Semakan Kelulusan BSH 2020

Semakan Kelulusan BSH 2020 boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai saluran seperti yang dikongsikan pada halaman ini. Untuk makluman pemohon, semakan jumlah kelulusan dan maklumat bayaran juga boleh dibuat pada laman semakan tersebut. Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting semakan untuk rujukan anda.

Semakan Kelulusan BSH 2020

Kaedah semakan kelulusan BSH 2020 adalah seperti berikut:

  1. Secara Atas Talian/Online di portal rasmi Bantuan Sara Hidup, LHDNM.
  2. Melalui Aplikasi Telefon Bantuan Sara Hidup.
  3. Menghubungi LHDNM atau MoF.
  4. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

1. Semakan Secara Atas Talian/Online di Portal Rasmi

Berikut dikongsikan panduan semakan secara atas talian/online.

  1. Layari portal rasmi Bantuan Sara Hidup, LHDNM dan pilih menu Semakan Kelulusan BSH.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang Cari.Semakan Kelulusan BSH 2020
  3. Ruangan Captcha akan dipaparkan. Isi semula kod Captcha seperti yang tertera dan klik butang Semak.Semakan Kelulusan BSH 2020
  4. Maklumat kelulusan BSH 2020 akan dipaparkan.

2. Semakan Melalui Aplikasi Bantuan Sara Hidup (BSH)

Aplikasi Bantuan Sara Hidup ini boleh dimuat turun melalui Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguma i-phone. Untuk makluman pemohon, kaedah semakan kelulusan BSH 2020 adalah sama seperti semakan secara online di portal rasmi BSH LHDNM.

3. Semakan Dengan Menghubungi LHDNM atau MoF

Semakan kelulusan BSH juga boleh dibuat dengan menghubungi LHDNM ditalian 1-800-88-2747 atau MoF ditalian 03-8882 4565 / 4566 pada waktu pejabat iaitu 9.00 pagi – 5.00 petang.

4. Semakan di LHDNM

Pemohon juga boleh membuat semakan kelulusan BSH secara terus di mana-mana cawangan LHDNM di seluruh negara.

Rayuan Permohonan BSH 2020

Bagi permohonan yang tidak berjaya, anda digalakkan untuk membuat rayuan. Rayuan permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 boleh dibuat mulai pada sekitar bulan Julai sehingga bulan Ogos 2020 tertakluk kepada pindaan. Kaedah membuat rayuan permohonan boleh dirujuk di halaman ini.

Permohonan-Rayuan-BSHR

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda disarankan membuat pertanyaan atau aduan melalui portal rasmi BSH LHDNM atau menggunakan aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.