NordVPN: Lindungi privasi anda ketika melayari internet

Di dalam era digital ini, memang diakui, internet menjadi satu keperluan bagi setiap individu di dunia ini. Dengan internet, akses untuk mendapatkan sesuatu maklumat adalah sangat mudah dan cepat. Disebabkan itu, ini memberi ruang untuk penggodam mencuri data anda demi kepentingan mereka. Untuk menangani risiko ini, anda boleh menggunakan Virtual Private Network (VPN) untuk melindungi data dan identiti anda ketika melayari internet. Anda boleh menggunakan NordVPN bagi perlindungan privasi dan identiti anda di internet. NordVPN merupakan pembekal servis VPN yang popular dan menjadi pilihan ramai pengguna VPN.

NordVPN memberi perlindungan privasi dan identiti

nordvpn

Dengan NordVPN, anda dapat melindungi maklumat laman web yang anda layari dari penggodam. Ini kerana capaian anda ke internet dilindungi dengan VPN. Tanpa VPN, penggodam boleh melihat dan mencuri data transaksi anda ke internet lebih-lebih lagi jika anda menggunakan wifi umum percuma.

nordvpn

Lokasi anda juga akan dilindungi. Jika anda merujuk maklumat anda di atas laman web ini, akan dapati maklumat anda boleh dijejaki termasuk, lokasi, IP dan rangkaian internet yang anda gunakan. Dengan NordVPN, maklumat ini akan dilindungi. Jika ada orang yang ingin menjejaki anda berdasarkan IP anda, mereka hanya akan memperoleh maklumat berkenaan pelayan VPN yang anda sambungkan. Contohnya, jika anda membuat sambungan atau connection ke pelayan VPN di Amerika, mereka hanya akan mendapat maklumat pelayan di Amerika.

Gambar di bawah adalah antara “testing” di mana NordVPN dapat melindungi identiti anda ketika melayari internet.

Tanpa VPN
Dengan VPN

Selain itu juga, anda dapat melayari laman web yang telah disekat akses dari Malaysia sepertiĀ  beberapa video di Youtube yang hanya membenarkan beberapa negara sahaja untuk mengakses. Laman web ini akan menyekat akses berdasarkan sumber IP atau sekatan dilakukan dari negara tempatan itu sendiri. Jika anda membuat sambungan ke pelayan NordVPN di Amerika, laman web akan melihat anda sebagai pengguna dari Amerika.

Ciri-ciri dan kelebihan NordVPN

Antara kelebihan menggunakan NordVPN:

  • Lokasi: Panama, di mana tiada undang-undang mewajibkan penyimpanan rekod dan data sejarah laman web yang dilayari.
  • Tiada simpanan log. Anda tidak perlu risau, segala maklumat dan sejarah tentang laman web yang anda layari, tidak akan direkod dalam server. NordVPN sangat mementingkan keselamatan dan privasi pengguna.
  • Pulangan wang balik dalam masa 30 hari jika anda tidak berpuas hati dengan servis mereka.
  • Keselamatan perlindungan data menggunakan Military-grade AES-256-CBC “encryption” dan pelbagai protokol untuk dipilih dari: OpenVPN (UDP and TCP), PPTP, L2TP/IPSec, IKEv2/IPSe.
  • Bandwidth dan data tanpa had. Anda tidak perlu risau tentang berapa banyak bandwidth yang telah anda gunakan.
  • Jumlah pelayan (server) yang sangat banyak. 5000 pelayan terletak di 62 negara.
  • 24/7 khidmat pelanggan (chat, email, system ticket)
  • Cybersec membantu anda untuk menyekat laman web yang merbahaya dan mengelakkan anda dari iklan-iklan yang menganggu.
  • 6 Sambungan serentak. Anda boleh menggunakan NordVPN sebanyak 6 peranti dalam satu masa. Anda juga boleh menggunakannya di router wifi di rumah anda. Contohnya, jika anda menggunakan VPN di router, setiap sambungan internet melalui router wifi anda, akan menggunakan perlindungan VPN. Dengan ini, anda masih mempunya 5 lagi sambungan yang belum digunakan.
  • Serasi dengan pelbagai peranti dan komputer seperti Windows, Android, MacOS, iOS, Linux, Blackberry, Windows Phone.

Antaramuka (Interface) aplikasi

Android
iOS
Windows

Plan NordVPN

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan NordVPN dengan empat plan sedia ada, 1 bulan, 6 bulan, setahun atau 2 tahun.

 

Anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan VPN bagi melindungi privasi dan indentiti anda. Layari maklumat lanjut atau dapatkan perlindungan privasi dan identiti di sini.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: