Cara Memohon Permit Mendaki. Aktiviti mendaki atau hiking merupakan salah satu aktiviti luar yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan juga negara luar. Bagi penggemar aktiviti luar, aktiviti hiking merupakan aktiviti yang menyeronokkan kerana ianya dapat menyihatkan badan mereka selain dapat menikmati keindahan hutan. Akitivit hiking bukanlah aktiviti yang mudah dilakukan kerana ianya memerlukan persediaan yang rapi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, anda perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Anda perlu mempunyai stamina yang tinggi untuk mendaki. Tahukah anda, selain dari persediaan seperti peralatan dan diri, terdapat satu lagi persediaan yang wajib anda buat, tetapi yang ramai tidak tahu. Ia adalah memohon permit mendaki. Ini adalah penting demi tujuan keselamatan anda.
Cara Memohon Permit Mendaki
Setiap negeri mempunyai proses memohon permit mendaki yang berbeza. Sebagai contoh, untuk memohon permit mendaki di Negeri Pahang.
- Layari laman web http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba/main/index.php.
- Laman utama akan dipaparkan seperti di bawah. Pilih “Permohonan”.
- Masukkan No K/P Pemohon
- Jika ianya permohonan kali pertama, anda akan melihat seperti di bawah
Jika pemohon telah berdaftar sebelum ini, skrin di bawah akan dipaparkan
Isi maklumat dengan lengkap diikuti dengan memasukkan kod captcha. Setelah selesai, tekan butang “Simpan” - Selesai sahaja mengisi maklumat pemohon, skrin di bawah akan terpapar. Pilih Jenis Permohonan “Mendaki Gunung”.
- Skrin di bawah akan terpapar setelah memilih jenis permohonan “Mendaki Gunung”. Isi maklumat dengan lengkap. Kemudian tekan butang simpan.
- Sistem akan memaparkan Ringkasan Maklumat Permohonan seperti di bawah. Klik butang cetak untuk mencetak maklumat permohonan.
Setelah selesai membuat permohonan, anda boleh menyemak permohonan anda dilaman web yang sama. Biasanya ia akan ambil masa untuk mendapat kelulusan mendaki.
Cara Semak Permohonan Permit Mendaki
- Layari http://forestry.pahang.gov.my/.
- Pilih “Semakan”
- Masukkan NO. K/P
- Senarai permohonan berserta maklumat lain akan dipaparkan.
Contoh Surat Permohonan Permit Mendaki
Berikut ialah senarai Jabatan Perhutanan berserta laman web untuk maklumat lanjut dan permohonan mendaki.
- Johor : http://www.forestry.gov.my/johor
- Kedah : http://www.kedforestry.gov.my
- Kelantan : http://www.jpnk.kelantan.gov.my
- Melaka : http://forestry.melaka.gov.my
- Negeri Sembilan : http://www.forestry.gov.my/negerisembilan
- Perak : http://www.perakforestry.gov.my
- Perlis : http://www.perlisforestry.gov.my
- Pulau Pinang : http://jhn.penang.gov.my
- Selangor : http://www.forestry.gov.my/selangor
- Terengganu : http://trgforestry.terengganu.gov.my