengeluarkan Akaun II KWSP secara keseluruhan/sebahagian untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Panduan permohonan pembayaran menggunakan KWSP adalah seperti di sini.

Sebarang maklumat penting tentang panduan pembayaran balik PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.