Pendaftaran i-Suri KWSP hanya boleh dilakukan di kaunter KWSP di seluruh negara. Untuk makluman anda, i-Suri adalah singkatan kepada Insentif Suri yang mana merupakan caruman sukarela dengan insentif khas kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam e-Kasih. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran i-Suri KWSP bagi rujukan anda.
Syarat Kelayakan
Sebelum membuat pendaftaran, anda dinasihati membaca dan memahami syarat -syarat kelayakan permohonan seperti di bawah. Syarat-syarat kelayakan tersebut adalah:
- Golongan suri rumah yang telah mendaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018 termasuk isteri (Isteri kepada ketua isi rumah-KIR) dan KIR wanita (Balu/Bercerai/Bujang)
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum sekurang-kurangnya rm5 sebulan atau rm60 setahun
Manfaat Pendaftaran i-Suri KWSP
- Sumbangan daripada pihak kerajaan ke dalam akaun KWSP suri rumah sebanyak rm200 setahun bagi tahun 2018 dan rm480 setahun bagi tahun berikutnya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
- Manfaat sebagai ahli KWSP adalah seperti dividen tahunan, bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan, dan pelepasan cukai yang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Panduan Pendaftaran i-Suri KWSP
Berikut dikongsikan panduan pendaftaran i-Suri KWSP bagi rujukan anda.
- Layari pada pautan https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx untuk menyemak status daftar eKasih. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Klik Untuk Cari bagi memulakan pencarian.
- Bagi yang tidak mendaftar, pernyataan tidak wujud di dalam sistem eKasih akan dipaparkan. Manakala, bagi yang sudah mendaftar, pernyataan telah wujud di dalam Senarai SPB dipaparkan.
- Setelah membuat semakan, anda dikehendaki pergi ke mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara dengan membawa kad pengenalan asal masing-masing, Borang i-Suri KWSP 16G (M) dan Borang i-Suri – KWSP 6A (2) yang telah lengkap diisi untuk membuat pendaftaran. Pegawai KWSP yang bertugas akan membantu anda untuk pendaftaran i-Suri.
Caruman Sendiri KWSP
Bagi melayakkan diri anda untuk membuat pendaftaran i-Suri ini, anda perlu membuat caruman keatas akaun KWSP anda sebanyak minimum RM5 sebulan. Caruman bulanan KWSP ini boleh dilakukan melalui kaedah seperti berikut:
- Tunai atau cek di kaunter KWSP
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (Maybank, Public Bank, BSN atau RHB)
- Pindahan wang melalui perbankan Internet oleh bank yang dilantik (Maybank atau Public Bank)
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000, dan untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.