Wifi Percuma: Awas,data anda mungkin sedang dicuri!

wifi percuma

Di zaman digital ini, internet merupakan satu keperluan tidak kira golongan tua atau muda. Sehubungan itu, terdapat banyak restoran dan kafe menawarkan khidmat wifi percuma kepada pelanggan mereka. Tidak lepas juga di tempat awam seperti ruangan menunggu penumpang di lapangan terbang. Tetapi, tahukah anda, bahawa “public wifi” atau “wifi percuma” yang disediakan adalah tidak selamat?

Risiko Wifi Percuma

Boleh dikatakan hampir semua premis makanan atau restoran dilengkapi dengan kemudahan wifi kepada para pelanggan mereka. Mereka menggunakan cara ini untuk menarik pelanggan datang ke kedai mereka.

Pelanggan juga pastinya akan memintak kata laluan wifi dan akan menyah-aktifkan data internet telefon pintar mereka.

Ini juga memberi peluang kepada para penggodam untuk menjadikan para pengguna wifi percuma di premis makanan sebagai sasaran mereka.

Anda mungkin tidak sedar diri anda menjadi sasaran penggodam kerana anda dapat melakukan aktiviti “internet” anda tanpa ada sebarang gangguan.

1. Kecurian Maklumat

Maklumat penting anda boleh terdedah dengan pelbagai cara. Salah satu antaranya ialah penggodam menggunakan teknik sniffing untuk melihat segala maklumat yang dihantar oleh anda ke internet seperti maklumat peribadi, emel, bank dan juga kata laluan.

Mereka boleh melihat trafik anda ke internet lebih-lebih lagi jika sambungan anda ke laman web itu tidak dilindungi dengan perlindungan SSL.

Kecurian maklumat juga boleh dilakukan oleh tuan kedai sendiri. Yakinkah anda bahawa pemilik kedai itu sekadar menyediakan perkhidmatan wifi kepada pelanggan tanpa anda sebarang niat jahat? Untuk makluman, jika pemilik mempunyai kelengkapan alat untuk melihat trafik pengguna, mereka boleh melihat secara terperinci maklumat anda ke internet termasuk kata laluan.

2. Jangkitan Virus

Penggodam boleh menghantar virus terus ke peranti kerana sambungan anda ke internet telah digodam. Ini mengakibatkan peranti anda akan dijangkiti virus seperti ransomware. Virus ransomware amat popular dan bahaya kerana virus ini akan mengunci segala data anda di dalam peranti anda. Untuk membuka data-data anda, ianya memerlukan kata laluan dan hanya penggodam sahaja yang mempunyai kata laluan tersebut. Anda perlu membayar sejumlah wang “tebusan” kepada mereka untuk mendapatkan kata laluan untuk mendapatkan data-data anda semula.

Cara Mengatasi Risiko Menggunakan Wifi Percuma

1. Menggunakan “VPN”

wifi percuma

Penggunaan Virtual Private Network (VPN) seperti NordVPN dapat meningkatkan keselamatan data anda dari dicuri. VPN berfungsi dengan cara mencipta laluan khas yang selamat atau dipanggil “tunneling” dari peranti anda ke pelayan VPN. Dengan ini, sambungan ke internet adalah selamat dan hacker tidak dapat melihat apa maklumat yang anda hantar ke internet.

2. Antivirus

Pastikan peranti anda dilengkapi dengan antivirus yang berfungsi dengan baik. Antivirus dapat melindungi peranti anda dari dijangkiti virus. Elakkan mengguna antivirus percuma kerana ianya dikhuatiri hanya mempunyai perlindungan asas sahaja.

Semoga maklumat yang disampaikan dapat dimanfaatkan dengan baik dan memberi kesedaran kepada pembaca mengenai pentingnya keselamatan dalam talian juga.