Dulu hanya digunakan pelombong emas, kini hampir semua menggunakannya

Pernahkah anda terfikir, pakaian harian atau fesyen terkini yang selalu diguna pakai adalah sebenarnya dicipta untuk mereka yang melakukan kerja kasar. Pasti anda tertanya-tanya apakah ianya. Ia adalah seluar Jeans.

Seluar Jeans pada asalnya digunakan oleh pelombong emas kerana seluar jenis ini amat tahan lasak. Kemudian digunakan oleh para peladang. Dan kini, ramai menggunakan sebagai pakaian harian dan juga fesyen.

Liveabout

Sejarah Penciptaan Seluar Jeans

Pada tahun 1851, Levi Strauss telah datang dari Jerman ke New York untuk bekerja dengan abangnya. Pada tahun 1853, perlombongan emas sangat rancak dijalankan di San Francisco menyebabkan beliau membuat keputusan untuk berpindah ke sana dan membuka perniagaan keluarga. Antara barangan perniagaan yang dijual adalah kain.

Salah satu pelanggan tetap beliau adalah Jacob Davis, pembuat pakaian dari Reno, membeli kain dari Levi untuk perniagaan pembuatan pakaiannya. Jacob banyak membuat dan menjual barang-barang kasar seperti kemah, selimut kuda dan penutup kereta kuda.

Levi Strauss(kiri) dan Jacob Davis(kanan)

Pada suatu hari, seorang pelanggan Jacob menempah sepasang seluar yang tahan lasak dan tidak mudah koyak untuk suaminya. Jacob kemudian menggunakan kepakarannya untuk mereka seluar seperti yang diminta pelanggannya. Di sini di mana seluar “Jeans” tercipta. Beliau menggunakan kain jenis Denim yang dibeli dari Levi dan menggunakan paku sumbat atau “rivet” di tempat mudah koyak; bahagian zip dan poket.

Tempahan ini tidak hanya terhenti setakat itu sahaja. Permintaan seluar Jeans ini semakin tinggi  permintaannya. Disebabkan permintaan seluar Jeans pada masa itu, Jacob Davis dengan pantas membuat keputusan untuk mempatenkan ciptaan ini. Tetapi untuk meneruskan hasrat beliau mempatenkan seluar Jeans, beliau memerlukan rakan kongsi perniagaan. Beliau mengusulkan hasrat beliau ke Levi Strauss dan mahu mereka menjadi rakan perniagaan. Lebih-lebih lagi, kain jenis Denim itu diperolehi dari Levi.

Maka pada 20 Mei 1873, mereka berjaya mempatenkan seluar Jeans daripada U.S. Patent and Trademark Office.

Levi Strauss & Co

Seluar Jeans Sebagai Fesyen

Mens Fashion Magazine

Hari ini, kita boleh melihat pelbagai gaya yang boleh dikenakan dengan memakai seluar Jeans.

Jenama Levi’s menjadi antara jenama pakaian jenis Jeans yang sangat popular. Sebut sahaja jenama Levi’s pasti kita akan terfikir akan seluar Jeans.

SAPS Ibubapa: Panduan Semak Keputusan Peperiksaan Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sistem Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi memudahkan proses pengumpulan, penyimpanan dan analisis maklumat peperiksaan dalam setiap sekolah di seluruh negara. Ibu bapa boleh menggunakan SAPS Ibu Bapa bagi menyemak keputusan peperiksaan anak mereka.

Untuk makluman, sistem SAPS tidak merangkumi peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM. Ia juga tidak merangkumi semakan markah kokurikulum pelajar.

Kelebihan SAPS

Sistem SAPS ini memberi banyak faedah kepada ibu bapa dan guru. Antaranya ialah:

  1. Memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak mereka
  2. Prestasi pelajar dapat diikuti tidak mengira kawasan sekolah
  3. Data senang diperolehi kerana guru mata pelajaran akan memasukkan markah ke dalam sistem. Guru kelas tidak perlu meminta markah dari guru mata pelajaran.

SAPS Ibu Bapa

  1. Layari laman web SAPS Ibu Bapa di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/.
  2. Masukkan No Kad Pengenalan pelajar dan tekan “Cari”.
  3. Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk nama negeri dan sekolah.
  4. Tekan “Semak”.
  5. Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM.

