MOLPay Cash PTPTN adalah satu lagi saluran untuk memudahkan peminjam melakukan transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN. Untuk makluman peminjam, MOLPay Cash ini telah digunakan bermula dari 2 Julai 2018 dan ianya digunakan dengan melakukan pembayaran di mana-mana 7Eleven di seluruh negara. Pembayaran melalui kaedah ini akan dikenakan caj sebanyak RM3.50 dan mengambil masa selama 7 hari bekerja untuk mengemaskini penyata pinjaman peminjam. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pembayaran balik pinjaman secara MOLPay Cash bagi rujukan peminjam.
Panduan Pembayaran MOLPay Cash PTPTN
Untuk membuat pembayaran balik PTPTN secara MOLPay Cash, peminjam perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut:
- Layari links https://www.ptptn.gov.my/molpay/. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan peminjam dan klik butang Cari.
- Klik butang Teruskan untuk membuat pembayaran.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan kemudian klik butang Seterusnya.
- Maklumat pembayaran dipaparkan dan seterusnya klik butang Pembayaran untuk memulakan pembayaran.
- Maklumat pembayaran sekali lagi dipaparkan. Pembayar perlu klik pada kotak setuju dan kemudian klik pada butang Proceed.
- Klik PRINT untuk mencetak maklumat pembayaran atau ambil gambar maklumat pembayaran bagi kegunaan pembayaran di 7Eleven.
- Walk-in ke 7Eleven dengan membawa maklumat pembayaran yang telah dicetak dan buat pembayaran tunai di kaunter dalam tempoh yang dinyatakan seperti yang telah dinyatakan dalam resit maklumat pembayaran tersebut.
Setelah membuat pembayaran di kaunter 7Eleven, peminjam dinasihati supaya menyemak penyata pinjaman mereka selepas 7 hari bekerja. Semakan penyata pinjaman PTPTN boleh dilakukan secara atas talian/online ataupun secara walk-in terus ke mana-mana kaunter PTPTN di seluruh Malaysia. Untuk membuat semakan secara online, peminjam hanya perlu layari links https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/ dan log masuk ke akaun peminjam. Semakan seperti baki pinjaman terkini, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik peminjam disediakan pada laman akaun peminjam.
Sebarang maklumat penting tentang MOLPay Cash PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.