Semakan Kelulusan BSH 2020

Semakan Kelulusan BSH 2020

Semakan Kelulusan BSH 2020 boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai saluran seperti yang dikongsikan pada halaman ini. Untuk makluman pemohon, semakan jumlah kelulusan dan maklumat bayaran juga boleh dibuat pada laman semakan tersebut. Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting semakan untuk rujukan anda.

Semakan Kelulusan BSH 2020

Kaedah semakan kelulusan BSH 2020 adalah seperti berikut:

  1. Secara Atas Talian/Online di portal rasmi Bantuan Sara Hidup, LHDNM.
  2. Melalui Aplikasi Telefon Bantuan Sara Hidup.
  3. Menghubungi LHDNM atau MoF.
  4. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

1. Semakan Secara Atas Talian/Online di Portal Rasmi

Berikut dikongsikan panduan semakan secara atas talian/online.

  1. Layari portal rasmi Bantuan Sara Hidup, LHDNM dan pilih menu Semakan Kelulusan BSH.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang Cari.Semakan Kelulusan BSH 2020
  3. Ruangan Captcha akan dipaparkan. Isi semula kod Captcha seperti yang tertera dan klik butang Semak.Semakan Kelulusan BSH 2020
  4. Maklumat kelulusan BSH 2020 akan dipaparkan.

2. Semakan Melalui Aplikasi Bantuan Sara Hidup (BSH)

Aplikasi Bantuan Sara Hidup ini boleh dimuat turun melalui Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguma i-phone. Untuk makluman pemohon, kaedah semakan kelulusan BSH 2020 adalah sama seperti semakan secara online di portal rasmi BSH LHDNM.

3. Semakan Dengan Menghubungi LHDNM atau MoF

Semakan kelulusan BSH juga boleh dibuat dengan menghubungi LHDNM ditalian 1-800-88-2747 atau MoF ditalian 03-8882 4565 / 4566 pada waktu pejabat iaitu 9.00 pagi – 5.00 petang.

4. Semakan di LHDNM

Pemohon juga boleh membuat semakan kelulusan BSH secara terus di mana-mana cawangan LHDNM di seluruh negara.

Rayuan Permohonan BSH 2020

Bagi permohonan yang tidak berjaya, anda digalakkan untuk membuat rayuan. Rayuan permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 boleh dibuat mulai pada sekitar bulan Julai sehingga bulan Ogos 2020 tertakluk kepada pindaan. Kaedah membuat rayuan permohonan boleh dirujuk di halaman ini.

Permohonan-Rayuan-BSHR

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda disarankan membuat pertanyaan atau aduan melalui portal rasmi BSH LHDNM atau menggunakan aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 boleh dibuat mulai pada 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020 tertakluk kepada pindaan. Pendaftaran BSH ini boleh dilakukan secara atas talian/online, melalui aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan cara manual iaitu dengan menghantar borang. Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting permohonan bagi rujukan anda.

Panduan Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Sebelum membuat pendaftaran, pemohon dinasihati untuk membaca dan memahami maklumat penting BSH 2020 yang disediakan pada halaman ini. Berikut dikongsikan panduan pendaftaran secara atas talian/online, melalui aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan cara manual iaitu dengan menghantar borang untuk rujukan pemohon.

a. Pendaftaran Secara Atas Talian/Online

Pendaftaran BSH secara atas talian/online boleh dibuat dengan mengikuti langkah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi BSH LHDNM atau melalui pautan ini https://bsh.hasil.gov.my. Kemudian klik pada butang Permohonan Baharu.
    BSH 2019 12
  2. Lengkapkan maklumat pemohon dan tekan butang Seterusnya.
    BSH 2019 11
  3. Bagi permohonan kategori berkahwin, pemohon perlu melengkapkan maklumat pasangan dan tekan butang Seterusnya.
    BSH 2019 10
    Manakala bagi permohonan kategori Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak, pemohon perlu memilih jenis status pasangan samada ( Penceraian atau Kematian Pasangan) dan mengisi tarikh kematian atau penceraian pasangan.
    BSH 2019 9
  4. Lengkapkan maklumat anak pemohon dan tekan butang Seterusnya. Maklumat anak terhad hanya 4 orang sahaja untuk diisi.
    BSH 2019 8
  5. Muat naik semua dokumen sokongan yang diperlukan dan tekan butang Seterusnya.
    BSH 2019 6
  6. Lengkapkan maklumat waris dan tekan butang Seterusnya.
    BSH 2019 5
  7. Isi captcha dan tekan butang Sahkan Captcha. Kemudian klik butang Seterusnya.
    BSH 2019 4
  8. Semak maklumat yang telah diisi dan tandakan pada kotak pengesahan.
    BSH 2019 3
  9. Tekan butang Simpan sekiranya pemohon masih ingin mengemaskini permohonan dan tekan butang Hantar setelah selesai membuat pengemaskinian.

