eCommerce: Perniagaan secara online lebih mudah dan selamat

Boleh dikatakan setiap dua atau tiga kali kita scroll di Facebook, kita akan dapat melihat sekurang-kurangnya akan satu iklan menjual produk. Di Malaysia sahaja, terdapat ramai orang menggunakan Facebook sebagai platform jual beli. Kebanyakan mereka, menggunakan Facebook semata-mata untuk tujuan pengiklanan produk. Untuk membeli barangan dari mereka, pembeli perlu Personal Message penjual untuk mendapatkan maklumat tentang produk dan untuk urusan jual beli. Jika pembeli bersetuju untuk membeli, mereka perlu “bank in” duit kepada penjual dan memberi “screenshot” resit sebagai bukti pembelian. Cara ini amat tidak efisyen kerana berisiko ditipu oleh pembeli. Bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan, penjual seharusnya menggunakan sistem eCommerce yang terbukti lebih efisyen dan selamat.

Apa itu eCommerce

eCommerce

eCommerce atau nama penuhnya Electronic Commerce ialah jual beli yang dilakukan dalam talian atau secara online melalui internet. Proses pemilihan produk dan pembayaran dilakukan menggunakan sistem yang sama. Terdapat banya syarikat-syarikat gergasi yang menggunak eCommerce seperti Amazon dan eBay.

Kelebihan eCommerce

1.Memudahkan urusan perniagaan
Urusan perniagaan secara dalam talian adalah lebih mudah dengan eCommerce. Dari segi carian produk, maklumat produk, jual beli produk dan juga pengurusan produk adalah lebih efisien berbanding tanpa penggunaan eCommerce.

Seperti yang kita tahu, ramai penjual terutama di Facebook menggunakan teknik “PM” atau “Bank in duit” untuk urusan jual beli mereka. Cara penjualan seperti ini adalah tidak efisyen kerana berisiko dengan teknik penipuan permbayaran oleh pembeli.

Dengan eCommerce, pembayaran adalah lebih selamat dan efisyen kerana tanpa pembayaran yang sah, sistem tidak akan memproses permintaan membeli produk. Dengan ini juga, pembeli tidak perlu memberi “screenshot” resit sebagai bukti pembayaran.

Selain itu , segala urusan jual beli lebih mudah kerana anda tidak perlu berbalas mesej untuk menguruskan jual beli. Pelanggan hanya perlu memilih dan membaca maklumat produk di dalam katalog yang dipaparkan di laman web dan setelah selesai memilih, mereka terus boleh membeli produk tersebut.

Sistem eCommerce lengkap dengan inventori produk. Contohnya, anda tidak perlu membuat pengiraan stok barangan secara manual kerana sistem ini akan membuat pengiraan automatik dengan cara menolak jumlah stok sedia ada dan kuantiti jualan.

2.Menjimatkan kos

eCommerce dapat menjimatkan kos untuk pembeli dan penjual. Dari aspek pembeli, mereka tidak perlu mengeluarkan kos seperti duit minyak, untuk membeli barang di kedai. Dengan hanya beberapa klik, pembeli dapat membeli barang yang mereka mahu.

Dari aspek penjual, anda tidak perlu mempunyai kedai, tidak perlu membayar insurans kedai dan pengurusan bangunan. Anda hanya perlu melaburkan sedikat wang sahaja untuk membina laman web jenis perniagaan setahun sekali atau bergantung kepada jenis langganan web. Walaupun anda perlu mengeluarkan duit untuk membina laman web, tetapi ianya jauh lebih murah berbanding mempunyai kedai sendiri.

3.Waktu perniagaan 24/7, 365 hari setahun

Berbanding dengan kedai, di mana waktu perniagaan yang hanya rata-rata 12jam sehari, eCommerce membolehkan anda membuka perniagaan anda 24jam sehari, seminggu, 365 hari setahun. Walaupun anda sedang tidur pada waktu malam, perniagaan anda masih dijalankan.

Ini juga memudahkan para pembeli kerana mereka boleh membeli pada bila-bila masa yang mereka mahu.

Bagi anda yang melakukan perniagaan dalam talian, bolehlah anda mencuba eCommerce sebagai platform perniagaan anda untuk memudahkan pengurusan dan jual beli.

 


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: