Bantuan Awal Persekolahan 2023: Syarat Dan Kelayakan

bantuan awal persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 mula diperkenalkan oleh kerajaan, pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.  Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah, dengan pendapatan isi rumah kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Kadar Bantuan Awal Persekolahan 2023

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai awal tahun 2022.

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Kaedah Penyaluran Bayaran

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah;
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Sumber: Infografik Bernama

Tarikh Pengagihan Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023

  • Pemberian BAP bagi sesi persekolahan 2023/2024 kepada murid akan diagihkan mulai 12 Januari 2023.
  • Bayaran akan diberikan pada awal tahun 2023 kepada murid yang memenuhi syarat.
  • Agihan ini dibuat lebih awal bagi membolehkan persiapan untuk anak-anak dapat dibuat sebelum sesi persekolahan baharu bermula.

Borang-borang Yang Diperlukan

  • Borang-PB1-Borang Permohonan Bantuan Persekolahan (Muat turun/Download)
  • Borang-PB2-Pengesahan Pendapatan (Muat turun/Download)
  • Salinan MyKid/MyKad/Sijil lahir pelajar
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad ibubapa/penjaga
  • Bukti pendapatan ibubapa/penjaga (salinan slip gaji/penyata pendapatan/Borang pengesahan pendapatan PB2)
  • Kad OKU (jika berkenaan)
  • Sijil Kematian ibubapa/penjaga (jika berkenaan)

Contoh Borang PB1 Dan PB2 (Serta Pautan Muat Turun/Download)

Cara Memohon Bantuan Awal Persekolahan 2022

Kelayakan permohonan akan diputuskan oleh pihak sekolah.

Ibubapa/penjaga perlulah kemukan semua borang yang diperlukan.

Bagi Borang-PB1, segala salinan dokumen hendaklah disahkan seperti Sijil Lahir, Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga, Bukti Pendapatan (Slip Gaji/Penyata Pendapatan/Borang Pengesahan Pendapatan – Lampiran A), kad OKU dan Sijil Kematian Ibu Bapa/Penjaga (jika berkenaan).

Bagi Borang-PB2, maklumat pengesahan pendapatan mestilah mendapat pengesahan dari mana-mana pihak berikut:

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Profesional dan Pengurusan)
  • Penyelia Pembangunan Mukim
  • Penghulu
  • Penggawa, ATAU
  • Ketua Kampung, Pengerusi JKKK atau yang setaraf

Pihak sekolah berhak menangguhkan agihan bantuan sekiranya ibubapa/penjaga gagal mengemukakan borang PB1 dan PB2 yang lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut: https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap.

Baca: Semakan Peperiksaan Pelajar

Kegunaan Ivermectin – Bukan Untuk Merawat COVID-19

kegunaan-ivermectin

Baru-baru ini, ubat Ivermectin menjadi perbualan orang ramai bahawa ianya berkesan untuk merawat COVID-19. Untuk makluman, kegunaan Ivermectin adalah bukan untuk merawat COVID-19.

Kegunaan Ivermectin

Ivermectin ialah sejenis ubat anti-parasit yang diluluskan oleh FDA dan kebiasaannya digunakan untuk merawat haiwan dan beberapa penyakit tropika termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Kegunanaan Ivermectin Tablets Sebagai Rawatan COVID-19

Sehingga kini, belum ada bukti dan data klinikal, yang betul-betul meyakinkan bagi mengesyorkan penggunaan Ivermectin untuk merawat dan mencegah COVID-19.

WHO setakat ini hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, di mana pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor pakar dan penyelidik yang berpengalaman untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan.

KKM telah memberikan kelulusan khas penggunaan Ivermectin secara off-label untuk digunakan dalam kajian klinikal bagi rawatan pesakit COVID-19 untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan ubat tersebut. Penggunaan secara off-label bermaksud penggunaan sesuatu ubat tidak mengikut indikasi atau tujuan asal pendaftaran dengan mana-mana badan atau agensi regulatori, sama ada di Malaysia atau luar negara.

Kesan Samping Pengambilan Ivermectin

Jika Ivermectin ini diambil oleh manusia, mereka akan mengalami kesan sampingan seperti pening, alahan, muntah, sawan, koma atau menyebabkan kematian.

Ada kes yang dilaporkan, pesakit COVID-19 yang tidak mahu menerima rawatan yang disediakn oleh pihak KKM, sebaliknya merawat menggunakan inisiatif sendiri iaitu dengan mengambil Ivermectin, akhirnya berakhir dengan koma dan kematian.

Baca: Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Oleh itu, orang ramai dinasihati untuk tidak mengambil inisiatif sendiri, dengan mengambil Ivermectin untuk merawat dan mencegah COVID-19. Sebaliknya, mereka sepatutnya mendapatkan rawatan yang disyorkan atau disediakan oleh KKM sahaja.

