Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 boleh mula didaftar mulai pada 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020 tertakluk kepada pindaan. Sebelum membuat pendaftaran, pemohon digalakkan untuk membaca dan memahami maklumat penting BSH 2020 bagi memudahkan proses pendafataran kelak. Halaman ini menyediakan maklumat penting permohonan bagi rujukan anda.

Kategori Pemohon Bantuan Sara Hidup 2020

Kategori yang layak bagi permohonan BSH 2020 adalah seperti berikut:

A. Isi Rumah

  1. Berkahwin
  2. Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  3. Bujang (termasuk OKU) Berumur 60 tahun dan ke atas

B. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  2. Had umur: 40 tahun dan ke atas atau 18 tahun dan ke atas bagi kategori OKU

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Syarat kelayakan permohonan BSH 2020 adalah mengikut kategori pemohon.

1. Isi Rumah

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan bagi kategori isi rumah.

Pemohon

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah sebanyak RM4,000.00 dan ke bawah.

Pasangan Pemohon

  1. Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
  2. Pasangan bukan warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).

Anak Pemohon

  1.  Anak kandung (termasuk anak yang tidak sah tarafnya) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja.
  2. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKid / MyKad).
  3. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.
  4. Had umur:
    a) 17 tahun dan ke bawah.
    b) 18 tahun dan ke atas (Masih belajar sepenuh masa di Institusi
    Pengajian Tinggi Awam/Swasta.

2. Bujang

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan bagi kategori bujang.

Pemohon

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  2. Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  3. Lelaki atau wanita yang berumur:
    a) 40 tahun hingga 59 tahun.
    b) OKU yang berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah seperti berikut.

Sumber: RTM

Jadual Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Pembayaran BSH 2020 akan dilakukan secara berperingkat melalui tiga fasa seperti yang dilakukan pada tahun lalu. Berikut dikongsikan tarikh pembayaran BSH 2020 bagi rujukan anda.

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 bermula pada 20 Januari 2020 bagi pembayaran secara pengkreditan terus ke akaun penerima BSH dan bermula pada 1 Februari 2020 bagi pembayaran secara tunai di Kaunter BSN (termasuk Pedalaman Sabah dan Sarawak).

Pembayaran Fasa Kedua BSH 2020

Pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 bermula pada 16 Mac 2020 bagi kedua-dua kaedah bayaran.

Pembayaran Fasa Ketiga BSH 2020

Pembayaran Fasa Ketiga BSH 2020 akan dimaklumkan kelak apabila tarikh rasmi pembayaran BSH bagi fasa ketiga diumukan.

Panduan Pendaftaran BSH 2020

Pendaftaran BSH 2020 boleh dilakukan melalui beberapa kaedah iaitu:

  1. Secara Atas Talian/Online
  2. Secara Manual

Panduan pendaftaran Bantuan Sara Hidup(BSH) 2020 boleh dirujuk di halaman ini.

Bantuan Sara Hidup(BSH) 2019

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda disarankan membuat pertanyaan atau aduan melalui portal rasmi BSH LHDNM atau menggunakan aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.