Semakan Program Rebat Bil Elektrik

Program rebat bil elektrik diadakan khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan bebanan kewangan rakyat. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam sistem eKasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Untuk makluman anda, program rebat bil elektrik RM40 ini adalah program baru bermula 1 Januari 2019 yang menggantikan program rebat bil elektrik RM20 sebelum ini. Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting semakan program rebat bil elektrik RM40 untuk rujukan anda.

Syarat Kelayakan Asas

Penerima yang layak mestilah memenuhi syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di bawah.

  1. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam sistem eKasih, dan
  2. Pendapatan bulanan isi rumah mestilah kurang daripada RM619 bagi kumpulan miskin tegar dan kurang daripada RM980 bagi kumpulan miskin.

Penetapan Rebat RM40 Sebulan

Rebat elektrik sebanyak RM40 diberikan sepanjang tahun 2019 yang mana bayaran akan dibuat secara tolak terus di dalam bil penerima. Disamping itu, rebat ini juga adalah terhad kepada Tarif A (Domestik/Kediaman) dan juga terhad kepada 1 bil sahaja untuk setiap KIR bagi rumah sendiri atau rumah sewa. Dan yang terakhir sekali, rebat ini adalah untuk semua jenis caj (contoh penalti bayar lambat) namun tidak termasuk caj pada tahun 2018 dan sebelumnya.

Semakan Program Rebat Bil Elektrik

Untuk membuat semakan, anda perlu melayari portal rasmi semakan program rebat bil elektrik atau MESTECC melalui pautan di https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/. Kemudian masukkan 12 digit no kad pengenalan anda tanpa simbol ‘-‘. Contoh (920000000001) dan tekan butang Cari. Selain daripada itu, anda juga boleh membuat semakan dengan menghubungi MyGCC ditalian 03-8000 8000 atau Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditalian 1-300-88-5454 atau Sabah Electricity ditalian 088-515000/15454 atau Serawak Energy ditalian 1-300-88–3111.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ini mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, anda disaran untuk menghubungi  MyGCC ditalian 03-8000 8000 atau Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditalian 1-300-88-5454 atau Sabah Electricity ditalian 088-515000/15454 atau Serawak Energy ditalian 1-300-88–3111.