Permohonan direct debit PTPTN boleh dibuat secara atas talian/online melalui anjung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Untuk makluman pemohon, direct debit PTPTN adalah salah satu kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN di mana peminjam memberi kebenaran kepada pihak PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/Akaun Semasa peminjam. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan untuk rujukan pemohon.
Syarat- Syarat Permohonan
Permohonan dan setiap proses transaksi direct debit yang berjaya adalah percuma. RM1.00 akan dikenakan pada awal permohonan dan akan dipulangkan ke akaun pinjaman PTPTN dalam tempoh satu hari bekerja. Untuk membuat permohonan, pemohon perlu memastikan mereka mematuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:
- Permohonan ini adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang.
- Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama/melebihi ansuran bulanan yang ditetapkan.
- Akaun bank yang digunakan untuk perlaksanaan direct debit mestilah berstatus aktif.
Panduan Permohonan Direct Debit PTPTN
Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu memastikan bank yang akan digunakan adalah tersenarai dalam menyediakan kemudahan direct debit PTPTN. Senarai bank yang menyediakan kemudahan ini boleh dirujuk di halaman ini. Seterusnya dikongsikan panduan permohonan untuk rujukan pemohon.
- Layari anjung PTPTN www.ptptn.gov.my dan pilih ikon Mohon Direct Debit.
- Pilih menu Mohon Direct Debit Pinjaman.
- Masukkan nombor kad pengenalan peminjam untuk membuat carian dan tekan butang Semak untuk memulakan proses semakan.
- Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan bersama kata laluan pada pautan Permohonan Pinjaman/Semakan Penyata.
- Pilih menu Penyata Baki.
- Klik pada ikon Pendaftaran untuk Direct Debit.
- Klik pada butang Permohonan Baru > Mohon
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan seperti:
i) No Telefon Bimbit
ii) E-mel peribadi
iii) Amaun Bulanan - Tandakan pada kotak pengesahan maklumat dan terma & syarat permohonan dan klik simpan.
- Semak maklumat yang ada di paparan dan klik pada butang Pengesahan Maklumat Akaun Bank.
- Klik pada Pilihan Senarai Bank untuk tujuan pembayaran dan isikan maklumat e-mel peribadi.
- Klik pada kotak Pengesahan dan klik pada Bayar dengan FPX.
- Resit pembayaran akan dipaparkan setelah pembayaran FPX berjaya dilakukan.
- Cetak slip permohonan yang telah berjaya untuk rujukan peminjam.
Tempoh proses permohonan akan mengambil masa 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap.
Transaksi Direct Debit PTPTN
Transaksi potongan bayaran balik pinjaman akan dilakukan pada 01hb/10hb/27hb pada setiap bulan. Tarikh transaksi ini adalah tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran direct debit oleh pihak bank pemohon. Sekiranya transaksi tidak berjaya dilakukan pada salah satu tarikh tersebut, ini bermakna tiada bayaran balik bagi bulan tersebut. Peminjam perlu membuat bayaran balik melalui saluran lain bagi mengelakkan pinjaman menjadi tertunggak.
Sebarang maklumat penting tentang permohonan direct debit PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.