Panduan penuh pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 boleh dirujuk di sini.

b. Pendaftaran Melalui Aplikasi Bantuan Sara Hidup

Aplikasi Bantuan Sara Hidup ini boleh dimuat turun melalui Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguma i-phone. Untuk makluman pemohon, kaedah pendaftaran BSH 2020 adalah sama seperti pendaftaran secara online di portal rasmi BSH LHDNM.

c. Pendaftaran Secara Manual

Berikut dikongsikan langkah-langkah membuat pendaftaran BSH 2020 secara manual.

  1. Lengkapkan Borang Permohonan BSH 2020 (BK-01) yang boleh didapati melalui Portal Rasmi BSH LHDNM atau menerusi cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
  2. Sediakan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan.
  3. Hantar Borang Permohonan BSH 2020 yang telah lengkap diisi dan dokumen sokongan yang diperlukan bersama Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok dan Borang Serahan Dokumen Sokongan di kaunter-kaunter:
    a. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
    Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
    b. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
    c. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
    d. Pejabat Daerah / Pejabat Residen berhampiran.
  4. Penghantaran borang juga boleh dibuat secara pos ke alamat berikut:

Peti Surat BSH, GPO Shah Alam,
40800 Selangor.

Nota: Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Status permohonan BSH ini boleh disemak dengan merujuk panduan pada halaman Semakan Kelulusan BSH 2020.

Senarai Dokumen Sokongan Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran bantuan sara hidup (BSH) 2020 adalah sepeti di bawah.

BSH 2019 13

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda disarankan membuat pertanyaan atau aduan melalui portal rasmi BSH LHDNM atau menggunakan aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 boleh mula didaftar mulai pada 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020 tertakluk kepada pindaan. Sebelum membuat pendaftaran, pemohon digalakkan untuk membaca dan memahami maklumat penting BSH 2020 bagi memudahkan proses pendafataran kelak. Halaman ini menyediakan maklumat penting permohonan bagi rujukan anda.

Kategori Pemohon Bantuan Sara Hidup 2020

Kategori yang layak bagi permohonan BSH 2020 adalah seperti berikut:

A. Isi Rumah

  1. Berkahwin
  2. Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  3. Bujang (termasuk OKU) Berumur 60 tahun dan ke atas

B. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  2. Had umur: 40 tahun dan ke atas atau 18 tahun dan ke atas bagi kategori OKU

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Syarat kelayakan permohonan BSH 2020 adalah mengikut kategori pemohon.

1. Isi Rumah

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan bagi kategori isi rumah.

Pemohon

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah sebanyak RM4,000.00 dan ke bawah.

Pasangan Pemohon

  1. Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
  2. Pasangan bukan warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).

Anak Pemohon

  1.  Anak kandung (termasuk anak yang tidak sah tarafnya) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja.
  2. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKid / MyKad).
  3. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.
  4. Had umur:
    a) 17 tahun dan ke bawah.
    b) 18 tahun dan ke atas (Masih belajar sepenuh masa di Institusi
    Pengajian Tinggi Awam/Swasta.

2. Bujang

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan bagi kategori bujang.

Pemohon

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  2. Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  3. Lelaki atau wanita yang berumur:
    a) 40 tahun hingga 59 tahun.
    b) OKU yang berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah seperti berikut.

Sumber: RTM

Jadual Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Pembayaran BSH 2020 akan dilakukan secara berperingkat melalui tiga fasa seperti yang dilakukan pada tahun lalu. Berikut dikongsikan tarikh pembayaran BSH 2020 bagi rujukan anda.

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 bermula pada 20 Januari 2020 bagi pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun penerima BSH dan bermula pada 1 Februari 2020 bagi pembayaran secara tunai di Kaunter BSN (termasuk Pedalaman Sabah dan Sarawak).

