Zaman sekarang, ramai orang melakukan perniagan secara dalam talian seperti di Facebook. Jika kita amati, cara pembelian yang paling popular dikalangan penjual di Facebook ialah dengan cara “bank in”. Cara pembayaran ini tidak begitu efisyen kerana terdapat teknik penipuan pembayaran cara bank in yang boleh dilakukan pembeli.
Baru-baru ini, seorang pengguna di Facebook bernama Hafifi Hafidz berkongsi tentang penipuan pembayaran cara bank in oleh pembeli.
Di dalam postnya, teknik yang digunakan pembeli(suspek) ialah dengan pembayaran menggunakan “Scheduled Payment”. Jika anda sebagai penjual tidak berhati-hati, anda berisiko menjadi mangsa penipuan seperti ini.
Teknik Penipuan Pembayaran Cara Bank In
Apabila menggunakan Scheduled Payment, pihak bank akan mengeluarkan resit transaksi yang tertulis ” Successful”, walaupun duit hanya akan dipindahkan pada tarikh yang telah ditetapkan dikemudian hari. Resit ini jika dilihat amat sama dengan normal payment.
Hafifi Hafidz (Facebook)
Suspek akan screenshot resit sebagai bukti pembayaran. Di sini adalah di mana anda melakukan kesilapan sebagai penjual. Tanpa perlu menyemak baki akaun, anda terus melakukan pengeposan barang dan berkongsi “tracking no.” kepada suspek. Suspek kemudian akan membatalkan Scheduled Payment tersebut selagi belum tiba tarikh pembayaran yang telah dijadualkan.
Lebih kurang menyenangkan, tanpa perlu membatalkan Scheduled Payment, apabila tiba hari pembayaran, dan sistem dapati baki akaun suspek tidak mencukupi, transaksi akan terBATAL secara automatik.
Bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa, anda boleh ikuti tips di bawah.
Cara mengelakkan dari menjadi mangsa
Bagi mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa penipuan pembayaran cara bank in, anda boleh mengikuti tips di bawah.
1. Duit masuk baru pos barang
Setelah mendapat resit pembayaran, anda perlulah menyemak baki dan transaksi di akaun untuk pengesahan pembayaran telah dilakukan.
Setelah semakan dibuat dan anda dapati pembayaran telah dibuat pembeli, barulah anda pos barang kepada pengguna.
Jika anda dapati tiada pembayaran dibuat kepada anda dan pembeli mengatakan pembayaran telah dibuat, anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak bank untuk membuat semakan.
2. Buka pelbagai akaun bank
Dengan membuka pelbagai akaun bank seperti membuka akaun di Bank A dan B, anda tidak perlu menggunakan Interbank Giro(IBG) jika pembeli dan penjual menggunakan bank yang berbeza. Ini membolehkan duit di hantar terus ke akaun bank penjual tersebut dan penjual boleh menyemak baki dan transaksi pada masa itu juga.
Ini kerana pengguna transaksi jenis IBG akan mengambil masa untu pembayaran dibuat ke akaun anda. Dan akan mungkin berisiko ditipu jika suspek mengatakan menggunakan IBG.
3. Menggunakan sistem e-Commerce
Sistem e-Commerce dapat membantu anda menguruskan penjualan dan bayaran. Dengan e-Commerce, tiada pembelian palsu dapat dilakukan. Jika amaun bank pembeli tidak mencukupi, transaksi tidak dapat dijalankan.
Penjual juga tidak perlu meminta screenshot resit sebagai bukti pembelian dan menyemak akaun bank dari masa ke semasa. Penjual hanya perlu menyemak di sistem untuk pembelian yang telah dilakukan.
Apa yang menarik, dengan sistem e-Commerce anda tidak perlu berinteraksi dengan pembeli seperti komunikasi melalui “personal message”.
Anda boleh mencipta e-Commerce dengan pelbagai cara dan salah satunya adalag menggunakan Facebook.
Semoga kandungan ini dapat dimanfaatkan oleh para penjual dalam talian.
Amaran: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas salah guna yang dilalukan oleh pembaca berkaitan kandungan di KelajuanCahaya.com.