Perkara Wajib Sebelum Memulakan Hiking. Mendaki atau hiking menjadi trend masa kini. Ia adalah salah satu aktiviti luar yang sangat digemari sama ada untuk golongan muda atau tua. Bagi mereka yang tidak pernah mendaki, ianya bukanlah mudah untuk dilakukan. Mereka perlulah melakukan persediaan yang mencukupi. Walaupun begitu, mereka yang ingin melakukan aktiviti hiking, sama ada baru nak berjinak atau berpengelaman, perlulah melakukan beberapa perkara sebelum memulakan hiking.
Perkara Wajib Sebelum Memulakan Hiking
1. Stamina
Mendaki bukanlah aktiviti yang mudah kerana ia memerlukan tenaga yang banyak untuk mendaki. Bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, anda disarankan untuk membuat senaman beberapa minggu sebelum mendaki bagi menambah stamina. Ini adalah kerana bagi memastikan anda sampai ke puncak dengan jayanya.
2.Peralatan
Senaraikan barang-barang keperluan untuk mendaki. Ini bagi memastikan tidak ada satu pun barangan yang wajib dari tidak dibawa bersama ketika mendaki. Antara peralatan untuk mendaki yang wajib dibawa seperti kasut yang bersesuaian, kompas, peta dan peti rawatan kecemasan.
3.Cuaca
Pastikan anda menyemak kajian ramalan cuaca sebelum memulakan pendakian. Jika hari sebelum pendakian hujan, trek laluan pastinya basah dan berlecak dan agak membahayakan keselamatan anda. Juga, jika ketika hari pendakian berlakunya, agak berbahaya untuk anda melakukan pendakian kerana disamping jalan yang licin, keadaan sekitar akan menjadi kurang jelas untuk dilihat.
4.Makanan dan minuman
Anda perlu membawa makan dan minuman yang cukup untuk mendaki. Ini kerana waktu pendakian memakan masa yang lama dan anda memerlukan tenaga yang sangat banyak untuk naik dan turun. Untuk makluman, tiada aktiviti penjualan makan dan minuman sepanjang pendakian. Anda disarankan juga untuk membawa “energy bar” dan air isotonik kerana ianya dapat memberikan anda tenaga.
5.Teman
Anda digalakkan mendaki secara berkumpulan. Pastikan ahli kumpulan yang anda ikut itu mempuyai pengalaman mendaki dan terlatih. Ini adalah wajib kerana jika ada berlaku perkara yang tidak diingini, ada seseorang untuk bertindak berdasarkan keperluan situasi.
6. Melaporkan aktiviti pada pihak berkuasa dan menyampaikan pesanan kepada keluarga
Ramai orang tidak melaporkan diri mereka kepada pihak berkuasa sebelum dan selepas mendaki. Perlu diingatkan perkara ini adalah wajib. Ini bagi memastikan mereka dapat mengesan sesuatu yang tidak diingini telah berlaku kepada anda. Contohnya, jika anda melaporkan diri kepada mereka dan memberitahu, hiking dijalankan sehari sahaja, jika anda melaporkan diri bermakna anda selamat mendaki dan turun. Anda juga disarankan untuk memohon permit mendaki dari pihak berkuasa. (Lihat Cara Memohon Permit Mendaki)
Semoga panduan di atas dapat memberikan manfaat kepada anda yang ingin mendaki.