Pendaftaran eKasih adalah melalui sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting pendaftaran bagi rujukan anda.
Syarat Kelayakan Pendaftaran eKasih
Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan iaitu tergolong dalam kategori Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan kurang RM1500 sebulan bagi penduduk bandar dan kurang RM1000 sebulan bagi penduduk luar bandar.
Panduan Pendaftaran eKasih
Pemohon perlu melengkapkan Borang Pendaftaran eKasih dan menghantarnya ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPN-Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) untuk tujuan pendaftaran ke dalam sistem. Bancian akan dijalankan oleh PPN ke atas KIR MISKIN yang layak sebelum dimasukkan ke dalam Sistem e-Kasih.
Semakan Status Pendaftaran eKasih
Untuk menyemak status pendaftaran eKasih, pemohon perlu melayari pautan https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx serta masukkan nombor kad pengenalan dan kemudian tekan butang Klik Untuk Cari. Bagi yang tidak mendaftar, pernyataan tidak wujud di dalam sistem eKasih akan dipaparkan. Manakala, bagi yang sudah mendaftar, pernyataan telah wujud di dalam Senarai SPB dipaparkan.
Bantuan Kerjaan Melalui eKasih
Bagi yang telah berjaya mendaftar eKasih, anda adalah layak untuk menerima bantuan seperti berikut:
a. Bantuan i-Suri KWSP
i-Suri adalah singkatan kepada Insentif Suri yang mana merupakan caruman sukarela dengan insentif khas kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam e-Kasih. Panduan permohonan boleh didapati di sini.
b. Bantuan Bil Elektrik Percuma
Bantuan bil elektrik percuma ini adalah program rebat bil elektrik RM40.00 untuk membantu keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih. Panduan permohonan boleh didapati di sini.
c. Bantuan Sara Hidup 2020
Bantuan sara hidup (BSH) merupakan bantuan yang disalurkan terus kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Panduan permohonan boleh didapati di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.