Gred Permakahan Peperiksaan Terkini

  1. Sekolah Rendah
    • A : 80 – 100 :  Cemerlang
    • B : 65 – 79 : Baik
    • C : 50 – 64 : Memuaskan
    • D : 40 – 49: Mencapai Tahap Minimum
    • E : 0 – 39 : Belum Mencapai Tahap minimum
    • TH : Tidak Hadir
  2. Menengah Rendah
    • A : 85 – 100 : Cemerlang
    • B : 70 – 84 : Kepujian
    • C : 60 – 69 : Baik
    • D : 50 – 59 : Memuaskan
    • E : 40 – 49 : Mencapai Tahap Minimum
    • F : 0 – 39 : Belum Mencapai Tahap Minimum
    • TH : Tidak Hadir
  3. Menengah Atas
    • A+ : 90 – 100 : Cemerlang Tertinggi
    • A : 80 – 89 : Cemerlang Tinggi
    • A- : 70 79 : Cemerlang
    • B+ : 65 – 69 : Kepujian Tertinggi
    • B : 60 – 64 : Kepujuan Tinggi
    • C+ : 55 – 59 : Kepujian Atas
    • C : 50 – 54 : Kepujian
    • D : 45 – 49 : Lulus Atas
    • E : 40 – 44 : Lulus
    • G : 0 – 39 : Gagal
    • TH : Tidak Hadir

Masalah Ibu Bapa Tidak Boleh Login SAPS Ibu Bapa

Soalan Lazim SAPS Ibu Bapa

Ibu bapa tidak boleh log masuk

Terdapat banyak aduan yang dibuat berkaitan ibu bapa tidak boleh login di SAPS Ibu Bapa. Hal ini mungkin terjadi disebabkan mereka terlupa ID pengguna atau kata laluan. Kesilapan memasukkan kata laluan seperti huruf besar dan kecil menjadi faktor ibu bapa tidak boleh login sistem SAPS.

Cara terpantas untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menghubungi Guru Kelas (GK) pelajar.

Seterusnya , GK perlulah menyemak No KP dan dokumen sokongan pelajar. Jika disahkan maklumat No KP salah, GK perlu mengemaskini maklumat pelajar di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan hal tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP).

SUP akan mengemaskini No KP pelajar dengan membuat langkah-langkah seperti di bawah:

saps ibu bapa

Guru kelas/mata pelajaran tidak boleh log masuk

Bagi kata laluan yang terlupa, mohon pada Setiausaha Peperiksaan untuk reset. Kemudian login kembali dengan kata laluan sementara iaitu, 12345678. Selepas berjaya login, terus tukar kepada kata laluan yang baru.

Terdapat nama yang berulang dalam SAPS

Anda perlu padam nama yang berulang tersebut dari sistem SAPS.

Saya mendapat notis “Kod akses atau kata laluan salah“

Pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Huruf kecil dan besar haruslah sama dengan kata laluan yang anda masukkan.

Jika perkara ini berterusan, hubungi meja SAPS Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Saya terlupa kata laluan, dan saya merupakan seorang Setiausaha Peperiksaan

Sila dapatkan kembali maklumat login anda dengan kunjungi meja SAPS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Saya adalah SUP Tetapi tidak dapat mendaftarkan nama guru yang baru pindah

Kemungkinan juga guru berkenaan telahpun dipindahkan maklumatnya oleh Setiausaha Peperiksaan di sekolah lama. Disebabkan itu anda tidak dapat mendaftarkan maklumat yang telah wujud. Sila buat carian pengguna.

Soalan: Terdapat murid antarabangsa yang tidak dapat diimpot maklumatnya daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Jika hal ini terjadi, sila berjumpa Pegawai Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk membuat penyelarasan mengenai maklumat murid berkenaan.

saps ibu bapa

Jika setelah semakan dibuat dan maklumat pengguna disahkan betul, pengguna boleh ibu bapa boleh menghubungi GK atau Guru Matapelajaran (GMP) untuk menukar kata laluan.

GP atau GMP akan mengubah kata laluan pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:

saps ibu bapa

Semoga dengan adanya sistem SAPS ini, dapat memudahkan ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak mereka dan juga dapat mengikuti perkembangan akademik anak mereka.

