Pendaftaran myASNB boleh dilakukan secara atas talian/online dengan melayarital myASNB. Dengan kemudahan myASNB ini, pelabur boleh mengakses akaun pelaburan mereka dengan lebih mudah dan cepat tanpa mengira masa dan tempat mereka berada. Oleh yang demikian, halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran myASNB untuk rujukan pelabur.
Panduan Pendaftaran myASNB
Sebelum membuat pendaftaran, pelabur dikehendaki mengemaskini nombor telefon bimbit di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB. Pelabur juga boleh mengemaskini maklumat tersebut dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. Pelabur diingitkan supaya menyertakan salinan kad pengenalan yang telah disahkan di dalam e-mel tersebut.
Selepas membuat pengemaskinian maklumat, pelabur boleh memulakan pendaftaran dengan mengikuti langkah mudah yang dikongsikan di bawah.
- Layari pada pautan https://www.myasnb.com.my/.
- Klik menu Daftar Di Sini.
- Baca dan fahami maklumat yang dipaparkan dan klik butang Teruskan.
- Tandakan pada kotak pengesahan Terma & Syarat dan Dasar Privasi dan klik butang Setuju.
- Lengkapkan semua maklumat asas yang diperlukan, kemudian klik butang Seterusnya.
- Klik pada butang Permintaan TAC kemudian masukkan KOD TAC yang dihantar melalui sms dan tekan butang Seterusnya.
- Pelabur perlu mencipta ID pengguna dan memasukkan Alamat E-mel pada ruangan Maklumat Log Masuk. Kemudian lengkapkan semua soalan keselamatan dan klik butang Tamat.
- Skrin pendaftaran berjaya akan dipaparkan.
- Cetak bukti pendaftaran untuk rujukan pelabur. Kemudian klik butang LOG MASUK untuk mengemaskini kata laluan baru.
- Log masuk semula dengan menggunakan ID Pengguna yang didaftarkan dan tekan butang Teruskan. Frasa keselamatan yang telah didaftarkan akan terpapar. Kemudian, masukkan kata laluan sementara yang diberikan tadi.
- Pilih menu Kemaskini Kata Laluan dan ubah kata laluan mengikut ciri-ciri yang dinyatakan. Kemudian tekan butang Tukar Kata Laluan.
Selepas mengemaskini kata laluan, pendaftaran myASNB pelabur telah lengkap sepenuhnya. Pelabur boleh terus mengakses portal myASNB mereka dan sekiranya ingin memulakan pengaksesan semula, pelabur boleh melayari pautan https://www.myasnb.com.my/.
Muat Turun Aplikasi myASNB di Telefon
Untuk makluman pelabur ASNB, aplikasi myASNB kini boleh dimuat turun melalui Play Store untuk pengguna Android dan App Store bagi pengguna iPhone ataupun secara imbasan pada QR Code dibawah. Dengan kehadiran myASNB ini, pelabur boleh membuat pelbagai urusan pelaburan secara atas talian/online tanpa perlu pergi ke cawangan ASNB. Tambahan pula, tiada caj tambahan dikenakan semasa menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun, yuran produk biasa seperti bayaran perkhidmatan dan GST adalah terpakai, sekiranya ada.
Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran myASNB adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di myASNB Portal Contact Centre ditalian 03 – 8026 8101 atau emel ke [email protected].