Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 boleh dibuat mulai pada 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020 tertakluk kepada pindaan. Pendaftaran BSH ini boleh dilakukan secara atas talian/online, melalui aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan cara manual iaitu dengan menghantar borang. Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting permohonan bagi rujukan anda.
Panduan Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
Sebelum membuat pendaftaran, pemohon dinasihati untuk membaca dan memahami maklumat penting BSH 2020 yang disediakan pada halaman ini. Berikut dikongsikan panduan pendaftaran secara atas talian/online, melalui aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan cara manual iaitu dengan menghantar borang untuk rujukan pemohon.
a. Pendaftaran Secara Atas Talian/Online
Pendaftaran BSH secara atas talian/online boleh dibuat dengan mengikuti langkah seperti berikut:
Layari portal rasmi BSH LHDNM atau melalui pautan ini https://bsh.hasil.gov.my. Kemudian klik pada butang Permohonan Baharu.
Lengkapkan maklumat pemohon dan tekan butang Seterusnya.
Bagi permohonan kategori berkahwin, pemohon perlu melengkapkan maklumat pasangan dan tekan butang Seterusnya. Manakala bagi permohonan kategori Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak, pemohon perlu memilih jenis status pasangan samada ( Penceraian atau Kematian Pasangan) dan mengisi tarikh kematian atau penceraian pasangan.
Lengkapkan maklumat anak pemohon dan tekan butang Seterusnya. Maklumat anak terhad hanya 4 orang sahaja untuk diisi.
Muat naik semua dokumen sokongan yang diperlukan dan tekan butang Seterusnya.
Lengkapkan maklumat waris dan tekan butang Seterusnya.
Isi captcha dan tekan butang Sahkan Captcha. Kemudian klik butang Seterusnya.
Semak maklumat yang telah diisi dan tandakan pada kotak pengesahan.
Tekan butang Simpan sekiranya pemohon masih ingin mengemaskini permohonan dan tekan butang Hantar setelah selesai membuat pengemaskinian.
Panduan penuh pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 boleh dirujuk di sini.
b. Pendaftaran Melalui Aplikasi Bantuan Sara Hidup
Aplikasi Bantuan Sara Hidup ini boleh dimuat turun melalui Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguma i-phone. Untuk makluman pemohon, kaedah pendaftaran BSH 2020 adalah sama seperti pendaftaran secara online di portal rasmi BSH LHDNM.
c. Pendaftaran Secara Manual
Berikut dikongsikan langkah-langkah membuat pendaftaran BSH 2020 secara manual.
Lengkapkan Borang Permohonan BSH 2020 (BK-01) yang boleh didapati melalui Portal Rasmi BSH LHDNM atau menerusi cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Sediakan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan.
Hantar Borang Permohonan BSH 2020 yang telah lengkap diisi dan dokumen sokongan yang diperlukan bersama Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok dan Borang Serahan Dokumen Sokongan di kaunter-kaunter: a. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Transformasi Bandar (UTC) LHDNM b. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) c. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) d. Pejabat Daerah / Pejabat Residen berhampiran.
Penghantaran borang juga boleh dibuat secara pos ke alamat berikut:
Peti Surat BSH, GPO Shah Alam, 40800 Selangor.
Nota: Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Senarai Dokumen Sokongan Pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
Senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran bantuan sara hidup (BSH) 2020 adalah sepeti di bawah.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda disarankan membuat pertanyaan atau aduan melalui portal rasmi BSH LHDNM atau menggunakan aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.