NordVPN: Lindungi privasi anda ketika melayari internet

Di dalam era digital ini, memang diakui, internet menjadi satu keperluan bagi setiap individu di dunia ini. Dengan internet, akses untuk mendapatkan sesuatu maklumat adalah sangat mudah dan cepat. Disebabkan itu, ini memberi ruang untuk penggodam mencuri data anda demi kepentingan mereka. Untuk menangani risiko ini, anda boleh menggunakan Virtual Private Network (VPN) untuk melindungi data dan identiti anda ketika melayari internet. Anda boleh menggunakan NordVPN bagi perlindungan privasi dan identiti anda di internet. NordVPN merupakan pembekal servis VPN yang popular dan menjadi pilihan ramai pengguna VPN.

NordVPN memberi perlindungan privasi dan identiti

nordvpn

Dengan NordVPN, anda dapat melindungi maklumat laman web yang anda layari dari penggodam. Ini kerana capaian anda ke internet dilindungi dengan VPN. Tanpa VPN, penggodam boleh melihat dan mencuri data transaksi anda ke internet lebih-lebih lagi jika anda menggunakan wifi umum percuma.

nordvpn

Lokasi anda juga akan dilindungi. Jika anda merujuk maklumat anda di atas laman web ini, akan dapati maklumat anda boleh dijejaki termasuk, lokasi, IP dan rangkaian internet yang anda gunakan. Dengan NordVPN, maklumat ini akan dilindungi. Jika ada orang yang ingin menjejaki anda berdasarkan IP anda, mereka hanya akan memperoleh maklumat berkenaan pelayan VPN yang anda sambungkan. Contohnya, jika anda membuat sambungan atau connection ke pelayan VPN di Amerika, mereka hanya akan mendapat maklumat pelayan di Amerika.

Gambar di bawah adalah antara “testing” di mana NordVPN dapat melindungi identiti anda ketika melayari internet.

Tanpa VPN

Dengan VPN

Selain itu juga, anda dapat melayari laman web yang telah disekat akses dari Malaysia seperti  beberapa video di Youtube yang hanya membenarkan beberapa negara sahaja untuk mengakses. Laman web ini akan menyekat akses berdasarkan sumber IP atau sekatan dilakukan dari negara tempatan itu sendiri. Jika anda membuat sambungan ke pelayan NordVPN di Amerika, laman web akan melihat anda sebagai pengguna dari Amerika.

Ciri-ciri dan kelebihan NordVPN

Antara kelebihan menggunakan NordVPN:

  • Lokasi: Panama, di mana tiada undang-undang mewajibkan penyimpanan rekod dan data sejarah laman web yang dilayari.
  • Tiada simpanan log. Anda tidak perlu risau, segala maklumat dan sejarah tentang laman web yang anda layari, tidak akan direkod dalam server. NordVPN sangat mementingkan keselamatan dan privasi pengguna.
  • Pulangan wang balik dalam masa 30 hari jika anda tidak berpuas hati dengan servis mereka.
  • Keselamatan perlindungan data menggunakan Military-grade AES-256-CBC “encryption” dan pelbagai protokol untuk dipilih dari: OpenVPN (UDP and TCP), PPTP, L2TP/IPSec, IKEv2/IPSe.
  • Bandwidth dan data tanpa had. Anda tidak perlu risau tentang berapa banyak bandwidth yang telah anda gunakan.
  • Jumlah pelayan (server) yang sangat banyak. 5000 pelayan terletak di 62 negara.
  • 24/7 khidmat pelanggan (chat, email, system ticket)
  • Cybersec membantu anda untuk menyekat laman web yang merbahaya dan mengelakkan anda dari iklan-iklan yang menganggu.
  • 6 Sambungan serentak. Anda boleh menggunakan NordVPN sebanyak 6 peranti dalam satu masa. Anda juga boleh menggunakannya di router wifi di rumah anda. Contohnya, jika anda menggunakan VPN di router, setiap sambungan internet melalui router wifi anda, akan menggunakan perlindungan VPN. Dengan ini, anda masih mempunya 5 lagi sambungan yang belum digunakan.
  • Serasi dengan pelbagai peranti dan komputer seperti Windows, Android, MacOS, iOS, Linux, Blackberry, Windows Phone.

Antaramuka (Interface) aplikasi

Android

iOS

Windows

Plan NordVPN

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan NordVPN dengan empat plan sedia ada, 1 bulan, 6 bulan, setahun atau 2 tahun.

