myPAY PTPTN

myPAY PTPTN adalah satu lagi saluran untuk memudahkan peminjam melakukan transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN secara online dengan menggunakan mobile web. Untuk makluman peminjam, pembayaran balik pinjaman melalui kaedah ini akan dikenakan caj sebanyak RM0.50 dan mengambil masa selama 3 hari bekerja untuk mengemaskini penyata pinjaman bulanan. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pembayaran balik pinjaman dengan menggunakan myPAY bagi rujukan peminjam.

Panduan Pembayaran myPAY PTPTN

Untuk membuat pembayaran balik PTPTN secara myPAY, peminjam perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari laman sesawang myGov Mobile melalui links http://www.mygovmobile.malaysia.gov.my/web/.
  2. Klik pada menu myPay.myPAY PTPTN 1
  3. Cari agensi Pebadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan klik pada pautan myPTPTN.myPAY PTPTN 2
  4. Pilih menu Bayaran Balik Pembiayan pada capaian myPay PTPTN.myPAY PTPTN 3
  5. Masukkan nombor kad pengenalan peminjam dan tekan butang Enter.myPAY PTPTN 4
  6. Maklumat akan terpapar beserta nombor pinjaman. Kemudian klik pada butang Bayar untuk memulakan pembayaran.myPAY PTPTN 5
  7. Masukkan jumlah bayaran yang hendak dibayar dan pilih Kaedah Bayaran yang akan digunakan untuk transaksi pembayaran. Minimum pembayaran adalah sebanyak RM20.00. Seterusnya, klik pada Bayar Online Melalui FPX.myPAY PTPTN 6
  8. Satu mesej akan terpapar dan klik Teruskan untuk meneruskan pembayaran melalui FPX.myPAY PTPTN 7
  9. Setelah bayaran balik pinjaman berjaya dibayar, klik pada Muat Turun PDF untuk papar resit. Klik pada Halaman Utama untuk keluar dari transaksi ini.
  10. Peminjam akan mendapat e-mail setelah pembayaran berjaya dilakukan.

Setelah membuat pembayaran secara myPay, peminjam dinasihati supaya menyemak penyata pinjaman mereka selepas 3 hari bekerja. Semakan penyata pinjaman PTPTN boleh dilakukan secara atas talian/online ataupun secara walk-in terus ke mana-mana kaunter PTPTN di seluruh Malaysia. Untuk membuat semakan secara online, peminjam hanya perlu layari links https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/ dan log masuk ke akaun peminjam. Semakan seperti baki pinjaman terkini, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik peminjam disediakan pada laman akaun peminjam.

myPAY PTPTN 8

Sebarang maklumat penting tentang myPAY PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.