Pembayaran Fasa Kedua BSH 2020

Pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 bermula pada 16 Mac 2020 bagi kedua-dua kaedah bayaran.

Pembayaran Fasa Ketiga BSH 2020

Pembayaran Fasa Ketiga BSH 2020 akan dimaklumkan kelak apabila tarikh rasmi pembayaran BSH bagi fasa ketiga diumukan.

Panduan Pendaftaran BSH 2020

Pendaftaran BSH 2020 boleh dilakukan melalui beberapa kaedah iaitu:

  1. Secara Atas Talian/Online
  2. Secara Manual

Panduan pendaftaran Bantuan Sara Hidup(BSH) 2020 boleh dirujuk di halaman ini.

Bantuan Sara Hidup(BSH) 2019

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda disarankan membuat pertanyaan atau aduan melalui portal rasmi BSH LHDNM atau menggunakan aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Pendaftaran eKasih

Pendaftaran eKasih 1

Pendaftaran eKasih adalah melalui sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting pendaftaran bagi rujukan anda.

Syarat Kelayakan Pendaftaran eKasih

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan iaitu tergolong dalam kategori Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan kurang RM1500 sebulan bagi penduduk bandar dan kurang RM1000 sebulan bagi penduduk luar bandar.

Panduan Pendaftaran eKasih

Pemohon perlu melengkapkan Borang Pendaftaran eKasih dan menghantarnya ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPN-Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) untuk tujuan pendaftaran ke dalam sistem. Bancian akan dijalankan oleh PPN ke atas KIR MISKIN yang layak sebelum dimasukkan ke dalam Sistem e-Kasih.

Semakan Status Pendaftaran eKasih

Untuk menyemak status pendaftaran eKasih, pemohon perlu melayari pautan https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx serta masukkan nombor kad pengenalan dan kemudian tekan butang Klik Untuk Cari. Bagi yang tidak mendaftar, pernyataan tidak wujud di dalam sistem eKasih akan dipaparkan. Manakala, bagi yang sudah mendaftar, pernyataan telah wujud di dalam Senarai SPB dipaparkan. 

Bantuan Kerjaan Melalui eKasih

Bagi yang telah berjaya mendaftar eKasih, anda adalah layak untuk menerima bantuan seperti berikut:

a. Bantuan i-Suri KWSP

i-Suri adalah singkatan kepada Insentif Suri yang mana merupakan caruman sukarela dengan insentif khas kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam e-Kasih. Panduan permohonan boleh didapati di sini.

b. Bantuan Bil Elektrik Percuma

Bantuan bil elektrik percuma ini adalah program rebat bil elektrik RM40.00 untuk membantu keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih. Panduan permohonan boleh didapati di sini.

c. Bantuan Sara Hidup 2020

Bantuan sara hidup (BSH) merupakan bantuan yang disalurkan terus kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Panduan permohonan boleh didapati di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.

Pendaftaran i-Suri KWSP

Pendaftaran i-Suri KWSP 1

Pendaftaran i-Suri KWSP hanya boleh dilakukan di kaunter KWSP di seluruh negara. Untuk makluman anda, i-Suri adalah singkatan kepada Insentif Suri yang mana merupakan caruman sukarela dengan insentif khas kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam e-Kasih. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran i-Suri KWSP bagi rujukan anda.

Syarat Kelayakan

Sebelum membuat pendaftaran, anda dinasihati membaca dan memahami syarat -syarat kelayakan permohonan seperti di bawah. Syarat-syarat kelayakan tersebut adalah:

  1. Golongan suri rumah yang telah mendaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018 termasuk isteri (Isteri kepada ketua isi rumah-KIR) dan KIR wanita (Balu/Bercerai/Bujang)
  2. Warganegara Malaysia
  3. Belum mencapai umur 60 tahun
  4. Mencarum sekurang-kurangnya rm5 sebulan atau rm60 setahun

Manfaat Pendaftaran i-Suri KWSP

  1. Sumbangan daripada pihak kerajaan ke dalam akaun KWSP suri rumah sebanyak rm200 setahun bagi tahun 2018 dan rm480 setahun bagi tahun berikutnya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
  2. Manfaat sebagai ahli KWSP adalah seperti dividen tahunan, bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan, dan pelepasan cukai yang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Panduan Pendaftaran i-Suri KWSP

Berikut dikongsikan panduan pendaftaran i-Suri KWSP bagi rujukan anda.

