JomPAY PTPTN

JomPAY PTPTN adalah satu lagi saluran untuk memudahkan peminjam melakukan transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN secara online melalui perbankan internet dan telefon mudah alih menggunakan akaun semasa, simpanan dan kad kredit. Untuk makluman peminjam, Tiada caj akan dikenakan semasa transaksi pembayaran dan ianya mengambil masa selama 3 hari bekerja untuk mengemaskini penyata pinjaman bulanan. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pembayaran balik pinjaman dengan menggunakan JomPAY bagi rujukan peminjam.

Panduan Pembayaran JomPAY PTPTN

Untuk membuat pembayaran balik PTPTN secara myPAY, peminjam boleh mengikuti cara-cara seperti yang dinyatakan berikut:

  1. Layari laman sesawang JomPAY melalui links https://www.ptptn.gov.my/jompay/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Cari.JomPAY PTPTN 1
  3. Rujukan JomPAY peminjam akan dipaparkan.JomPAY PTPTN 2
  4. Layari laman Maybank2u melalui links https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login.
  5. Log masuk dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan maybank2u.JomPAY PTPTN 3
  6. Pilih menu Accounts & Banking.JomPAY PTPTN 4
  7. Pilih menu Bill Payment dan kemudian pilih pada JomPAY untuk memulakan pembayaran. JomPAY PTPTN 5
  8. Pilih pada Make a one-off payment.JomPAY PTPTN 6
  9. Lengkapkan semua maklumat yang dipaparkan. Untuk Biller Code dan Ref-1, sila rujuk pada Rujukan JomPAY. *Ref-2 adalah No Telefon. Tandakan pada kotak pengesahan.JomPAY PTPTN 7
  10. Semak maklumat yang telah diisi dan tekan butang Request for TAC. Kemudian masukkan nombor TAC dan tekan butang Confirm.
  11. Transaksi yang berjaya akan dipaparkan. Cetak slip pembayaran untuk rujukan peminjam.

Setelah membuat pembayaran secara JomPay, peminjam dinasihati supaya menyemak penyata pinjaman mereka selepas 3 hari bekerja. Semakan penyata pinjaman PTPTN boleh dilakukan secara atas talian/online ataupun secara walk-in terus ke mana-mana kaunter PTPTN di seluruh Malaysia. Untuk membuat semakan secara online, peminjam hanya perlu layari links https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/ dan log masuk ke akaun peminjam. Semakan seperti baki pinjaman terkini, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik peminjam disediakan pada laman akaun peminjam.

JomPAY PTPTN 9

Sebarang maklumat penting tentang JomPAY PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.