Situasi Terkini Covid-19, 30 November 2020

Situasi terkini Covid-19, 30 November 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 30 November 2020

Pada 30 November 2020, sehingga jam 12.00 tengahari terdapat sebanyak 2,112 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 54,759 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Manakala, terdapat sebanyak 1,212 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 65,697 kes. Setakat hari ini, jumlah kes aktif ialah sebanyak 10,578 Dari jumlah tersebut, sebanyak 113 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 42 kes memerlukan bantuan pernafasan. Untuk makluman semua, daripada 1,212 kes baharu tersebut, 9 kes adalah kes import dan 1203 kes adalah kes penularan tempatan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan 3 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 360 kes.

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Pihak KKM menyarankan agar orang ramai bertanggungjawab dengan:

  1. Mematuhi perintah kawalan pergerakan ( PKP).
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Situasi Terkini Covid-19, 29 November 2020

Situasi terkini Covid19, 29 November di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 29 November

Pada 29 November 2020, sehingga jam 12.00 tengahari terdapat sebanyak 1,333 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 52,647 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Manakala, terdapat sebanyak 1,309 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 64,485 kes. Setakat hari ini, jumlah kes aktif ialah sebanyak 11,481. Dari jumlah tersebut, sebanyak 116 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 42 kes memerlukan bantuan pernafasan. Untuk makluman semua, daripada 1,309 kes baharu tersebut, 1 kes adalah kes import dan 1,308 kes adalah kes penularan tempatan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan 3 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 357 kes.

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Pihak KKM menyarankan agar orang ramai bertanggungjawab dengan:

  1. Mematuhi perintah kawalan pergerakan ( PKP).
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Ubat Ini Digunakan Untuk Merawat Pesakit Covid – 19

Ubat ‘Chloroquine’, yang digunakan untuk penyakit malaria telah digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 sejak gelombang pertama wabak itu di Malaysia dan telah menunjukkan keberkesanannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ciri-ciri ubat itu yang bersifat antiradang sesuai untuk merawat penyakit COVID-19 yang telah menyebabkan radang pada saluran pernafasan bawah pesakit.

Sumber: Berita Harian

“Apabila virus COVID-19 melekat di saluran pernafasan bawah ia akan menyebabkan radang dan replikasi virus tersebut dan ubat ini membantu merawat radang itu,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata selain ‘Chloroquine’, Hydroxychloroquine serta kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’ telah digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak gelombang pertama wabak itu.

Jelas beliau, ubat-ubat yang digunakan bagi merawat pesakit COVID-19 pada gelombang pertama itu telah menunjukkan keberkesanan tetapi penyelidikan terperinci perlu dilakukan.

Beliau menjelaskan bagaimanapun, kadar kematian wabak itu kian meningkat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pesakit- pesakit yang berusia, mempunyai penyakit comorbid seperti buah pinggang dan darah tinggi serta pesakit mendapatkan yang lewat untuk mendapatkan rawatan iaitu ketika mengalami masalah jangkitan pernafasan.

“Kita telah mencuba ubat tersebut dan ubat ini ada kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang dinamakan Solidarity Trial yang turut melibatkan banyak negara lain,” katanya.

Katanya, selain ubat-ubat berkenaan kajian akan tertumpu kepada ubat terbaharu, Remdesevir seperti yang diumumkan semalam.

“Ini hanya bagi penyelidikan dan ubat yang telah kita gunakan di luar label seperti ‘Lopinavir dan Ritonavir’ telah kita gunakan sejak gelombang pertama,” katanya.

Sebarang maklumat berkaitan ubat berkaitan rawatan pesakit Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Permohonan Salinan Keputusan SPM

Permohonan salinan keputusan SPM boleh dibuat sekiranya calon kehilangan atau mengalami kerosakan pada sijil SPM mereka. Calon boleh mengemukakan permohonan secara terus di Lembaga Peperiksaan (LP) untuk mendapatkan salinan keputusan SPM. Permohonan ini boleh dibuat melalui 2 cara iaitu secara walk in ke LP atau melalui kiriman pos. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan salinan keputusan SPM untuk rujukan calon.

Panduan Permohonan Salinan Keputusan SPM

Berikut dikongsikan langkah mudah untuk membuat permohonan salinan keputusan SPM.

