Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya

Semakan daftar pemilih pilihanraya adalah bertujuan untuk menyemak status perdaftaran pemilih bagi memastikan pemilih adalah layak atau tidak layak untuk menyertai proses memilih wakil bagi menyuarakan pendapat mereka sama ada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting semakan daftar pemilih pilihanraya bagi rujukan pemilih.

Panduan Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya

Untuk makluman pemilih, hanya pemilih yang telah berdaftar sahaja boleh menyemak status daftar pemilih ini. Bagi yang belum membuat pendaftaran, pemilih boleh merujuk panduan pendaftaran pada halaman Pendaftaran Pemilih Pilihanraya. Semakan daftar pemilih boleh dilakukan secara atas talian/online, melalui khidmat pesanan ringkas, menerusi aplikasi mySPR Semak atau dengan menghubungi terus ke Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM).

a. Secara Atas Talian/Online

Berikut disedikan panduan semakan daftar pemilih secara atas talian/online untuk rujukan pemilih.

  1. Layari pada pautan https://pengundi.spr.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pemilih mengikut ciri-ciri yang dinyatakan. Kemudian masukkan aksara captcha yang dipaparkan dan tekan butang SEMAK.
    Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2
  3. Maklumat daftar pemilih dipaparkan sekiranya pemilih berjaya didaftarkan.
    Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 3

b. Melalui Khidmat Pesanan Ringkas

Semakan daftar pemilih boleh juga dilakukan dengan menggunakan penghantaran mesej mengikut format berikut:

  1. Taip SPR SEMAK<Nombor Kad Pengenalan>
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: SPR SEMAK 920000000000 dan hantar sms ke 15888

atau

  1. Taip SPR < Nombor Kad Pengenalan >
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: SPR 920000000000 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

c. Menerusi Aplikasi mySPR Semak

Pemilih juga boleh menggunakan aplikasi mySPR Semak untuk menyemak daftar pemilih yang mana boleh dimuat turun melalui Play Store untuk pengguna Android dan App Store bagi pengguna iPhone. Dengan kemudahan aplikasi ini, pemilih boleh mengakses status daftar pemilih dengan lebih mudah dan cepat tanpa mengira masa dan tempat mereka berada.

d. Melalui Panggilan Telefon

Pemilih juga boleh menyemak daftar pemilih melalui panggilan telefon ke  Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) ditalian 03-8892 7000.

Sebarang maklumat penting tentang Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) ditalian 03-8892 7018.