 

Anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan VPN bagi melindungi privasi dan indentiti anda. Layari maklumat lanjut atau dapatkan perlindungan privasi dan identiti di sini.

eCommerce: Perniagaan secara online lebih mudah dan selamat

Boleh dikatakan setiap dua atau tiga kali kita scroll di Facebook, kita akan dapat melihat sekurang-kurangnya akan satu iklan menjual produk. Di Malaysia sahaja, terdapat ramai orang menggunakan Facebook sebagai platform jual beli. Kebanyakan mereka, menggunakan Facebook semata-mata untuk tujuan pengiklanan produk. Untuk membeli barangan dari mereka, pembeli perlu Personal Message penjual untuk mendapatkan maklumat tentang produk dan untuk urusan jual beli. Jika pembeli bersetuju untuk membeli, mereka perlu “bank in” duit kepada penjual dan memberi “screenshot” resit sebagai bukti pembelian. Cara ini amat tidak efisyen kerana berisiko ditipu oleh pembeli. Bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan, penjual seharusnya menggunakan sistem eCommerce yang terbukti lebih efisyen dan selamat.

Apa itu eCommerce

eCommerce

eCommerce atau nama penuhnya Electronic Commerce ialah jual beli yang dilakukan dalam talian atau secara online melalui internet. Proses pemilihan produk dan pembayaran dilakukan menggunakan sistem yang sama. Terdapat banya syarikat-syarikat gergasi yang menggunak eCommerce seperti Amazon dan eBay.

Kelebihan eCommerce

1.Memudahkan urusan perniagaan
Urusan perniagaan secara dalam talian adalah lebih mudah dengan eCommerce. Dari segi carian produk, maklumat produk, jual beli produk dan juga pengurusan produk adalah lebih efisien berbanding tanpa penggunaan eCommerce.

Seperti yang kita tahu, ramai penjual terutama di Facebook menggunakan teknik “PM” atau “Bank in duit” untuk urusan jual beli mereka. Cara penjualan seperti ini adalah tidak efisyen kerana berisiko dengan teknik penipuan permbayaran oleh pembeli.

Dengan eCommerce, pembayaran adalah lebih selamat dan efisyen kerana tanpa pembayaran yang sah, sistem tidak akan memproses permintaan membeli produk. Dengan ini juga, pembeli tidak perlu memberi “screenshot” resit sebagai bukti pembayaran.

Selain itu , segala urusan jual beli lebih mudah kerana anda tidak perlu berbalas mesej untuk menguruskan jual beli. Pelanggan hanya perlu memilih dan membaca maklumat produk di dalam katalog yang dipaparkan di laman web dan setelah selesai memilih, mereka terus boleh membeli produk tersebut.

Sistem eCommerce lengkap dengan inventori produk. Contohnya, anda tidak perlu membuat pengiraan stok barangan secara manual kerana sistem ini akan membuat pengiraan automatik dengan cara menolak jumlah stok sedia ada dan kuantiti jualan.

2.Menjimatkan kos

eCommerce dapat menjimatkan kos untuk pembeli dan penjual. Dari aspek pembeli, mereka tidak perlu mengeluarkan kos seperti duit minyak, untuk membeli barang di kedai. Dengan hanya beberapa klik, pembeli dapat membeli barang yang mereka mahu.

Dari aspek penjual, anda tidak perlu mempunyai kedai, tidak perlu membayar insurans kedai dan pengurusan bangunan. Anda hanya perlu melaburkan sedikat wang sahaja untuk membina laman web jenis perniagaan setahun sekali atau bergantung kepada jenis langganan web. Walaupun anda perlu mengeluarkan duit untuk membina laman web, tetapi ianya jauh lebih murah berbanding mempunyai kedai sendiri.

3.Waktu perniagaan 24/7, 365 hari setahun

Berbanding dengan kedai, di mana waktu perniagaan yang hanya rata-rata 12jam sehari, eCommerce membolehkan anda membuka perniagaan anda 24jam sehari, seminggu, 365 hari setahun. Walaupun anda sedang tidur pada waktu malam, perniagaan anda masih dijalankan.

Ini juga memudahkan para pembeli kerana mereka boleh membeli pada bila-bila masa yang mereka mahu.

Bagi anda yang melakukan perniagaan dalam talian, bolehlah anda mencuba eCommerce sebagai platform perniagaan anda untuk memudahkan pengurusan dan jual beli.