A. Walk-in ke LP

Pemohon atau Wakil (terdiri daripada Ibu bapa/suami/isteri/adik beradik yang dilantik secara bertulis melalui surat pelantikan wakil) perlu membawa dokumen seperti dinyatakan di bawah untuk rujukan pegawai LP yang bertugas. Dokumen yang diperlukan sekiranya pemohon mengambil sendiri salinan SPM adalah:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96a yang lengkap diisi
  2. Kad pengenalan pemohon
  3. Salinan keputusan SPM jika ada
  4. Wang tunai berjumlah RM30.00

Manakala, dokumen yang diperlukan sekiranya pemohon melantik wakil untuk mengambil salinan keputusan SPM adalah:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96a yang lengkap diisi
  2. Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan
  3. Salinan keputusan SPM yang disahkan jika ada
  4. Surat Perlantikan Wakil LP/SIJIL/Pin 1/96c
  5. Wang tunai berjumlah RM30.00

Pemohon atau wakil perlu mengemukakan dokumen tersebut di kaunter sijil yang terletak di Lobi Utama, Aras Bawah, Blok E11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya. Tempoh pengeluaran salinan keputusan SPM di kaunter LP adalah seperti berikut:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja

B. Kiriman Pos

Pemohon juga boleh menggunakan khidmat pos laju untuk mendapatkan salinan keputusan SPM mereka. Pemohon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut semasa membuat permohonan.

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96a yang lengkap diisi
  2. Kiriman Wang / Wang Pos berjumlah RM30.00 ke atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
  3. Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan
  4. Salinan keputusan SPM yang disahkan jika ada
  5. Sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan keputusan SPM

Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96a dan Surat Perlantikan Wakil LP/SIJIL/Pin 1/96c boleh dimuat turun melalui laman web LP di lp.moe.gov.my. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen yang diperlukan melalui pos ke alamat:

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos. Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan salinan keputusan SPM adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.

Samsung tidak sengaja tertiris mengenai Galaxy Note 10

Samsung secara tidak sengaja mengesahkan bahawa Galaxy Note 10 bakal dilancarkan.

Imej peranti itu, bersamaan dengan nama Galaxy Note 10, dipersembahkan semasa persembahan rasmi di ibu pejabat firma di Seoul, Korea Selatan.

Imej yang pertama kali dilihat oleh TechRadar, muncul pada slaid dengan berpuluh-puluh peranti Samsung Galaxy yang lain.

Sebarang pengambilan gambar persembahan itu adalah dilarang, dan wakil Samsung enggan mengesahkan bahawa telefon bimbit itu adalah rekaan Galaxy Note 10 yang muktamad.

Samsung berkata ia merupakan satu “peranti rujukan”.

Baca: “Korea Utara mengeluarkan telefon pintar mereka sendiri.

Pada acara media yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics, DJ Koh juga merujuk peranti itu dengan nama, berkata “dan untuk Note 10 kami, ia akan menjadi fasa lain untuk Bixby”.

Khabar angin mengatakan Galaxy Note 10 akan diumumkan pada acara di New York pada 7 Ogos. Sama-samalah kita menantikan hari pengumuman tersebut.

Korea Utara mengeluarkan telefon pintar mereka sendiri

Walaupun Korea Utara sedang dilanda kekurangan bekalan makanan, tetapi mereka masih mempunyai sumber untuk mengeluarkan telefon pintar mereka sendiri.

Seperti yang kita ketahui, Korea Utara sangat bergantung kepada mereka negara mereka sendiri. Namun, percaya atau tidak, telefon pintar tu dihasilkan oleh negara China.

Pyongyang 2425, dilengkapi dengan pemproses 8-teras, mempunyai teknologi pengenalan muka (facial recognition) dan boleh dicaj secara tanpa wayar.

Apa yang uniknya, ianya tidak dapat disambung ke Wifi lain selain dan pengguna tidak dibenarkan untuk membuka foto dan nada dering yang datang di telefon sebagai tetapan asal.

Walaubagaimanapun, pengguna boleh menyambungkan wifi mereka ke ‘Miraie’ (wifi hak milik kerajaan) dan rangkaian intranet untuk membolehkan mereka mendapat berita propaganda walau di mana jua mereka berada.

Daily NK (perkhidmatan berita Korea Selatan), telah berjaya mendapatkan telefon pintar ini dan hasil pemeriksaan mendapati telefon pintar ini dibuat di China, berdasarkan no sirinya.

Pakar mengatakan bahawa telefon ini mungkin diimport sebagai produk yang sudah siap sebelum perisian Korea Utara dipasang.

Kira-kira sebanyak 40% rakyat Korea Utara menggunakan telefon pintar menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Forum ICT Komuniti Asia Tenggara.

Propaganda mencadangkan telefon digunakan untuk bermain permainan, membaca buku, mendengar muzik, melakukan karaoke, belajar memasak, dan juga untuk meningkatkan hasil tanaman.

Daftar SSM Online melalui ezBiz

daftar ssm online

Daftar SSM Online melalui ezBiz. Jika kita amati, perniagaan secara online seperti di Facebook, tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Setiap hari,ada sahaja lebih dari 10 page yang berlainan yang kita lihat di Facebook “wall”, menjual produk atau servis. Tetapi ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang mengenai perlunya mendaftar perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).

