Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN

Permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN boleh dibuat secara atas talian/online dengan melayari laman web Sistem Pembiayaan Pendidikan PTPTN. Sebelum membuat pendaftaran permohonan, para pelajar perlu memastikan mereka telah menerima tawaran IPT, mempunyai salah satu nombor akaun SSPN, mempunyai akaun bank mengikut akaun panel bank IPT tertentu dan membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman. Hanya satu permohonan sahaja boleh dilakukan dalam satu masa. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN untuk rujukan pelajar.

Panduan Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN

Pelajar disarankan untuk menyemak syarat permohonan seperti mana yang telah ditetapkan oleh PTPTN sebelum mengemukakan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN. Berikut adalah panduan permohonan pembiayaan untuk rujukan pelajar.

a. Pinjaman PTPTN bagi Kali Pertama

Pendaftaran Menggunakan No Pin BSN

Pelajar boleh menyemak panduan permohonan pinjaman PTPTN bagi kali pertama seperti di bawah.

a1. Pendaftaran Secara Online

  1. Layari https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register.
  2. Lengkapkan maklumat pendaftaran yang diperlukan. Klik dan tekan butang Daftar. Hanya e-mel rasmi pelajar sahaja yang boleh digunakan.
  3. Tekan butang Bayar untuk proses pembayaran. Pelajar perlu memilih salah satu bank perbankan internet dan masukkan alamat e-mel yang sah. Tekan butang Bayar dengan FPX untuk proses seterusnya. Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan.
  4. Pelajar akan dibawa terus ke laman web permohonan online. Lengkapkan permohonan dengan mengisi kesemua maklumat yang diperlukan.

a2. Pendaftaran Menggunakan No Pin BSN

  1. Layari https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register.
  2. Sila klik disini bagi peminjam kali pertama yang mendaftar menggunakan No Pin BSN.
  3. Lengkapkan maklumat pendaftaran yang diperlukan.Tekan butang Daftar. Hanya e-mel rasmi pelajar sahaja yang boleh digunakan.
  4. Pelajar boleh mendaftar permohonan baru selepas berjaya membuat pendaftaran kali pertama.

b. Pinjaman PTPTN bagi Kali Kedua dan Seterusnya

Pelajar boleh menyemak panduan permohonan pinjaman PTPTN bagi kali kedua dan seterusnya seperti di bawah.

b1. Pendaftaran Secara Online

  1. Layari Sistem Pembiayaan Pendidikan PTPTN.
  2. Log masuk ke sistem dengan mengunakan kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik pada menu Daftar Permohonan Baru Online bagi peminjam yang ingin membuat pendaftaran secara online.
  4. Tekan butang Bayar untuk proses pembayaran. Pelajar perlu memilih salah satu bank perbankan internet dan masukkan alamat e-mel yang sah. Tekan butang Bayar dengan FPX untuk proses seterusnya. Sekiranya transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan dipaparkan.
  5. Pelajar boleh mendaftar permohonan baru selepas berjaya membuat pembayaran.

b2. Pendaftaran Menggunakan No Pin BSN

  1. Layari Sistem Pembiayaan Pendidikan PTPTN.
  2. Log masuk ke sistem dengan mengunakan kad pengenalan dan kata laluan.
  3. Klik pada menu Daftar Baru (NoPin BSN) bagi peminjam yang membeli No Pin di BSN.
  4. Lengkapkan maklumat Pendaftaran yang diperlukan. Tekan butang Daftar untuk proses seterusnya.
  5. Peminjam boleh mendaftar permohonan baru selepas berjaya membuat pendaftaran.

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional melalui talian 03-2193 3000 atau melalui e-Aduan: iCare.