 

Penipuan pembayaran cara bank in: Tips elak menjadi mangsa penipuan

Zaman sekarang, ramai orang melakukan perniagan secara dalam talian seperti di Facebook. Jika kita amati, cara pembelian yang paling popular dikalangan penjual di Facebook ialah dengan cara “bank in”. Cara pembayaran ini tidak begitu efisyen kerana terdapat teknik penipuan pembayaran cara bank in yang boleh dilakukan pembeli.

Baru-baru ini, seorang pengguna di Facebook bernama Hafifi Hafidz berkongsi tentang penipuan pembayaran cara bank in oleh pembeli.

Di dalam postnya, teknik yang digunakan pembeli(suspek) ialah dengan pembayaran menggunakan “Scheduled Payment”. Jika anda sebagai penjual tidak berhati-hati, anda berisiko menjadi mangsa penipuan seperti ini.

Teknik Penipuan Pembayaran Cara Bank In

Apabila menggunakan Scheduled Payment, pihak bank akan mengeluarkan resit transaksi yang tertulis ” Successful”, walaupun duit hanya akan dipindahkan pada tarikh yang telah ditetapkan dikemudian hari. Resit ini jika dilihat amat sama dengan normal payment.

Penipuan Pembayaran Cara Bank In
Hafifi Hafidz (Facebook)

Suspek akan screenshot resit sebagai bukti pembayaran. Di sini adalah di mana anda melakukan kesilapan sebagai penjual. Tanpa perlu menyemak baki akaun, anda terus melakukan pengeposan barang dan berkongsi “tracking no.” kepada suspek. Suspek kemudian akan membatalkan Scheduled Payment tersebut selagi belum tiba tarikh pembayaran yang telah dijadualkan.

Lebih kurang menyenangkan, tanpa perlu membatalkan Scheduled Payment, apabila tiba hari pembayaran, dan sistem dapati baki akaun suspek tidak mencukupi, transaksi akan terBATAL secara automatik.

Bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa, anda boleh ikuti tips di bawah.

Cara mengelakkan dari menjadi mangsa

Bagi mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa penipuan pembayaran cara bank in, anda boleh mengikuti tips di bawah.

1. Duit masuk baru pos barang

Penipuan Pembayaran Cara Bank In

Setelah mendapat resit pembayaran, anda perlulah menyemak baki dan transaksi di akaun untuk pengesahan pembayaran telah dilakukan.

Setelah semakan dibuat dan anda dapati pembayaran telah dibuat pembeli, barulah anda pos barang kepada pengguna.

Jika anda dapati tiada pembayaran dibuat kepada anda dan pembeli mengatakan pembayaran telah dibuat, anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank untuk membuat semakan.

2. Buka pelbagai akaun bank

Penipuan Pembayaran Cara Bank In

Dengan membuka pelbagai akaun bank seperti membuka akaun di Bank A dan B, anda tidak perlu menggunakan Interbank Giro(IBG) jika pembeli dan penjual menggunakan bank yang berbeza. Ini membolehkan duit di hantar terus ke akaun bank penjual tersebut dan penjual boleh menyemak baki dan transaksi pada masa itu juga.

Ini kerana pengguna transaksi jenis IBG akan mengambil masa untu pembayaran dibuat ke akaun anda. Dan akan mungkin berisiko ditipu jika suspek mengatakan menggunakan IBG.

3. Menggunakan sistem e-Commerce

Penipuan Pembayaran Cara Bank In

Sistem e-Commerce dapat membantu anda menguruskan penjualan dan bayaran. Dengan e-Commerce, tiada pembelian palsu dapat dilakukan. Jika amaun bank pembeli tidak mencukupi, transaksi tidak dapat dijalankan.

Penjual juga tidak perlu meminta screenshot resit sebagai bukti pembelian dan menyemak akaun bank dari masa ke semasa. Penjual hanya perlu menyemak di sistem untuk pembelian yang telah dilakukan.

Apa yang menarik, dengan sistem e-Commerce anda tidak perlu berinteraksi dengan pembeli seperti komunikasi melalui “personal message”.

Anda boleh mencipta e-Commerce dengan pelbagai cara dan salah satunya adalag menggunakan Facebook.

Semoga kandungan ini dapat dimanfaatkan oleh para penjual dalam talian.

Amaran: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas salah guna yang dilalukan oleh pembaca berkaitan kandungan di KelajuanCahaya.com.

Khabib Nurmagomedov: Bakal berdepan tindakan

Nama Khabib Nurmagomedov mula berlegar-legar di laman web mahupun di media sosial gara-gara tindakannya memukul ahli kumpulan McGregor sejurus selepas perlawanan kejuaraan UFC pada minggu lepas.

Aksi panas ditunjukkan beliau sejurus selepas perlawanan antara beliau dan McGregor di UFC 229 membuat Dana White, presidennya berang.

khabib

Tindakan beliau melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke kem McGregor selepas memenangi pertarungan Lightweight di Las Vegas, menimbulkan rasa kesal dalam diri White.

Khabib mungkin dilucutkan gelaran Lightweight

Akibat insiden itu, Khabib dan kemnya berkemungkinan bakal berdepan dengan tindakan denda atau dilucutkan gelaran Lightweight yang dimenanginya. Buat masa sekarang, wang berjumlah $2 juta yang sepatutnya dimenangi Khabib dibekukan.

Di media sosial pula, ramai netizen menggelar McGregor sebagai anak emas White gara-gara tiada tindakan dikenakan terhadap McGregor kerana telah memulakan provokasi sebelum perlawanan. Malahan, White turut memuji anak emasnya itu kerana enggan membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut.

khabibSumber: independent.co.uk

Beliau dalam satu video, meluahkan rasa bersalah dan meminta maaf. Di dalam video itu beliau menceritakan kenapa beliau bertindak sedemikian. “Dia (McGregor) berkata berkenaan negara saya, agama saya, ayah saya. Dia telah datang ke Brooklyn dan menyerang bas. Dia hampir menyebabkan orang terbunuh akibat tindakannya itu. Kita patut risau dengan tindakan dia ini. Kenapa ramai orang mempersoalkan kenapa saya melompat keluar dari gelanggang”.

Apapun terjadi, semoga kes ini diadili dengan amanah dan telus. Tahniah diucapkan kepada Khabib kerana telah memenangi perlawanan antara beliau dan McGregor.

Wifi Percuma: Awas,data anda mungkin sedang dicuri!

wifi percuma

Di zaman digital ini, internet merupakan satu keperluan tidak kira golongan tua atau muda. Sehubungan itu, terdapat banyak restoran dan kafe menawarkan khidmat wifi percuma kepada pelanggan mereka. Tidak lepas juga di tempat awam seperti ruangan menunggu penumpang di lapangan terbang. Tetapi, tahukah anda, bahawa “public wifi” atau “wifi percuma” yang disediakan adalah tidak selamat?

Risiko Wifi Percuma

Boleh dikatakan hampir semua premis makanan atau restoran dilengkapi dengan kemudahan wifi kepada para pelanggan mereka. Mereka menggunakan cara ini untuk menarik pelanggan datang ke kedai mereka.

Pelanggan juga pastinya akan memintak kata laluan wifi dan akan menyah-aktifkan data internet telefon pintar mereka.

Ini juga memberi peluang kepada para penggodam untuk menjadikan para pengguna wifi percuma di premis makanan sebagai sasaran mereka.

Anda mungkin tidak sedar diri anda menjadi sasaran penggodam kerana anda dapat melakukan aktiviti “internet” anda tanpa ada sebarang gangguan.

1. Kecurian Maklumat

Maklumat penting anda boleh terdedah dengan pelbagai cara. Salah satu antaranya ialah penggodam menggunakan teknik sniffing untuk melihat segala maklumat yang dihantar oleh anda ke internet seperti maklumat peribadi, emel, bank dan juga kata laluan.

Mereka boleh melihat trafik anda ke internet lebih-lebih lagi jika sambungan anda ke laman web itu tidak dilindungi dengan perlindungan SSL.

Kecurian maklumat juga boleh dilakukan oleh tuan kedai sendiri. Yakinkah anda bahawa pemilik kedai itu sekadar menyediakan perkhidmatan wifi kepada pelanggan tanpa anda sebarang niat jahat? Untuk makluman, jika pemilik mempunyai kelengkapan alat untuk melihat trafik pengguna, mereka boleh melihat secara terperinci maklumat anda ke internet termasuk kata laluan.

2. Jangkitan Virus

Penggodam boleh menghantar virus terus ke peranti kerana sambungan anda ke internet telah digodam. Ini mengakibatkan peranti anda akan dijangkiti virus seperti ransomware. Virus ransomware amat popular dan bahaya kerana virus ini akan mengunci segala data anda di dalam peranti anda. Untuk membuka data-data anda, ianya memerlukan kata laluan dan hanya penggodam sahaja yang mempunyai kata laluan tersebut. Anda perlu membayar sejumlah wang “tebusan” kepada mereka untuk mendapatkan kata laluan untuk mendapatkan data-data anda semula.

