Permohonan SBP 2021 Secara Online. Permohonan kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh dibuat secara online sepenuhnya melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia dan ianya hanya akan dibuka pada tarikh sekitar bulan Ogos hingga bulan September 2020 yang akan dimaklumkan kelak. Permohonan adalah terbuka kepada murid tahun 6 (2020) yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan pelajar tingkatan 3 (2020) yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.
Syarat Kelayakan Permohonan SBP 2021
Berikut adalah syarat-syarat permohonan SPB Tingkatan 1 ambilan 2021:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
- Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Murid memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019
- Murid aktif dalam kokurikulum
Berikut adalah syarat-syarat permohonan SPB Tingkatan 4 ambilan 2020:
- Pelajar mestilah warganegara Malaysia.
- Pelajar Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
- Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Pelajar memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 – minimum GRED A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya GRED C bagi mata pelajaran yang lain
- Pelajar lulus dalam saringan/temuduga (hanya di KISAS)
- Pelajar aktif dalam kokurikulum
Pakej Mata Pelajaran SBP
Maklumat di bawah adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan sekiranya permohonan berjaya:
Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan 1 SBP
Mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4 SBP
Aliran SBP dan Laman Web Sekolah
Senarai aliran SBP bagi Tingkatan 1 dan 4 serta laman web sekolah adalah seperti di bawah:
Aliran SBP Tingkatan 1 Dan Laman Web Sekolah
Aliran SBP Tingkatan 4 Dan Laman Web Sekolah
Panduan Permohonan SBP 2021 Secara Online
Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan ibubapa/penjaga/guru. Panduan permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu melayari portal Permohonan SBP Dalam Talian.
- Baca panduan terlebih dahulu sebelum mengisi borang dengan memilih butang PANDUAN PERMOHONAN.
- Setelah membaca dan memahaminya, buat permohonan dengan menggunakan borang online di butang PERMOHONAN.
- Murid/pelajar dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelummencetak. Pengemakinian boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan.
Semua murid/pelajar yang telah membuat permohonan boleh menyemak tarikh, masa dan pusat UKSBP yang ditetapkan melalui portal Permohonan SBP Dalam Talian pada sekitar bulan Oktober 2020. UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan.

Keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP diumumkan sekitar bulan Disember 2020. Manakala, keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP diumumkan sekitar bulan Januari 2021. Bagi permohonan yang tidak Berjaya, murid/pelajar boleh membuat permohonan rayuan melalui portal Permohonan SBP Dalam Talian. Panduan semakan keputusan dan permohonan rayuan boleh rujuk di halaman Keputusan Permohonan SBP 2021. Sebarang maklumat penting tentang permohanan SBP 2020 secara online adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disarankan melayari portal Kementerian Pendidikan Malaysia.