  1. Layari pada pautan https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx untuk menyemak status daftar eKasih. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Klik Untuk Cari bagi memulakan pencarian.Pendaftaran-i-Suri-KWSP-3
  2. Bagi yang tidak mendaftar, pernyataan tidak wujud di dalam sistem eKasih akan dipaparkan. Manakala, bagi yang sudah mendaftar, pernyataan telah wujud di dalam Senarai SPB dipaparkan. Pendaftaran i-Suri KWSP 5
  3. Setelah membuat semakan, anda dikehendaki pergi ke mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara dengan membawa kad pengenalan asal masing-masing, Borang i-Suri KWSP 16G (M) dan Borang i-Suri – KWSP 6A (2) yang telah lengkap diisi untuk membuat pendaftaran. Pegawai KWSP yang bertugas akan membantu anda untuk pendaftaran i-Suri.

Caruman Sendiri KWSP

Bagi melayakkan diri anda untuk membuat pendaftaran i-Suri ini, anda perlu membuat caruman keatas akaun KWSP anda sebanyak minimum RM5 sebulan. Caruman bulanan KWSP ini boleh dilakukan melalui kaedah seperti berikut:

  • Tunai atau cek di kaunter KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (Maybank, Public Bank, BSN atau RHB)
  • Pindahan wang melalui perbankan Internet oleh bank yang dilantik (Maybank atau Public Bank)

Pendaftaran i-Suri KWSP 6

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000, dan untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Pendaftaran KWSP (Majikan)

Pendaftaran KWSP (Majikan) 1

Pendaftaran KWSP (Majikan) boleh dilakukan secara terus di mana-mana pejabat dan kios KWSP yang berdekatan. Untuk makluman majikan, Akta KWSP 1991 pada Seksyen 41(1) telah mewartakan bahawa majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari dari hari pertama mengambil pekerja pertamanya. Oleh yang demikian, majikan dikehendaki mendaftar dengan KWSP mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Lembaga KWSP. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran KWSP bagi rujukan majikan.

Kategori-kategori Majikan

Sebelum membuat pendaftaran, majikan dinasihati supaya mengenalpasti kategori-kategori majikan yang ada bagi tujuan memudahkan urusan pendafataran KWSP. Berikut adalah senarai kategori majikan sedia ada:

  • Majikan Sektor Awam
    Majikan sektor awam adalah merujuk kepada majikan di Jabatan Pentadbiran di bawah Kerajaan Malaysia, Sekolah-sekolah Kerajaan/Institut Pengajian Tinggi Awam, Badan-badan Berkanun, Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Awam.
  • Majikan Sektor Swasta
    Majikan sektor swasta adalah majikan dari Syarikat Sdn Bhd yang berdaftar dengan SSM, Perniagaan yang berdaftar dengan SSM, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Bank-bank yang diluluskan oleh Bank Negara.
  • Majikan Badan Profesional/Pertubuhan/Persatuan/Koperasi Dan Lain-Lain (Non-SSM)
    Majikan badan profesional/pertubuhan/persatuan/koperasi dan lain-lain (Non-SSM) adalah majikan seperti Firma Guaman/Arkitek/Akauntan, Pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Persatuan-persatuan Sukarela/Non-profit/NGO, Pertubuhan-pertubuhan Politik/Sukan dan Suruhanjaya Koperasi yang berdaftar dengan KPDNKK.

Panduan Pendaftaran KWSP (Majikan)

Majikan perlu menyediakan dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan di kaunter KWSP yang berdekatan atas tujuan pendaftaran sebagai majikan KWSP. Berikut dikongsikan maklumat pendaftaran untuk rujukan majikan.

a. Majikan Sektor Awam

Panduan pendaftaran bagi majikan di sektor awam adalah berikut:

  1. Pergi terus ke kaunter KWSP yang berdekatan.
  2. Lengkapkan Borang KWSP 1 yang boleh didapati di mana-mana kaunter KWSP atau di pautan ini http://www.kwsp.gov.my/o/kwsp-theme/css/assets/pdf/KWSP_1__-_LULUS_LOGO_BARU_01012017.pdf.
  3. Serahkan Borang KWSP 1 yang telah lengkap diisi bersama satu salinan kad pengenalan majikan (Pengarah/Ketua Jabatan) kepada petugas untuk membuat pendaftaran.
  4. Dapatkan nombor rujukan, notis pendaftaran dan sijil pendaftaran untuk rujukan majikan. Pastikan majikan mempamerkan sijil pendaftaran sebagai majikan di premis majikan.