Cara Mengatasi Risiko Menggunakan Wifi Percuma

1. Menggunakan “VPN”

wifi percuma

Penggunaan Virtual Private Network (VPN) seperti NordVPN dapat meningkatkan keselamatan data anda dari dicuri. VPN berfungsi dengan cara mencipta laluan khas yang selamat atau dipanggil “tunneling” dari peranti anda ke pelayan VPN. Dengan ini, sambungan ke internet adalah selamat dan hacker tidak dapat melihat apa maklumat yang anda hantar ke internet.

2. Antivirus

Pastikan peranti anda dilengkapi dengan antivirus yang berfungsi dengan baik. Antivirus dapat melindungi peranti anda dari dijangkiti virus. Elakkan mengguna antivirus percuma kerana ianya dikhuatiri hanya mempunyai perlindungan asas sahaja.

Semoga maklumat yang disampaikan dapat dimanfaatkan dengan baik dan memberi kesedaran kepada pembaca mengenai pentingnya keselamatan dalam talian juga.

Senarai Lokasi AKPK: Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit

Berikut adalah senarai lokasi AKPK bagi tujuan kaunseling, pengurusan kredit dan juga untuk menyemak laporan CCRIS.

Alor SetarNo 11, Ground Floor,
Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid,
Kompleks Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel: 604 771 5773
Kota BharuPT5, Ground Floor
Kota Indah,
Jln Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu
Tel: 609 747 6968
Fax: 609 746 1085
Pulau PinangBangunan Bank Negara Malaysia
No.27 Lebuh Light
10200 Penang
Tel : 604 261 2246
Fax : 604 261 2243
IpohUnit B-2-1 Greentown Square
Jalan Dato' Seri Ahmad Said
30450 Ipoh
Perak
Tel: 605 242 8319
Fax: 605 242 8452
Kuala LumpurLevel 8, Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel: 603 2616 7766
Fax: 603 2616 7601
MelakaGround & Mezzanine Floor, No 179,
Bangunan Munshi Abdullah
Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka
Tel: 606 292 1238
Fax: 606 292 1251
Johor BahruBangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Bukit Timbalan
80720 Johor Bahru
Tel: 607 221 0533
Fax: 607 221 0535
KuantanG-02 Mahkota Square
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Tel: 609 513 3190
Fax : 609 513 3255
KuchingBangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Satok
93720 Kuching
Tel: 6082 414 910
Fax: 6082 414 960
Kota KinabaluBangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Tel: 6088 538 355
Fax: 6088 538 377
Kuala TerengganuBangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Tel: 609 631 2797
Fax : 609 631 2801

eCCRIS: Cara Semak CCRIS Secara Online

Cara Semak CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS. CCRIS atau Central Credit Reference Information System ialah rekod/laporan pinjaman wang yang diselia Bank Negara Malaysia. Laporan CCRIS merupakan rekod bayaran pinjaman secara bulanan untuk tempoh 12 bulan terkini kepada Insititut Kewangan. BNM dengan inisiatifnya, eCCRIS memudahkan para peminjam untuk menyemak laporan CCRIS peminjam secara online.

Pinjaman Yang Tersenarai dalam CCRIS

  • Pinjaman peribadi bank
  • Pinjaman Rumah/Kedai dan sebagainya
  • Pinjaman PTPTN
  • Kad Kredit
  • Pembiayaan untuk pembelian kenderaan
  • Pembiayaan perniagaan daripada bank

Salah faham CCRIS

CCRIS ialah laporan pinjaman wang yang diselia Bank Negara Malaysia. Di dalam rekod ini, terdapat senarai pinjaman dari institut kewangan seperti bank dan PTPTN. Rekod ini menunjukkan laporan bayaran oleh peminjam kepada institut kewangan. Contohnya, jika ada pinjaman yang tertangguh bayaran oleh peminjam kepada institut kewangan dalam masa 12 bulan.