Menurut keratan akhbar Utusan Malaysia, Pengusaha perniagaan secara dalam talian (online) wajib mendaftar perniagaan masing-masing dengan SSM bagi mengelak berdepan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Daftar SSM Online melalui ezBiz

Untuk pengetahuan anda, sistem e-Lodgement telah dihentikan penggunaannya. SSM telah memperkenalkan sistem ezBiz untuk tujuan pendaftaran perniagaan secara online bagi jenis perniagaan Milikan Tunggal dan Perkongsian. Langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:

  1. Layari https://ezbiz.ssm.com.my/. Kemudian klik butang “Sign Up”. Pastikan anda menggunakan emel yang sah.
  2. Satu page akan terbuka. Masukkan maklumat anda seperti berikut:
    • No Kad Pengenalan
    • Login ID
    • Kata Laluan
    • Emel
    • Warna Kad Pengenalan
    • Warganegara
    • Jantina
    • Tarikh Lahir
    • Bangsa
    • Alamat Tempat Tinggal
  3. Semak semula maklumat yang anda masukkan. Pastikan ianya diisi dengan betul dan tepat.
  4. Kemudian baca “Terma dan Syarat” dan tekan/tanda “Pengakuan” sebagai tanda anda faham dan klik “Save”.
  5. Selepas itu, anda akan menerima emel notifikasi pendaftaran.
  6. Sediakan salinan Kad Pengenalan dan emel notifikasi yang telah anda terima. Bawa salinan ini ke mana-mana SSM yang terdekat untuk membuat Pengaktifan ID dengan membuat pengesahan cap jari.
  7. Anda akan menerima emel notifikasi pengaktifan akaun ezBiz.

Daftar SSM Di Kaunter

Bagi mereka yang mahu mendaftar perniagaan sendiri, hendaklah mendaftarkan perniagaan mereka tidak lebih dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

  1. Lawati mana-mana kaunter SSM.
  2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A). Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama trend. Sila rujuk Panduan Pendaftaran Perniagaan.
    • Nama Sendiri : Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
    • Nama Tred : Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan(Borang PNA.42). Anda boleh rujuk Panduan Permohonan Nama Perniagaan.
  3. Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada​ Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran Per​​niagaan 1957.
  4. Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

Yuran Pendaftaran Perniagaan

Nama tred – RM60 setahun
Nama sendiri – RM30 setahun
Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ssm-einfo.my/.
Bagi anda yang telah mendaftar perniagaan anda, anda perlu mendaftar dengan KWSP (Majikan) dalam tempoh 7 hari dari hari pertama mengambil perkerja pertamanya.

Pelajar maut akibat memakan mi segera

Taiwan dikejutkan dengan berita gempar apabila seorang pelajar berusia 18 tahun meninggal dunia kerana menghidap barah perut.

Mendiang pelajar menjadi insipirasi kepada rakan pelajar kerana dia adalah seorang yang rajin dan berusaha kerasa dalam pembelajaran. Sudah menjadi kebiasaan untuk dia berjaga sehingga lewat malam untuk mengulang kaji pelajaran semenjak peringkat sekolah lagi.

Malangnya, pelajar itu juga mula menjadikan pengambilan mi segera setiap malam. Menurut sumber, dia mula memakan mi segara setiap hari bertahun lamanya semenjak dia mula belajar di universiti.

Hari kian hari, dia berasa sangat tidak sihat dan mengalami simtom pening, muntah-muntah dan sakit perut. Apabila simtom semakin teruk, keluarga mendiang membawa dia ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Hasil pemeriksaan mendapati dia menghidap barah perut tahap empat dan peluang dia untuk sembut amatlah tipis. Setelah bertahun bertarung dengan penyakit barah, beliau akhirnya meninggal dunia akibat barah perut.

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan mi segera, kerana mi segara meningkatkan risiko anda untuk menghidap barah.

Makanan penyebab barah

1. Daging yang diproses
Daging bakar dan dagin yang sudah diproses seperti “burger” dan sosej adalah dikategorikan sebagai “carcinogen” ataupun kata lain penyebab barah.

2. Jeruk atau makanan tinggi kandungan garam
Pengambilan makanan seperti ikan masin, jeruk dan makanan segera yang tinggi garam dikaitkan dengan punca barah.

3. Alcohol
Pengambilan alkohol secara oral dapat meningkatkan risiko barah.

4. Makanan hangus
Makanan yang sudah hangus perlu dielakkan kerana bahagian hangus itu akan menjadi penyebab barah.

5. Minuman yang sangat panas
Elakkan meminum minuman ketika ianya masih panas kerana ianya menyebabkan risiko barah “esophagus”. Pastikan minuman tidak terlalu panas sebelum meminumnya.