b. Majikan Sektor Swasta

Panduan pendaftaran bagi majikan sektor swasta adalah berikut:

  1. Pergi terus ke kaunter KWSP yang berdekatan.
  2. Lengkapkan Borang KWSP 1 dan Borang 49/Superform yang boleh didapati di mana-mana kaunter KWSP.
  3. Serahkan Borang KWSP 1 dan Borang 49/Superform yang telah lengkap diisi bersama satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/ Pendaftar Perniagaan dari SSM ataupun satu salinan kad pengenalan/pasport pemilik tunggal/rakan kongsi/pengarah kepada petugas untuk membuat pendaftaran.
  4. Dapatkan nombor rujukan, notis pendaftaran dan sijil pendaftaran untuk rujukan majikan. Pastikan majikan mempamerkan sijil pendaftaran sebagai majikan di premis majikan.

c. Majikan Badan Profesional/Pertubuhan/Persatuan/Koperasi Dan Lain-Lain (Non-SSM)

Panduan pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pergi terus ke kaunter KWSP yang berdekatan.
  2. Lengkapkan Borang KWSP 1 yang boleh didapati di mana-mana kaunter KWSP atau di pautan ini http://www.kwsp.gov.my/o/kwsp-theme/css/assets/pdf/KWSP_1__-_LULUS_LOGO_BARU_01012017.pdf.
  3. Serahkan Borang KWSP 1 yang telah lengkap diisi bersama satu salinan Salinan Sijil Pendaftaran Badan Profesional/Pertubuhan/Persatuan/Koperasi dan lain-lain, satu salinan kad pengenalan/pasport majikan, dan senarai keanggotaan jawatankuasa Badan Profesional/Pertubuhan kepada petugas untuk membuat pendaftaran.
  4. Dapatkan nombor rujukan, notis pendaftaran dan sijil pendaftaran untuk rujukan majikan. Pastikan majikan mempamerkan sijil pendaftaran sebagai majikan di premis majikan.

Nota: majikan boleh memohon lebih daripada satu nombor rujukan bagi memudahkan pembayaran caruman bulanan. Permohonan boleh dibuat secara terus semasa mengemukan pendaftaran KWSP majikan.

Pengaksesan Akaun KWSP (Majikan)

Majikan boleh mengakses akaun KWSP mereka dengan cara atas talian/online melalui i-Akaun(Majikan) KWSP atau secara terus di mana-mana kaunter/kiosk KWSP yang berdekatan. Semakan melalui i-Akaun memerlukan pendaftaran terlebih dahulu sebelum dapat mengakses akaun. Panduan pendaftaran dikongsikan pada halaman i-Akaun(Majikan) KWSP.

Panduan Pendaftaran Pekerja KWSP (Majikan)

Bagi pekerja yang belum mendaftar KWSP, majikan dipertanggungjawabkan untuk membuat pendaftaran. Terdapat pelbagai kaedah bagi mendaftar pekerja anda. Berikut dikongsikan kaedah – kaedah sedia ada untuk rujukan majikan.

  • Pendaftaran Ahli Melalui i-Akaun(Majikan) KWSP
    Kaedah ini hanya boleh digunakan bagi pekerja warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang mempunyai MyKad.
  • Pendaftaran Secara Auto Melalui Borang Caruman Bulanan (Borang A)
    Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk pekerja warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang mempunyai MyKad.
  • Pendaftaran Melalui Borang
    Untuk pekerja warganegara dan pemastautin tetap Malaysia, salinan kad pengenalan dan Borang KWSP 3 diperlukan. Manakala bagi pekerja yang bukan warganegara dan pemastautin tetap Malaysia, pasport atau permit kerja yang sah atau visa, Borang KWSP 16B dan Borang KWSP 3 adalah diperlukan.
  • Pendaftaran Sendiri Oleh Pekerja
    Kaedah ini memerlukan pekerja menghadirkan diri ke kaunter KWSP. Panduan pendaftaran boleh dirujuk di halaman Pendaftaran KWSP (Ahli).

Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran KWSP (Majikan) adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, majikan disarankan mendapatkan maklumat di pusat pengurusan EPF KWSP melalui talian 03-8922 6000 atau melalui pautan http://www.kwsp.gov.my/en/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.

Pendaftaran Pemilih Pilihanraya

Pendaftaran Pemilih Pilihanraya 2

Pendaftaran pemilih pilihanraya adalah bertujuan untuk melayakkan warganegara menyertai proses memilih wakil bagi menyuarakan pendapat mereka sama ada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses pendaftaran pemilih ini. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting pendaftaran pemilih pilihanraya bagi rujukan pemohon.

Syarat Kelayakan Pendaftaran Pemilih Pilihanraya

Sebelum membuat pendaftaran pemilih, pemohon dinasihati untuk membaca dan memahami syarat kelayakan pendaftaran pemilih. Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas
  3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  4. Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Panduan Pendaftaran Pemilih Pilihanraya

SPR telah menjalankan dua jenis pendaftaran pemilih iaitu pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat dan pusat mengundi kepada dua jenis pemilih iaitu pemilih biasa dan pengundi tidak hadir. Berikut dikongsikan kaedah pendaftaran pemilih untuk rujukan pemohon.

a. Pemilih Biasa

Untuk pemilih biasa, langkah pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran.
  2. Kemukakan kad pengenalan kepada petugas SPR untuk mengisikan semua maklumat dalam borang pendaftaran.
  3. Semak dan pastikan maklumat yang telah diisi dalam borang adalah betul.
  4. Turunkan tandatangan.
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran untuk simpanan pemohon dan juga sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan.

b. Pengundi Tidak Hadir

Pendaftaran bagi pengundi tidak hadir adalah dari kalangan ATM yang mana akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Langkah pendaftaran bagi pengundi tidak hadir adalah seperti berikut:

  1. Menghubungi pegawai-pegawai JRP-ATM .
  2. Kemukakan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada pegawai-pegawai JRP-ATM untuk mengisikan semua maklumat dalam borang pendaftaran.
  3. Semak dan pastikan maklumat yang telah diisi dalam borang adalah betul.
  4. Turunkan tandatangan.
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran untuk simpanan pemohon dan juga sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran,mRang Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

  1. Pusat mengundi bagi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  2. Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir.

c. Warganegara Malaysia Yang Berada Di Luar Negara

Pendaftaran bagi pengundi tidak hadir dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar negara serta pasangan mereka akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Kaedah pendaftaran bagi pengundi tidak hadir (luar negara) adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
  2. Kemukakan MyKad atau pasport kepada petugas yang dilantik oleh SPR untuk mengisikan semua maklumat dalam borang pendaftaran.
  3. Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara, pekerjaan dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran.
  4. Semak dan pastikan maklumat yang telah diisi dalam borang adalah betul.
  5. Turunkan tandatangan.
  6. Dapatkan salinan borang pendaftaran untuk simpanan pemohon dan juga sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

  1. Hanya penjawat awam serta pasangannya dan pelajar serta pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (Luar Negara).
  2. Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) perlu mendaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
  3. Status sebagai pengundi tidak hadir (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih membuat pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia.

Pusat Pendaftaran Pemilih Pilihanraya

Pemohon boleh membuat pendaftaran pemilih di mana-mana kaunter pendaftaran pemilih seperti berikut:

  1. Kaunter Pendaftaran Pemilih, Ibu Pejabat SPR Malaysia, Aras G, Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, 62100 Putrajaya
    No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018
  2. Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri
  3. Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
  4. Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai.
  5. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri. Sila rujuk pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission.
  6. Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan.

Selesai membuat pendaftaran pemilih, pemohon boleh menyemak status pendaftaran dan maklumat daftar pemilih dengan merujuk panduan semakan yang telah dikongsikan pada halaman Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya.

Pendaftaran Pemilih Pilihanraya 3

Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran Pemilih Pilihanraya adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) ditalian 03-8892 7018.

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 1

Semakan daftar pemilih pilihanraya adalah bertujuan untuk menyemak status perdaftaran pemilih bagi memastikan pemilih adalah layak atau tidak layak untuk menyertai proses memilih wakil bagi menyuarakan pendapat mereka sama ada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting semakan daftar pemilih pilihanraya bagi rujukan pemilih.

