Daftar SSM Online melalui ezBiz

Daftar SSM Online melalui ezBiz. Jika kita amati, perniagaan secara online seperti di Facebook, tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Setiap hari,ada sahaja lebih dari 10 page yang berlainan yang kita lihat di Facebook “wall”, menjual produk atau servis. Tetapi ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang mengenai perlunya mendaftar perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).

Menurut keratan akhbar Utusan Malaysia, Pengusaha perniagaan secara dalam talian (online) wajib mendaftar perniagaan masing-masing dengan SSM bagi mengelak berdepan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Daftar SSM Online melalui ezBiz

Untuk pengetahuan anda, sistem e-Lodgement telah dihentikan penggunaannya. SSM telah memperkenalkan sistem ezBiz untuk tujuan pendaftaran perniagaan secara online bagi jenis perniagaan Milikan Tunggal dan Perkongsian. Langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:

  1. Layari https://ezbiz.ssm.com.my/. Kemudian klik butang “Sign Up”. Pastikan anda menggunakan emel yang sah.
  2. Satu page akan terbuka. Masukkan maklumat anda seperti berikut:
    • No Kad Pengenalan
    • Login ID
    • Kata Laluan
    • Emel
    • Warna Kad Pengenalan
    • Warganegara
    • Jantina
    • Tarikh Lahir
    • Bangsa
    • Alamat Tempat Tinggal
  3. Semak semula maklumat yang anda masukkan. Pastikan ianya diisi dengan betul dan tepat.
  4. Kemudian baca “Terma dan Syarat” dan tekan/tanda “Pengakuan” sebagai tanda anda faham dan klik “Save”.
  5. Selepas itu, anda akan menerima emel notifikasi pendaftaran.
  6. Sediakan salinan Kad Pengenalan dan emel notifikasi yang telah anda terima. Bawa salinan ini ke mana-mana SSM yang terdekat untuk membuat Pengaktifan ID dengan membuat pengesahan cap jari.
  7. Anda akan menerima emel notifikasi pengaktifan akaun ezBiz.

Daftar SSM Di Kaunter

Bagi mereka yang mahu mendaftar perniagaan sendiri, hendaklah mendaftarkan perniagaan mereka tidak lebih dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

  1. Lawati mana-mana kaunter SSM.
  2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A). Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama trend. Sila rujuk Panduan Pendaftaran Perniagaan.
    • Nama Sendiri : Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
    • Nama Tred : Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan(Borang PNA.42). Anda boleh rujuk Panduan Permohonan Nama Perniagaan.
  3. Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada​ Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran Per​​niagaan 1957.
  4. Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

Yuran Pendaftaran Perniagaan

Nama tred – RM60 setahun
Nama sendiri – RM30 setahun
Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ssm-einfo.my/.
Bagi anda yang telah mendaftar perniagaan anda, anda perlu mendaftar dengan KWSP (Majikan) dalam tempoh 7 hari dari hari pertama mengambil perkerja pertamanya.