Cara Semak eCCRIS

Sebelum anda dapat membuat semakan eCCRIS, anda perlu berdaftar di Kiosk BNM/Pejabat BNM/APKP. Anda boleh rujuk sini untuk lokasi APKP. Alamat bank negara adalah seperti di bawah:

BNMLINK
Jabatan Link & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

  1. Pilih Bahasaeccris
  2. Tekan “eCCRIS”eccris
  3. Tekan “Daftar Pengguna”eccris
  4. Kemudian masukkan kad pengenalan dan buat pengesahan biometrik cap jarieccris
  5. Masukkan No. Telefoneccris
  6. Pastikan maklumat adalah betul. Kemudian tekan “Sahkan”eccris
  7. Anda akan menerima SMS melalui telefon anda di mana ianya mengandugin No. PIN untuk tujuan pendaftaran di laman web.eccris
  8. Layari laman web https://eccris.bnm.gov.my/
    eccris
  9. Masukkan maklumat seperti yang diminta. Anda perlu menggunakan No. PIN yang telah dihantar kepada anda melalui SMS sebentar tadi
  10. Masukkan User ID, email dan password untuk tujuan log masuk. Anda dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan yang selamat dan elakkan kata laluan yang mudah untuk diteka seperti “IniPassword”eccris
  11. Setelah selesai, layari semula https://eccris.bnm.gov.my/. Kemudian log masuk menggunakan akaun yang telah anda daftar tadi.
  12. Pilih “Enquiry” dan pilih “Self Enquiry”
  13. Baca “Disclaimer” dan klik “I Agree”. Kemudian tekan “Report Enquiry”
    Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 1300-88-5465, atau email kepada bnmtelelink@bnm.gov.my.

 

Cara Memohon Dan Contoh Surat Permohonan Permit Mendaki Gunung

Perkara Wajib Sebelum Memulakan Hiking

Cara Memohon Permit Mendaki. Aktiviti mendaki atau hiking merupakan salah satu aktiviti luar yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan juga negara luar. Bagi penggemar aktiviti luar, aktiviti hiking merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana ianya dapat menyihatkan badan mereka selain dapat menikmati keindahan hutan. Akitivit hiking bukanlah aktiviti yang mudah dilakukan kerana ianya memerlukan persediaan yang rapi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, anda perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Anda perlu mempunyai stamina yang tinggi untuk mendaki. Tahukah anda, selain dari persediaan seperti peralatan dan diri, terdapat satu lagi persediaan yang wajib anda buat, tetapi yang ramai tidak tahu. Ia adalah memohon permit mendaki. Ini adalah penting demi tujuan keselamatan anda.

Cara Memohon Permit Mendaki

Setiap negeri mempunyai proses memohon permit mendaki yang berbeza. Sebagai contoh, untuk memohon permit mendaki di Negeri Pahang.

  1. Layari laman web http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php.
  2. Laman utama akan dipaparkan seperti di bawah. Pilih “Permohonan”.Cara Memohon Permit Mendaki
  3. Masukkan No K/P PemohonCara Memohon Permit Mendaki
  4. Jika ianya permohonan kali pertama, anda akan melihat seperti di bawahCara Memohon Permit Mendaki
    Jika pemohon telah berdaftar sebelum ini, skrin di bawah akan dipaparkanCara Memohon Permit Mendaki
    Isi maklumat dengan lengkap diikuti dengan memasukkan kod captcha. Setelah selesai, tekan butang “Simpan”
  5. Selesai sahaja mengisi maklumat pemohon, skrin di bawah akan terpapar. Pilih Jenis Permohonan “Mendaki Gunung”.Cara Memohon Permit Mendaki
  6. Skrin di bawah akan terpapar setelah memilih jenis permohonan “Mendaki Gunung”. Isi maklumat dengan lengkap. Kemudian tekan butang simpan.Cara Memohon Permit Mendaki
  7. Sistem akan memaparkan Ringkasan Maklumat Permohonan seperti di bawah. Klik butang cetak untuk mencetak maklumat permohonan.

Setelah selesai membuat permohonan, anda boleh menyemak permohonan anda dilaman web yang sama. Biasanya ia akan ambil masa untuk mendapat kelulusan mendaki.

Cara Semak Permohonan Permit Mendaki

  1. Layari http://forestry.pahang.gov.my/.
  2. Pilih “Semakan”
  3. Masukkan NO. K/P
  4. Senarai permohonan berserta maklumat lain akan dipaparkan.

 

Contoh Surat Permohonan Permit Mendaki

Berikut ialah senarai Jabatan Perhutanan berserta laman web untuk maklumat lanjut dan permohonan mendaki.