Panduan Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya

Untuk makluman pemilih, hanya pemilih yang telah berdaftar sahaja boleh menyemak status daftar pemilih ini. Bagi yang belum membuat pendaftaran, pemilih boleh merujuk panduan pendaftaran pada halaman Pendaftaran Pemilih Pilihanraya. Semakan daftar pemilih boleh dilakukan secara atas talian/online, melalui khidmat pesanan ringkas, menerusi aplikasi mySPR Semak atau dengan menghubungi terus ke Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM).

a. Secara Atas Talian/Online

Berikut disedikan panduan semakan daftar pemilih secara atas talian/online untuk rujukan pemilih.

  1. Layari pada pautan https://pengundi.spr.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pemilih mengikut ciri-ciri yang dinyatakan. Kemudian masukkan aksara captcha yang dipaparkan dan tekan butang SEMAK.
    Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2
  3. Maklumat daftar pemilih dipaparkan sekiranya pemilih berjaya didaftarkan.
    Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 3

b. Melalui Khidmat Pesanan Ringkas

Semakan daftar pemilih boleh juga dilakukan dengan menggunakan penghantaran mesej mengikut format berikut:

  1. Taip SPR SEMAK<Nombor Kad Pengenalan>
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: SPR SEMAK 920000000000 dan hantar sms ke 15888

atau

  1. Taip SPR < Nombor Kad Pengenalan >
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: SPR 920000000000 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

c. Menerusi Aplikasi mySPR Semak

Pemilih juga boleh menggunakan aplikasi mySPR Semak untuk menyemak daftar pemilih yang mana boleh dimuat turun melalui Play Store untuk pengguna Android dan App Store bagi pengguna iPhone. Dengan kemudahan aplikasi ini, pemilih boleh mengakses status daftar pemilih dengan lebih mudah dan cepat tanpa mengira masa dan tempat mereka berada.

d. Melalui Panggilan Telefon

Pemilih juga boleh menyemak daftar pemilih melalui panggilan telefon ke  Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) ditalian 03-8892 7000.

Sebarang maklumat penting tentang Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) ditalian 03-8892 7018.

Pendaftaran KWSP (Ahli)

Pendaftaran KWSP (Ahli) 1

Pendaftaran KWSP (Ahli) boleh dilakukan secara terus di mana-mana pejabat dan kios KWSP yang berdekatan. Untuk makluman, Akta KWSP 1991 telah mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri bagi memastikan anda mempunyai simpanan persaraan setelah anda bersara atau tidak lagi bekerja. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran bagi rujukan anda.

Panduan Pendaftaran KWSP (Ahli)

Pendaftaran sebagai ahli KWSP boleh dibuat melalui tiga (3) kaedah iaitu secara automatik oleh majikan anda, secara atas talian/online melalui aplikasi i-Akaun (Majikan) KWSP atau melalui kaunter/kiosk KWSP. Berikut dikongsikan panduan mendaftar bagi rujukan anda.

a. Secara Automatik

Daftar secara automatik adalah melalui pencaruman pertama oleh majikan ke atas anda yang mana anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik. Pendaftaran ini dibuat dengan menggunakan nama dan nombor kad pengenalan anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun KWSP anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

b. Kaunter/Kiosk KWSP

Pendaftaran melalui kaunter/kiosk KWSP di mana-mana lokasi seluruh negara boleh dilakukan dengan hanya menggunakan kad pengenalan dan pengesahan cap ibu jari anda sahaja. Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda dikehendaki melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar) dan serahkannya kepada pegawai KWSP yang bertugas. Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran berjaya.

C. i-Akaun(Majikan) KWSP

Pendafataran ahli melalui i-Akaun(Majikan) KWSP boleh dibuat oleh majikan anda dengan mengguakan semua maklumat anda yang diperlukan dalam sistem tersebut. Akaun KWSP anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengaksesan Akaun KWSP (Ahli)

Selesai membuat pendaftaran, ahli boleh mengakses akaun KWSP dengan cara atas talian/online melalui i-Akaun(Ahli) KWSP atau secara terus di mana-mana kaunter/kiosk KWSP yang berdekatan. Semakan melalui i-Akaun memerlukan pendaftaran terlebih dahulu sebelum dapat mengakses akaun. Panduan pendaftaran dikongsikan pada halaman i-Akaun(Ahli) KWSP. Untuk makluman, setiap ahli KWSP boleh memilih untuk mengekalkan akaun KWSP mereka di bawah Simpanan Konvensional di mana simpanan mereka akan diuruskan/dilaburkan secara konvensional atau menukar akaun KWSP mereka ke Simpanan Shariah di mana simpanan mereka akan diuruskan/dilaburkan mengikut prinsip-prinsip syariah.

