Pendaftaran i-Akaun(Majikan) KWSP

Pendaftaran i-Akaun(Majikan) KWSP. boleh dibuat melalui kiosk/kaunter di mana-mana cawangan KWSP. Majikan dikehendaki membuat pendaftaran sebelum menggunakan kemudahan i-Akaun(Majikan) KWSP. Oleh yang demikian, halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting pendaftaran i-Akaun(Majikan) KWSP bagi rujukan majikan.

Panduan Pendaftaran i-Akaun(Majikan) KWSP

  1. Majikan perlu melengkapkan borang KWSP 1/ KWSP 1(i) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau di halaman. Borang tersebut boleh dimuat turun pada pautan di bawah.
    a. Borang KWSP 1 – untuk majikan baru
    b. Borang KWSP 1(i) – untuk majikan yang telah berdaftar dengan KWSP
  2. Majikan/wakil majikan perlu menyerahkan borang KWSP 1/ KWSP 1(i) yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang diperlukan kepada petugas KWSP untuk pendaftaran.
  3. Petugas KWSP membuat pengesahan dokumen berikut:
    a. Borang KWSP 1/ KWSP 1(i)
    b. Cop Rasmi Syarikat
  4. Petugas KWSP mendaftarkan i-Akaun(Majikan).

Selepas membuat pendaftaran i-Akaun(Majikan) KWSP, majikan akan menerima kod pengaktifan melalui sms untuk mengaktifkan i-Akaun(Majikan) mereka. Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari dari penerimaan sms. Panduan pengaktifan i-Akaun(Majikan) dikongsikan seperti berikut.

  1. Layari pautan https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login.
  2. Pilih Pengaktifan i-Akaun (Login Kali Pertama).Pendaftaran i-Akaun(Majikan) KWSP 3
  3. Tandakan Setuju untuk terma dan syarat pengaktifan i-Akaun dan klik butang Seterusnya.Pendaftaran i-Akaun(Majikan) KWSP
  4. Isi maklumat seperti ID pengguna, kata laluan baru, pengesahan kata laluan baru dan kod pengaktifan pada ruangan yang disediakan. ID pengguna adalah nombor KWSP majikan. Manakala, kata laluan mestilah terdiri daripada 8-20 aksara gabungan huruf dan nombor.
  5. Pilih imej atas talian/online. Kemudian, masukkan Kata Rahsia dan klik Hantar. Majikan dinasihatkan supaya menukar imej semasa pada setiap bulan untuk tujuan keselamatan.Pendaftaran i-Akaun(Majikan) KWSP 2
  6. Pengaktifan akaun yang berjaya akan dipaparkan.

Selepas pengaktifan akaun, majikan boleh terus mengakses sistem i-Akaun(Majikan) melalui pautan https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login.

Muat Turun Aplikasi i-Akaun(Majikan) di Telefon

Untuk makluman majikan, aplikasi i-Akaun(Majikan) kini boleh dimuat turun melalui Play Store untuk pengguna Android dan App Store bagi penguna iPhone. Dengan kehadiran aplikasi ini, majikan dapat mengakses akaun KWSP mereka dengan lebih mudah dan cepat tanpa mengira masa dan tempat di mana majikan berada. Selain daripada itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dalam i-Akaun(Majikan) ini. Kemudahan tersebut adalah:

  • Menggunakan e-Caruman untuk:
    – Penghantaran data Borang A dan bayaran.
    – Penghantaran data Borang A sahaja.
    – Penghantaran bayaran sahaja.
    – Penyelesaian penghantaran CTML (e-CTML).
  • Menyemak nombor KWSP pekerja.
  • Mendaftar ahli baru KWSP.
  • Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan.
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini adakah bertepatan dengan jadual caruman pekerja dan majikan.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun(Majikan)

Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran i-Akaun(Majikan) KWSP adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di pusat pengurusan EPF KWSP melalui talian 03-8922 6000 atau melalui pautan http://www.kwsp.gov.my/en/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.