Pendaftaran KWSP (Ahli) 3

Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran KWSP (Ahli) adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan mendapatkan maklumat di pusat pengurusan EPF KWSP melalui talian 03-8922 6000 atau melalui pautan http://www.kwsp.gov.my/en/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.

Pendaftaran myASNB

Pendaftaran myASNB

Pendaftaran myASNB boleh dilakukan secara atas talian/online dengan melayarital myASNB. Dengan kemudahan myASNB ini, pelabur boleh mengakses akaun pelaburan mereka dengan lebih mudah dan cepat tanpa mengira masa dan tempat mereka berada. Oleh yang demikian, halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran myASNB untuk rujukan pelabur.

Panduan Pendaftaran myASNB

Sebelum membuat pendaftaran, pelabur dikehendaki mengemaskini nombor telefon bimbit di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB. Pelabur juga boleh mengemaskini maklumat tersebut dengan menghantar e-mel kepada asnbcare@pnb.com.my. Pelabur diingitkan supaya menyertakan salinan kad pengenalan yang telah disahkan di dalam e-mel tersebut.

Pendaftaran myASNB 1

Selepas membuat pengemaskinian maklumat, pelabur boleh memulakan pendaftaran dengan mengikuti langkah mudah yang dikongsikan di bawah.

  1. Layari pada pautan https://www.myasnb.com.my/.
  2. Klik menu Daftar Di Sini.Pendaftaran myASNB 4
  3. Baca dan fahami maklumat yang dipaparkan dan klik butang Teruskan.Pendaftaran myASNB 5
  4. Tandakan pada kotak pengesahan Terma & Syarat dan Dasar Privasi dan klik butang Setuju.Pendaftaran myASNB 6
  5. Lengkapkan semua maklumat asas yang diperlukan, kemudian klik butang Seterusnya.Pendaftaran myASNB 7
  6. Klik pada butang Permintaan TAC kemudian masukkan KOD TAC yang dihantar melalui sms dan tekan butang Seterusnya.Pendaftaran myASNB 8
  7. Pelabur perlu mencipta ID pengguna dan memasukkan Alamat E-mel pada ruangan Maklumat Log Masuk. Kemudian lengkapkan semua soalan keselamatan dan klik butang Tamat.Pendaftaran myASNB 9
  8. Skrin pendaftaran berjaya akan dipaparkan.Pendaftaran myASNB 10
  9. Cetak bukti pendaftaran untuk rujukan pelabur. Kemudian klik butang LOG MASUK untuk mengemaskini kata laluan baru.
  10. Log masuk semula dengan menggunakan ID Pengguna yang didaftarkan dan tekan butang Teruskan. Frasa keselamatan yang telah didaftarkan akan terpapar. Kemudian, masukkan kata laluan sementara yang diberikan tadi.Pendaftaran myASNB 12
  11. Pilih menu Kemaskini Kata Laluan dan ubah kata laluan mengikut ciri-ciri yang dinyatakan. Kemudian tekan butang Tukar Kata Laluan. Pendaftaran myASNB 13

Selepas mengemaskini kata laluan, pendaftaran myASNB pelabur telah lengkap sepenuhnya. Pelabur boleh terus mengakses portal myASNB mereka dan sekiranya ingin memulakan pengaksesan semula, pelabur boleh melayari pautan https://www.myasnb.com.my/.

Muat Turun Aplikasi myASNB di Telefon

Untuk makluman pelabur ASNB, aplikasi myASNB kini boleh dimuat turun melalui Play Store untuk pengguna Android dan App Store bagi pengguna iPhone ataupun secara imbasan pada QR Code dibawah. Dengan kehadiran myASNB ini, pelabur boleh membuat pelbagai urusan pelaburan secara atas talian/online tanpa perlu pergi ke cawangan ASNB. Tambahan pula, tiada caj tambahan dikenakan semasa menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun, yuran produk biasa seperti bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai, sekiranya ada.

Pendaftaran myASNB 11

Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran myASNB adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di myASNB Portal Contact Centre ditalian 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my.